BAB 1

21.3K 389 16
                                        

" Akan ada pelangi setelah hujan. "

- ; hati terluka.

- ; hati terluka

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


✧✧✧✧


Jarum jam sudah menginjak ke angka 11 tengahari. Haba matahari sudah mulai terasa di atas kepala. Peluh yang mengalir dikesat kasar oleh seorang gadis berusia lingkungan 20-an.

Batang penyapu masih setia di tangannya bagi membersihkan halaman rumahnya.

" Hanna? Tak pergi hospital ke? "

Satu suara menegur gadis yang bernama Hanna itu.

Hanna yang sedari tadi menumpukan perhatian kepada aktiviti yang dilakukan olehnya, mula terhenti.

Pandangan matanya terarah pada pagar yang bertutup rapat.

" Oh makcik Nab rupanya. Petang nanti Hanna pergi hospital. Sekarang bukan waktu melawat. " Terang Hanna sambil membuka pagar rumahnya untuk menjemput makcik Zainab atau mesra dipanggil mak Nab.

" Masuklah makcik, panas ni. Umi ada dekat dalam. " Jemput Hanna dengan sopan.

" Eh tak apalah Hanna. Mak cik datang nak bagi makanan sedikit untuk Hanna sekeluarga makan. Kebetulan makcik masak lebih. Ni Hanna tak makan lagi kan? " Dengan senyuman ikhlas, wanita berusia tersebut menghulurkan mangkuk bertingkat kepada Hanna.

Hanna mengangguk kecil.

" Ya Allah terima kasih mak cik. " Dia mengucap syukur akan kebaikan makcik Zainab tersebut.

" Sama-sama. Tak apalah Hanna, mak cik balik dulu. Ada kerja nak buat. Kirim salam dekat umi. Mak cik balik dulu ye, assalamualaikum. "

Hanna kembali menutup pagar rumahnya apabila selesai menjawab salam mak cik Zainab. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan mangkuk bertingkat yang diberikan oleh makcik Zainab sebentar tadi.

" Haziq, pergi panggil umi makan. " Pesan Hanna dari dapur.

Adiknya Haziq yang sedang lepak di atas sofa ruang tamu, akur arahan kakaknya itu.

" Siapa masak? " Tanya Puan Marina yang baru keluar dari biliknya.

" Mak cik Zainab datang tadi, katanya kebetulan masak lebih untuk kita makan. " Terang Hanna sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

Belum sempat Puan Marina bersuara, telefon pintar nya berbunyi meminta diangkat.

" Ye waalaikumussalam, siapa ni? "

Hanna hanya memerhati dan mendengar perbualan di antara umi nya dan si pemanggil telefon itu.

" Hanna, umi kena pergi hospital, nanti mama datang bawa Hanna dan Haziq pergi hospital. " Terang Puan Marina dan bergegas berlari masuk ke dalam biliknya.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang