BAB 6

6.4K 147 4
                                        

" Andai itu takdirnya. "

-; suara hati.

-; suara hati

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


✧✧✧✧


Aiman melangkah masuk ke dalam kondominium milik Adam. Dia baru selesai dengan kerjanya. 

Letih.

Dia berjalan ke arah dapur dan gelas dicapai sebelum menuangkan air kosong. Dia teguk dengan rakus air kosong sejuk tersebut.

" Hah! Lega! " Dia letak gelas itu di atas meja dan mula melangkah ke arah ruang tamu.

" Bosanlah pula balik awal. " Keluhnya dan mula baring di atas sofa panjang. Tiba-tiba otaknya mula teringat kan tentang minggu lepas. Bagaimana dia dapat berjumpa dengan gadis idamannya.

Perempuan itu!

Hati dia melonjak gembira apabila melihat gadis yang memakai tudung hijau gelap.

" Encik? Nak order apa? " Aiman menoleh ke hadapan kembali apabila budak perempuan yang berusia 20-an ingin mengambil pesanannya. Dia menoleh ke belakang kembali.

Perempuan tu dah hilang!

" Hurm sorry dik, nanti saya datang. " Aiman mula mengorak langkah mencari perempuan idamannya itu. Kali ini dia tidak akan melepaskan perempuan yang telah membuatkan hatinya tidak tenang.

Dia memandang di sekeliling food court yang dipenuhi dengan manusia yang sedang kelaparan.

" Aku tak fahamlah. Malam-malam buta pun ramai juga ke orang?! "

" Adeh! Sakit siiott! " Aiman terkejut apabila seorang perempuan berambut panjang terjelepuk ke atas lantai.

" Allah! Sorry cik. " Kata Aiman dengan rasa sebersalah. Dia ingin menolong perempuan itu bangun dari lantai tersebut namun dia masih lagi menjaga batas dia dengan kaum wanita.

Aiman mula keliru. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. 

' Macam mana ni? Tu lah kau! Kalut sangat nak cari perempuan tu sampaikan tidak sedar terlanggar orang.

" Apa tengok-tengok?! Tolonglah! " Marah perempuan itu. 

Aiman dengan kalut menolong perempuan itu bangun dari duduknya.

" Sorry. " Ucap Aiman dengan ikhlas. 

Perempuan itu melihat lelaki di hadapannya, dari atas hingga ke bawah. 

' Adoi handsome lah pula mamat ni. '

" Ingat sorry-sorry boleh sembuhkan sakit aku ke? " Kata perempuan itu dengan kasar sambil bercekak pinggang.

" Tihah! " 

Belum sempat Aiman ingin membalas kata-kata perempuan itu, datang seorang lagi perempuan yang bertudung berwarna hitam.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang