BAB 34

4.6K 131 4
                                        

✧✧✧✧

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


✧✧✧✧

Hanna menoleh ke belakang. Dia seperti rasakan ada seseorang mengikuti nya, tetapi tiada sesiapa di belakangnya.

Dia kembali melangkah pulang dengan tergesa-gesa. Hari makin gelap, jalan yang dia lalui juga tiada sesiapa yang lalu-lalang kerana sudah menginjak waktu senja.

" Allah. " Langkah Hanna terhenti secara mengejut. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang apabila seorang lelaki yang berpakaian hitam lengkap, menghalang jalannya.

Hanna menyebut berulang kali nama yang Maha Berkuasa di dalam hati supaya tiada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya dan anak di dalam kandungannya.

" Nak ke mana senja macam ni, jalan sorang-sorang pula tu. Tak takut ke kena 'ngam' dengan abang kacak ni? " Kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.

Hanna tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan takutnya kepada lelaki sasa di hadapannya ini.

" Tolong, lepaskan saya pergi. " Rayu Hanna dengan suara yang terketar-ketar.

Lelaki itu ketawa sinis.

" Lepaskan? Boleh. Tapi tunggu aku dapat apa yang aku nak lah! " Kata lelaki itu lalu menarik Hanna ke dalam pelukannya.

" Tolong! " Hanna menjerit sekuat hatinya. Dia meronta-ronta untuk melepaskan dirinya dari pangkuan lelaki itu.

Lelaki itu membawa Hanna ke suatu tempat yang sunyi dan tersorok di belakang bangunan. Dia menolak Hanna jatuh ke atas kotak-kotak. Hanna mengerang kesakitan apabila merasakan seperti pinggangnya terpatah dua.

" Ttol- tolong encik- " Rayu Hanna dengan suara yang lemah.

Lelaki itu tidak hiraukan lagi Hanna yang kesakitan. Dia membuka zip seluarnya apabila tidak dapat menahan kegersangan melihat wajah rayuan Hanna itu.

" Bersedialah sundal, kau akan jadi milik ak- argh! " Lelaki itu menjerit lalu terhumban ke atas badan Hanna.

Hanna dengan spontan menolak badan kaku milik lelaki tersebut.

Dia memandang lelaki itu yang sudah tidak sedarkan dirinya, dengan pandangan yang hairan.

Apa dah terjadi?

" Awak okey? "

Terkejut Hanna apabila terdengar suara yang sangat dia kenali, menegur dirinya. Dia menoleh ke belakang.

" Awak. " Hanna memandang orang yang telah menyelamatkan dirinya. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Dia dengan tidak terkawal memeluk badan orang tersebut.

" Terima kasih selamat kan saya. " Kata Hanna dengan tangisannya. Dia menangis dengan hiba. Disangkakan dirinya akan menjadi milik lelaki tadi, tetapi dia sudah selamat kan semuanya. Dia selamatkan dirinya dan kandungannya.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang