[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✧✧✧✧
Hanna membuang pandangannya jauh ke luar tingkap. Langit dan awan-awan yang sedang bergerak ditiup angin, dilihat dengan penuh minat.
Terimbau kembali kejadian minggu lepas di mana dia hampir-hampir mati lemas. Begitu juga dengan nyawa anaknya.
Alhamdulillah, nyawanya dan anaknya dipanjangkan dan anaknya masih dapat peluang untuk melihat dunia.
Matanya jatuh pada 2 buah katil bayi di sebelah katilnya. Senyuman terukir manis melihat 2 anak kecil di dalam katil tersebut.
Alhamdulillah, 2 hari yang lalu, dia selamat melahirkan anaknya selepas seharian bertarung nyawa di dalam dewan bedah. Dan lebih buat dia teruja, anaknya ialah kembar tak seiras dan berjantina lelaki dan perempuan.
Hanna bangun perlahan-lahan dari pembaringannya. Terasa ngilu di bahagian alat sulitnya.
Tetapi sakitnya mula hilang apabila melihat anak-anaknya yang tertidur kekenyangan selepas disusukan olehnya tadi.