48

5 1 0
                                    

Salsabilla P.O.V
"Hmmm tengok dulu la, apa-apa nanti adik bagi tahu abang eh? Okay la adik letak dulu eh? Bye abang"

Hmmm patut ke aku balik Malaysia? Dah lama aku tinggalkan negara sendiri... Rasa macam malas pulak nak balik.. Haihh...

Ting!

Siapa pulak la yang mesej malam-malam macam ni? Farhan?

Hai awak - Farhan

Hai - Salsabilla

Awak tengah buat apa?- Farhan

Tak buat apa pun, why?- Salsabilla

Awak ada dekat rumah ke?- Farhan

Aah...kenapa ni?- Salsabilla

Turun jap..  saya ada dekat luar ni- Farhan

Apa kes mamat ni tiba-tiba je ada dekat luar rumah aku? Dah pukul 11 malam kot.. ke dia ada problem? Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku nampak diri dia yang tengah bersandar pada kereta miliknya.

"Awak okay ke?"

"Okay je..kenapa?"

"Takde la..tiba-tiba je datang rumah saya malam-malam macam ni."

"Ouh.. saya saje je datang..rindu laa."

"Laa.. kan siang tadi dah jumpa, takkan dah rindu kot?"

"Of course la! Setiap saat saya rindukan awak tau!"

"Ishh dia ni.. ada-ada je lah."

"Awak..."

"Hmm?"

"Awak betul ke nak balik Malaysia ni?"

Haih......kenapa lah dia pergi tanya soalan ni. Aku pun takde jawapan untuk soalan ni lagi. Apa aku nak jawab ni....

"Awak?"

"Hah?"

"Ish dia ni.. sempat pulak berangan eh? Dengar tak apa yang saya tanya tadi tu?"

"Dengar la awak..Entah la saya pun tak tahu la nak balik ke tak nak."

"Kalau awak tak nak balik pun takpe, kita buat je la majlis kat sini."

"Macam pelik je buat dekat sini."

"Memang pelik pun.. Dah tu awak lambat sangat bagi tahu saya, memang majlis kita buat dekat sini je la."

"Family awak macam mana?"

"Kenapa dengan family saya?"

"Yela.. dorang setuju ke nak buat dekat Australia ni? Awak cakap family awak nak ikut adat kan?"

" Saya tahu tu... so kalau nak ikut adat,memang kena balik Malaysia la kan?"

"Hmmm....ye memang kena balik la kan? Lagi pun majlis kita ni dah tak lama kan.. so.."

"So? Jadi ke balik Malaysia ni?"

"Yup..jadi"

"Okay nanti saya book flight.. maybe this week kita balik.. boleh?"

"Hmm..okay"

"Okay la.. saya balik dulu ye.. Awak pergi la masuk dulu."

"Hmm yela."

"Awak jangan tidur lambat tauu!"

"Yeee awakkk! Dah pergi  balik sana."

"Hahahaha! Halau eh?"

"Mana ada halau, dah awak memang nak balik kan? Pergi la balik sana."

"Okay sayang.. Goodnight!"

"Goodnight too.. Hati-hati drive tu.."

"Okay awak."

Dan.. dia terus memecut laju. Betul ke keputusan yang aku dah buat tadi? Aku harap yang aku tak salah buat keputusan untuk balik semula ke tanah air aku.




TIADA LARA YANG BAHAGIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang