BAB 5

7.1K 172 0
                                        

" Takdir yang sudah tertulis. "

-; hati terluka.

-; hati terluka

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


✧✧✧✧

" Jadi kira setuju jelah ni? " Puan Marina mengangguk kecil. Dia memandang Hanna di sebelahnya yang menunjukkan riak wajah seperti melihat hantu.

" Jadi kita tak payah buat majlis bertunang lah ni ? Teruskan ke majlis kahwin? " Tanya Puan Marina lagi untuk mendapat kepastian.

" Ye, sebab saya nak buat majlis kahwin besar-besaran. Banyak juga kena pakai duit, sebab tu kita tak payah buat majlis bertunang. Kalau buat pun sebelum nikah kita sarung cincin tunang. " Rancang bakal mak mertua Hanna.

Tangan Hanna sudah berpeluh. Dalam kepalanya asyik berlegar-legar soalan ' Dengan siapa aku kena kawin ni? ' 'Mana bakal suami aku. '

Dia agak terkejut juga tadi apabila melihat Datin Sarah dan Dato' Nasir serta beberapa sanak saudara mereka yang terjengul di hadapan pintu rumahnya. Takkan lah dia kena kawin dengan-

" Hanna ? " Terkejut Hanna apabila Puan Marina menolak bahunya. Dirinya menjadi perhatian orang ramai.

" Okay tak? Pucat je muka tu. " Tanya Datin Sarah dengan risau.

Hanna tersenyum sedikit dan mengangguk kecil.

" Majlis kahwin tu kita buat bulan depan okay? " Tanya Puan Marina.

Hanna terkejut lalu spontan memandang umi nya yang berada di sebelah. Eh cepat sangat tu!

" Boleh sangat. Perkara yang baik tidak boleh lama-lama ditangguhkan. " Balasan positif dari Datin Sarah membuatkan Puan Marina mengucap syukur tetapi tidak bagi Hanna.

Kenapa cepat sangat? Mana bakal suami dia? Siapa bakal suami dia? Jangan cakap bakal suami dia ialah mamat hidung tu.

" Minggu depan boleh dah slow-slow pergi pilih tema dekat butik. " Kata Datin Sarah sambil pegang tangan Hanna.

Hanna tersengih kecil.

Selepas Datin Sarah dan Dato' Nasir pulang, Hanna terus masuk ke dalam biliknya. iPhone 8 miliknya dicapai.

" Hello, Tihah. Aku nak cakap something dekat kau ni. " Hanna baring di atas katilnya. Dia memasang speaker di telefon nya.

" Waalaikumussalam, ye. " Bidas Fatihah.

Hanna merengus kecil.

" Assalamualaikum. "

" Ye waalaikumussalam. Kenapa? Nak cakap apa? " Tanya Fatihah. Dia ketawa kecil apabila dapat sindir si Hanna.

" Aku kahwin. " Kata Hanna.

Suasana sunyi sepi.

" Apa kau merepek ni? Kau mengigau ke? Tiba-tiba cakap kau kahwin ni pahal? " Bahang Fatihah dan ketawanya terlepas.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang