Salsabilla P.O.V
"Adik bangun."
"Hmmmm...."
"Bangunlah, dah pukul 6 ni."
"Hmmmm.."
"Hei, taknak pergi sekolah ke?"
"Taknak...."
"Kenapa pulak ni? adik ada masalah ke?"
"Hmmm.."
"Eh bangun jap, abang tak puas hati adik jawab hmm je dari tadi."
"Nak apa..."
"Kenapa adik taknak pergi sekolah? Gaduh dengan Aril ke?"
Gaduh? hmmm bukan setakat gaduh je bang, tapi dah siap putus pun. Jantan tak guna! Dia sanggup putus dengan aku semata-mata nak dengan minah tu ke? Eeee penipu!
"Hei, abang tanya ni. Dia boleh termenung pulak."
"Adik dah putus."
"Putus?! Kenapa pulak?"
"Aril cakap adik curang."
"Curang? Dengan siapa?"
"Hana ada tunjuk gambar kita dekat depan hotel, tapi.."
"Hana? Perempuan mana pulak ni.."
"Ahli sihir. Dengar la dulu, potong la abang nih!"
"Hehe.. sorry-sorry... Hah cepat sambung."
"Adik dah bagi tahu dia yang dalam tu memang abang, tapi dia still tak percaya."
"And dia putus dengan adik sebab tu ke?"
"Hmmm... "
"So sekarang ni adik nak buat apa?"
"Adik nak pindah sekolah."
"Pindah mana?"
"Australia. Lagi jauh lagi bagus! Sanggup dia lebih percayakan ahli sihir tu daripada adik? Menyesal adik couple dengan dia! Jantan tak guna!!!"
"Sabar dik, abang pun jantan gak. Deep tau ayat tu."
"Abang lain, abang jantan berguna."
"Hahahaha, ye la tu."
"Abang, kita pindah esok?"
"Esok??? Adik, abang kan still kerja dekat sini, siapa yang nak jaga adik dekat sana?"
"Adik pandai jaga diri la abang, jangan la risau hmm?"
"Adik nak tinggal kat mana?"
"Rumah arwah papa."
"Hmmm.. okaylah... nanti abang uruskan semuanya. So harini memang taknak pergi sekolah la ni?"
"Taknak! Buat sakit hati je kalau pergi pun, nak kena hadap ahli sihir tu lagi dengan Aril lagi... Eee rimas!"
Hana, kalau kau ingat dengan cara tu boleh buatkan aku merana silakan. Aku bukan macam kau yang suka memaksa-maksa orang hanya untuk kepentingan diri sendiri. Memang aku dah dengar semuanya, tapi tu tak bermakna aku akan bercinta dengan Aril untuk kali kedua. Cukuplah dia sakitka hati aku hanya sekali daripada berkali-kali. Selamat tinggal Fasyril Aziz, dan terima kasih untuk segala-galanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
TIADA LARA YANG BAHAGIA
Teen Fictionseorang perempuan yang gagal dalam percintaannya