BAB 30

6K 124 12
                                        

" Sinar kebahagian? "

" Sinar kebahagian? "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.




✧✧✧✧



Hanna melihat Syafit dan Shahrizat yang sedang membeli aiskrim yang tidak jauh darinya. Tersenyum dia melihat keakraban bapa dan anak tersebut.

Dia bangga dengan Syafit. Membesarkan anak seorang diri, bukan kerja yang senang bagi seorang lelaki, namun Syafit masih juga dapat membesarkan Shahrizat dengan baik.

Hanna mengusap perutnya yang mula kelihatan walaupun hanya sedikit. Dia harap sangat dia dapat menjaga anaknya ini seperti Syafit dapat menjaga Shahrizat sehingga sekarang.

" Aunty sakit perut ke? "

Tersentak Hanna apabila satu tangan kecil turut menyentuh perutnya. Senyuman kecil terukir di bibir. Disentuh tangan kecil tersebut.

" Tak. Aunty berbual dengan baby dalam perut aunty ni. " Kata Hanna dengan senyuman manis.

Shahrizat memandang Hanna dan perut Hanna silih-berganti dengan pandangan yang susah ditafsirkan.

Hanna dah agak dengan reaksi Shahrizat yang comel itu. Dia tersenyum kecil.

' Ya Allah, kenapa hati aku rasa bahagia sangat? '

Jujur dia kata, yang dia sudah lupa apa yang terjadi pada dirinya sebelum ini.

" Ada baby dalam perut aunty? " Tanya Shahrizat dengan terkejut.

Hanna mengangguk kecil.

" Aunty makan baby? "

Terkejut Hanna mendengar soalan Shahrizat tersebut. Tak lama lepas itu, gelakkan nya pecah jua. Terasa lawak mendengar soalan dari seorang budak yang polos seperti Shahrizat.

Dari jauh, Syafit yang ingin mendekati Hanna dan Shahrizat yang rancak berbual, terhenti apabila melihat Hanna yang sedang ketawa itu. Dia terpukau mendengar suara gelakkan Hanna itu. Sangat indah. Riak wajah Hanna yang gembira itu dilihat dengan penuh minat.

" Mana ada aunty makan baby. Shah nampak muka aunty ni ada muka macam raksasa ke? " Tanya Hanna dengan senyuman manis memandang Shahrizat.

Shahrizat geleng kepalanya. Dia menjilat aiskrim yang sudah cair di atas tangannya.

" Apa ni makan comot. Mari sini, aunty lap tangan Shah. " Hanna mengeluarkan tisu dari begnya.

Syafit yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya memerhatikan gelagat antara Hanna dan anaknya itu.

' Macam ibu dan anak. '

Terdetik di hatinya.

Senyuman mula terukir dibibirnya. Dia memerhati Hanna yang lembut membersihkan tangan Shahrizat yang comot dengan aiskrim.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang