12

13 2 0
                                    

Ding, Ding, Ding, Dong!!!! Ding, Dong, Ding, Dong!!!!

Disebabkan waktu rehat tadi aku tak sempat nak bagi tahu dia, jadi sekarang ni aku tak boleh nak tangguhkan misi ni lagi. Tanpa melengahkan masa, aku menunggu dia berdekatan dengan pagar sekolah. Yela kot-kot dia lalu depan aku ke, senang sikit nak tahan, hehehehe.

Yes finally! Baru je sebut-sebut tadi, orangnya pulak baru je muncul di depan aku. Ok Aril, jangan lepaskan peluang yang ada ni lagi, fighting!

"Hai Salsa, kau dah nak balik ke?" Wait, ape punye soalan lah aku tanye kat dia ni? Alahai, inilah akibatnya kalau otak dah hang~

" Eh takdelah, nak pegi tengok orang main bola. Nape nak ikut ke?" Hahahaha, memang sesuai sangat jawapan tu untuk soalan aku tadi! Salah kau jugak yang pegi tanya soalan terlebih bijak kat dia tadi.

"Hehehehe, sori wrong question pulak. Sebenarnya aku nak cakap dengan kau jap, boleh?" Harap-harap la dia tak marah, and cepat-cepat bagi kata putus.

" Hmmm, cakap kat sini tak boleh ke? Sebab abang aku suruh balik awal lah."

"Nope, kat sini tak private. Aku perlukan ruang yang private untuk cakap dengan kau." 

"Hmmm, yelah-yelah jap aku nak bagi tahu abang aku dulu." Yahooo! Berjaya! 

"Okay, hmmm shall we?" Dia terus mengangguk selepas mendapat kebenaran daripada abangnya. 


Setelah 15 minit berjalan....

" Hello sir and miss, welcome to My Wonderful Cafe. Please come in" Aku hanya mampu tersenyum sahaja ke arah pelayan perempuan tersebut. Kalau tak senyum karang dia report kat mama aku pulak, haihhh kaki report betul lah pekerja-pekerja mama ni. Macam biasa, aku menuju ke arah bahagian belakang cafe untuk menikmati ruang private tersebut, hehehe.

" Salsa kau duduk la dulu ye, aku nak pergi buatkan air untuk kite minum jap. So kau nak air ape?"

"Creamy Latte." Aku rasa tu memang air favourite dia kat cafe ni kot. Sebab haritu pon yang ni jugak yang dia minum.

" Okay, 5 minutes" Aku terus berlalu ke arah kaunter air untuk  membuat air yang telah dipesan olehnya. Selalunya pembantu mama yang akan sediakan air di cafe ni, dan disebabkan dia masih lagi bercuti, jadi tugas untuk membuat air tu terletak di tangan aku semula.

Tengah-tengah khusyuk buat air, tiba-tiba bahu aku diusap dari belakang, " Aril? Bila kamu balik? Mama tak perasan pun?" Haihh mama ni kan, memang suke tengok muka aku terkejut kan?

" Mamaaaa, terkejut Aril! Ingatkan siapalah tadi. Aril baru je balik dengan Salsa, tu dia ade kat meja belakang cafe. " Aku menunjuk ke arah dia yang tengah tekun menghadap phone. Dia tengah chat dengan siapa pulak tu?  Haihh Ril, yang kau menyibuk tu apahal? Biar jelah tu kan phone dia, bukannya phone kau pun.

" Takpelah sayang, mama ade banyak keje lagi kat dapur tu. Kamu temankan lah Salsa tu ye, dan jangan buat yang bukan-bukan sudahla." Ish mama ni, ade ke fikir sampai ke situ. Anak mama ni masih waras dan berhati mulia okay!

" Okay mama, don't worry and trust your lovely son." mama melepaskan ketawa terbahak-bahak sebelum berlalu ke dalam dapur semula. Okay, air pun dah siap jadi mari mulakan misi kita!! 

" Here your creamy latte." Aku sempat jeling ke arah phone nya, dengan tujuan dapatlah tengok dengan siapakah dia sedang berbalas chatting, tetapi satu ape pun aku tak nampak. Haihh hampanya.

" Thanks Fasyril."  Dia membetulkan duduknya sebelum menyisip sedikit air kegemarannya. "Hmmm sedapnya!" Alamak, dia puji aku la!! Terharu jap, hehehe.

" So, kau nak cakap ape dengan aku ni?"

" Aku nak jawab semua soalan kau masa kat sekolah tadi. Aku harap kau dengar dengan teliti dan jangan menyampuk walaupun satu huruf." Dia mengangguk faham, okay ready Aril? Set go!

" Sebenarnya, aku bukannye skema pon. Daripada awal kita jumpa sampailah sekarang, aku bukannya skema but just pura-pura jadi skema." Okay, muka dia memang nampak agak terkejut. Tarik nafas, dan lepaskan.

" Aku bukannya rabun pun, but standard orang skema, pakai cermin mata besar-besar dan buat rambut belah tengah. Aku buat semua tu sebab...... sebab aku tak nak orang suka dekat aku. Masa aku sekolah rendah dulu, hampir semua budak perempuan kelas aku suka tengok muka aku ni. Yelahkan siapa je yang tak suka tengok muka budak laki yang tembam, dengan mata separa bulat, tambah dengan pakej tinggi dan putih lagi maunye dorang tak cair."

Okay amik nafas dulu. Then sambung, "Satu hari tu, ade seorang budak perempuan yang datang confess kat aku, but lepas tu aku tak terima dia, sebab aku tak suke perempuan macam dia. Dia tu dah la minah kepoh. Pastu dia bagi tahu semua kawan-kawan dia yang aku tengah couple dengan dia. Aku rasa geram sangat dengan dia. Dan disebabkan tulah aku terus tukar diri aku semata-mata tak nak budak perempuan suka dekat aku. Perempuan tu pulak dah pindah kat tempat lain dan sampai sekarang aku dh takde dengar citer ape-ape pasal dia lagi. The end." 

" Tapi sejak akhir-akhir ni, ade seorang perempuan yang dah berjaya buat aku untuk kembali kepada rupa asal aku semula. Dan orang itu adalah kau Salsabilla." Akhirnya, terluah jugak ape yang aku nak cakap kat dia. Muka dia time ni memang terkejut habis! But dia still comel bagi aku, hehehe.

" Err Aril, aku rasa abang aku dah sampai kot. Bye, jumpa hari Isnin nanti." Dia terus bangun tanpa memandang ke arah aku lagi. Tapi aku perasan time dia bangun tadi, muka dia merah. Dia marah aku sebab bohong dia ke? Sorry Salsa, bukan niat aku untuk menipu kau.

TIADA LARA YANG BAHAGIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang