Dari dalam biliknya, dia boleh mendengar jeritan tarzan milik pak cik kesayangannya itu.
"Oi adik cepatlah!! Dah lebih 30minit abang tunggu ni!!! Kan tadi abang dah cakap nak keluar awal, nape lambat sangat siap tu!!!"
Haiiihh, pak cik tu memang. Jangan nak menipu la, lebih 30 minit konon aku rasa baru 5 minit kot. Drama je lebih pakcik ni.
" Eee kejap la!! Dah nak siap la ni. Sabar sikit boleh tak!!"
Well, dia ingat dia je boleh jadi tarzan? Aku pun boleh la. Hishh nasib baik tudung aku perfect, tak aman aku nak bersiap tadi!
"Asal lambat sangat siap? Bukannya nak pergi jumpa putera pun! Kalah mak..."
Ni dah kenapa ayat tergantung sepi pulak ni. Cakap tu biar lancar sikit boleh?
" Abang ni dah kenapa cakap tak habis? Mak sape pulak yang kalah tadi?"
Asal dia tengok aku macam tu? Baju aku ni ade yang berlubang ke? Kalau ye pun ade yang berlubang tu tolong lah tegur, bukannya bagi reaksi dalam keadaan mulut yang ternganga macam tu. Buruk betul rupa pakcik ni.
"Adik, asal lawa sangat kau punye baju? Nak jumpe boyfriend je kot, tak yah la melawa sangat."
Lawa???! Ni nak memerli atau nak memuji??? Jarang betul perkataan 'lawa' tu keluar daripada mulut pakcik ni.
"Abang ni dah kenapa? Lawa salah, buruk salah. Ade je yang tak kene dengan adik kan?"
"Nooo, bukan macam tu.. tapi.. lupakan jelah."
Aik? Tak jadi nak terangkan pulak dah? Kehilangan kosa kata lah tu.
"Anyway, thanks puji adik lawa. Rasanya perkataan lawa tu susah untuk dijumpai dalam kamus hidup abang kan?"
" Hello miss kuat perasan, sorry okay. Abang bukan puji orangnya, abang puji bajunya sahaja. So jangan nak mengharapkan perkataan lawa tu untuk awak ye dik! Dah jom kite dah lambat sangat dah ni. Melayan adik ni ibarat melayan seekor langau."
"What???! How dare you!!!"
KAMU SEDANG MEMBACA
TIADA LARA YANG BAHAGIA
Teen Fictionseorang perempuan yang gagal dalam percintaannya