9

15 3 0
                                    


Keluar sahaja daripada cafe tu, aku dah nampak kereta abang aku yang elok tersadai berhampiran dengan cafe. Harap-haraplah aku tak kene bebel dengan pakcik ni. Aku bukak je pintu kereta, " Hai abang, lama ke tunggu adik?" Okay kite tengok dulu mood pakcik ni, hihihi. Muka nampak biasa je dari sini, so mood dia  mesti tengah okay ni.

" Hai dik, tak de la lama mane pun, ade lah dalam 10 minit abang tercongok kat sini" Ehh awal pulak pakcik ni sampai! Nak tahu kenapa aku panggil dia pakcik? Sebab umur abang aku sekarang ni dah 22 tahun, and aku pulak baru je 16 tahun. Jarak umur yang agak jauh tu la sebabnya aku panggil dia ni pakcik, tapi dalam hati je la berani. Kalau cakap depan-depan dia ni, maknanya memang aku sengaja cari nahas la. Hehehehe...

" Nape awal sangat sampai ni? Bukan janji pukul 3 ke?" Pelik pulak pakcik ni harini, tak penah-penah nak sampai awal. Ni ape kes pecut awal-awal ni?

" Saje nak skodeng kau la dik. Kot-kot tengah berdating ke kan, boleh gak aku report kat papa." Haishh, pakcik ni selalu macam ni. Mulut tu memang tak berlapik langsung kalau bercakapkan? Apalah nasib dapat abang macam dia ni.

" Asal jealous ke? Tau la abang tu tak laku, sampai sekarang pun still single kan? Kesiannya dia" Hohohoho, belanja ayat pedas sekali. Bukan selalu~

" Hello sape cakap aku tak laku? Laku okay, kalau aku petik jari ni ramai je yang nak kat aku ni. Cuma tulah orang yang terlebih handsome memang macam ni, dia kena pilih pompuan yang terbaik untuk diri dia. Bukannya pakai amik pompuan yang entah pape tu." Eww perasan! Eleh cakap je la yang dia ni memang tak laku.

" Suka hati abang la nak cakap ape pun, lebih baik adik tidur daripada dengar ayat mengarut abang tu."

" Hei, itu fakta okay! Aku still ade harga bagi pompuan kat luar sana tu tau!"

" Yelah papejela, jangan kacau adik nak tidur. Shuh shuh, bawak je kereta tu elok-elok ye. Selamat malam"


30 minit kemudian~

"Woi budak, dah sampai rumah ni. Bangun laa.. Bape lama kau nak tidur hah?" Alaa dah sampai umah ke? Malas la pulak nak bangun.

" Abaaaang, dukung adik pleaseeee" sekali sekala bermanja dengan abang sendiri, hehehehe.

 "Ehhh budak ni, kau tu dah la berat. Angkat batu lagi ringan daripada kau tau! Patah tulang aku nanti kalau kena dukung kau." Haishh taktik pertama gagal, okay takpe kite cuba lagi.

"Takpelah kalau macam tu.. Lagi sejam adik bangun eh? Abang pergi la masuk rumah dulu, nanti adik masuk." Harap-harap menjadi la taktik ni.. Seriously, aku malas giler nak bangun sekarang ni.

" Ish budak ni, yelah-yelah aku dukung kau. Cepat naik atas belakang aku." Hooorayy! Berjaya!

" Yeayy thank you abang! I love youu!"

" Nasib jugak la kau ni ringan dik oi, kalau tak kesian kat tulang aku ni nanti."

" Sape suruh tuduh orang berat tadi? Adik tak cakap pape pon." Baru selangkah kaki abang aku masuk ke dalam rumah, dia ditegur oleh seseorang.

" Shazlan? Kenapa dengan Salsa tu? Tak sihat ke?" Ouh papa ke yang tegur tu? Ingatkan papa outstation lagi.

"Takde la papa, budak ni sihat je tapi tulah tetiba nak Shaz dukung dia pulak. Macam budak-budak je" Bukan ke aku ni masih dalam kategori budak-budak?  Hehehehe perasan!

Dan tiba-tiba, Bum! " Adoi pakcik sakit la tulang adik ni!! Kau nak bagi tulang aku retak semua ke ape hah?" Kan dah keluar perkataan pakcik tu, biarlah dia nak marah ke ape. Tulang aku lagi penting daripada marah dia sekarang ni.

" Ouh ade orang ke kat belakang aku? Ingatkan balak mana lah tadi, sebab tetiba belakang aku jadi berat semacam je. " Amboi sedap betul mulut dia tu panggil aku ni balak? Memang nak kena la pakcik sorang ni.

"What balak? Okay meh sini balak ni nak hempap. Eh-eh jangan nak lari eh." Dua beradik yang separuh matang sedang bermain kejar-kejar di dalam rumah tanpa ade perasaan malu kepada papa mereka yang leka memandang ke arah mereka sambil terseyum.

" Haih, Shazlan ni kalau tak usik adik sehari memang tak sah hidup dia kan?" Aku sempat mendengar ayat tersebut sebelum kembali focus mengejar mangsa yang berada di depan.

TIADA LARA YANG BAHAGIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang