14

10 3 0
                                    

FASYRIL P.O.V

Tut tut tut..... Huh aku dah agak dah yang minah ni akan letak phone. Tula kau, degil! Tadi mama suruh kau mesej dia je, tapi kau pulak menggatal nak call dia. Ni lah padahnya,  ingatkan tadi boleh confess lagi sekali kat dia, tapi rupa-rupanya tak. Haihhh hampanya. Selalu macam tu, otak kata lain, hati suruh lain. Always tak kamceng mereka berdua ni.

" Aril? Dah mesej Salsa ke belum? Kalau dah, ajak dia datang rumah kita malam ni, sajalah mama nak berkenalan dengan lebih rapat lagi." Alamak!! Aku nak cakap ape kat mama ni? Tadi pun mama suruh mesej je, sebab mama cakap peratus untuk dia baca tu lebih tinggi berbanding nak pick up call. Tapi tulah, tangan tadi terlebih semangat nak tekan call berbanding mesej. Sekarang ni, padan muka kau Ril!!

" Err, Aril tak mesej dia pon ma, tapi Aril call dia." And dengan sepantas kilatnya mama berlari menuju ke arah katil aku, tempat di mana aku berada sekarang. Haihh... mama ni, kaki gosip betul la.

" Mama ni, jauh sangat ke jarak katil Ril ni dengan pintu? Perlu ke mama lari? Nanti terlucut kain batik tu cane? " Pang! Satu tamparan hebat hinggap di atas pehanya.

" Argh! mama, peritnya!! Boleh lebam peha Ril kalau macam ni tau."

" Eleh mengada, mama pukul sikit je kot." Sikit? Dah lebam okay peha anak mama ni. Huhuhuhu, sian peha aku.

" Cepatlah cite Aril, mama nak dengar ni." Haihhh, mama always nak tahu semua benda, even tak penting pun dia nak tahu.

" Okay cite dia camni, memang tadi Aril nak mesej dia, tapi ntah macam mana boleh call dia pulak."

" Pastu, Salsa angkat tak?"

" Wait ma. Kali pertama dia tak sempat nak angkat, sebab Ril dah letak dulu. Then, kali kedua dia angkat, tapi cuma sekejap je lah. Pastu dia terus letak. Okay the end."

Ktangg! Aduiii maa, bile masa pulak dah mama angkut sekali senduk dia ni masuk bilik aku?? Tu tak kesah sangat, yang aku kesahnya senduk tu dah selamat cium kepala aku tadi. Sakit yang amat!!

" Mama ape niiii, Ril ade buat salah ke sampai kene ketuk dengan senduk tu sekali? Sakit laaa."

"Memang Ril ade buat salah, kenapa la Ril pegi call dia? Dah sah-sah la Salsa tu terkejut. Mama suruh Ril mesej dia je, tapi tula anak mama ni memang terlebih rajin."

Haihhh, mama ni bagi nasihat ke perli? Bertabahlah Ril.

"Yee mama, sorry lain kali Ril dengar cakap mama eh?"

"Hmmm ye la tu."

Wait, asal aku ade bau something terbakar nih? Atau hidung aku ni dah tak boleh berfungsi dengan baik?

"Mama masak ape tadi? Nape Ril bau macam bende terbakar?"

And mata mama menjadi bulat sebulat-bulatnya, mesti baru ade teringat something la tu.

"Oh!! Mama lupa laa!! Tadi mama goreng ayam, terlupa pulak nak padam api dapur tadi! Kamu la ni cerita punya lambat!"

Dengan lajunya mama aku turun ke dapur untuk menyelamatkan ayamnya. Hmmm patut ke aku mesej Salsa? Tapi kalau dia tak nak balas macam mana? Or ape kata aku try dulu? Belum cuba belum tahu kan?


TIADA LARA YANG BAHAGIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang