15

12 2 0
                                    

Salsabilla P.O.V

Salsa boleh tak kau datang rumah aku malam ni? - Fasyril

" Ehh nak buat ape pulak pergi rumah dia malam-malam ni? Dia dah giler ke ape?!"

Tak nak!! kau dah giler ke ape nak suruh aku datang rumah kau malam-malam macam ni? Nanti kalau kene tangkap basah, buat malu aku je!! - Salsabilla

2 minit selepas mesej dihantar~

Hish! Aku tak sekotor tu la! Ade mak aku jugak la! Mak aku yang suruh aku ajak kau datang, for dinner. - Fasyril

" Ouh ade mak dia sekali ke, eee bagi tahu pun tak jelas! Buat terkejut aku jela mamat ni, hishh!!"

Pukul berapa aku kene datang rumah kau? - Salsabilla

3 minit selepas mesej dihantar~

Lebih kurang pukul 8 malam. - Fasyril

Tengoklah kalau aku rajin nanti aku pegi la rumah kau. - Salsabilla

Beberapa saat selepas mesej dihantar~

Alaaa rajin laa.. kesian mak aku masak banyak-banyak untuk kau tau! - Fasyril

Ishh! mana boleh paksa orang sesuka hati.. tengok je la nanti aku datang ke tak. - Salsabilla

Okay fine... take your time.. bye. - Fasyril

Haihh.. nak pergi ke tak nak eh? Patut ke aku pergi? Ntah-ntah dia tipu aku ke? Macam sebelum ni yang dia pernah buat tu... tapi tak baik pulak kalau nak berburuk sangka dengan orang.. haihh macam mana ni!

Wait! bukan tadi pakcik tu kata nak jumpa kawan dia ke malam ni? alang-alang tu boleh la aku tumpang sekali kan?? Ohh yeahh, good idea Salsa! So jawapannya aku kene jugak la pergi rumah dia tu kan? Kesian pulak dekat mak dia yang dah bersusah-payah bertarung di dapur.

Aku keluar dari bilik dan turun dengan lajunya untuk mencari kelibat pakcik tu.

"Abanggg!!!"

Sambil turun tangga, sambil terjerit-jerit menyeru si pakcik tua tu, hehehehe aku memang adik yang baik kan?

"Yee!! Abang ade kat dapur ni!!" 

dengan sepantas kilat aku berlari ke arah dapur.

"Nak ape ni? Tak boleh ke panggil sweet-sweet sikit? Perit telinga abang kau jerit ala tarzan tadi."

" Ewww sorry okay, adik bukan semiang itu nak kene bersweet-sweet dengan abang. Adik just nak tanye boleh tak abang tolong hantarkan adik pegi rumah kawan?"

Okay mari kita bulatkan mata package sekali dengan kedip-kedipkan mata selaju mungkin dan buat muka ala-ala puss in boot gitu, heheheh.

"Kawan kau yang mana satu pulak ni? Abang kenal boyfriend kau tu je dik."

"Hah yang tu la.. boleh tak abang?"

" Okay boleh je tapi kita keluar awal sikit eh, takut jalan jam nanti"

" Baik bos! Wait, sejak bile abang rajin basuh pinggan ni? Nak jadi menantu pilihan ke? Hahahaha!! " 

Aku terus lari meninggalkan pakcik tu seorang diri di dapur. Shazlan hanya memandang adiknya yang lari meninggalkan dirinya sambil tergeleng-geleng.

TIADA LARA YANG BAHAGIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang