[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
✧✧✧✧
Adam bangun dari pembaringannya. Matanya yang terasa pedih itu digosok dengan kasar. Mulut menguap dengan luas.
" Shit! Kenapa aku tak boleh tidur? " Bentak Adam sambil memukul bantal di sisinya. Dia memandang bantal di sisinya itu.
" Kenapa kosong? " Tanya Adam sambil memikirkan sesuatu dan fikirannya mula teringat kisah semalam di mana dia berkasar dengan Hanna kerana gadis itu membawa lelaki masuk ke dalam rumahnya.
Adam turun dari katil dan kakinya melangkah keluar dari biliknya. Apabila dia berada di hadapan pintu biliknya, pintu bilik Hanna yang tertutup rapat dipandang sayu.
Tetapi hanya untuk seketika sahaja, Adam melangkah ke pintu bilik itu dengan api yang membara di belakang badannya.
Tombol pintu itu dipulas dan pintu berjaya di buka oleh Adam.
Pandangan matanya disapa dengan sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi yang indah.
Adam memandang jijik wajah polos yang sedang tidur lena itu.
" Woi bangun. " Adam menendang katil yang Hanna sedang tidur itu.
" Woi! Tak sedar dah ke pukul berapa ni? " Kali ni suara Adam di tinggi kan sedikit.
Hanna terpisat-pisat bangun dari pembaringannya. Matanya memandang sekeliling seperti memikirkan sesuatu.
" Seronoknya kau tidur. Aku lapar. Pergi masak cepat. " Arah Adam lalu keluar dari bilik kecil itu.
Hanna turun dari katil dengan muka yang berkerut. Pinggangnya sakit kerana jatuh ditolak oleh Adam semalam.
Langkahnya ke dapur, dipercepatkan kerana takut dimarahi oleh Adam lagi.
Matanya sempat mengerling jam yang berada di ruang tamu. Jam sudah menunjukkan angka 9 pagi.
" Allah. Subuh aku. " Hanna tersedar yang dia terlepas subuh kerana dia tidur dengan lena sekali. Dia terlalu letih semalam. Matanya tidak boleh ditutup kerana memikirkan kenapa Adam bersikap kasar dengannya.
Sambil dia keluarkan bahan-bahan untuk memasak, sambil itu juga fikirannya melayang mengingatkan kejadian semalam.
Air mata sudah bertakung di tubir mata. Mukanya juga sudah panas kerana menahan tangisannya.
" Apa salah aku? " Tanya Hanna dalam tangisan yang dia tidak dapat ditahan lagi.
Di sebalik dinding dapur, Adam dapat dengar tangisan pilu milik isterinya itu. Air matanya juga tidak dapat ditahan lagi.