11

13 2 0
                                    

FASYRIL P.O.V

Haihh habis la aku!! Aku tak tahu ape masalah dua orang gemuk tu, asal dia cari aku lagi? Takkan tak settle lagi kot masalah aku dengan dorang? Aku sempat menoleh kebelakang, fuhh nasib dorang takde lagi. Aku rasa dah jauh aku lari bagi menyelamatkan diri ni.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang yang sedang terpekik-pekik memanggil namaku, " Oi Fasyril skema! Mana kau dah lari hah?!" Aduuu aku ingatkan dorang dah penat nak kejar aku, bersemangat pulak gemuk ni. Okay, fikir Ril. Ape aku nak buat sekarang ni? Ting! Yes idea sudah mari! Disebabkan aku ternampak seseorang yang aku kenal, so ape kata aku menyamar untuk sementara waktu ni?

Okay, penyamaran dimulakan dengan menanggalkan cermin mata edisi skema, menukarkan gaya rambut ke alaf yang lebih baru, membuka butang baju yang paling atas dengan sengaja menampakkan bahagian tulang yang seksi! Okay, I'm ready!

" Hai Salsa, awal kau datang harini?" Muka dia memang nampak agak terkejut, maklumlah kan Fasyril yang tadi bukan Fasyril yang sekarang. Today I'm mister handsome!  " Err sape kau?" soalan yang memang aku dah jangkakan. Haihh nape la selama ni aku berpura-pura jadi mat skema? Padahal jadi mister handsome lebih awesome! Mesti dia ingat selama ni aku memang totally skema kan? Of course I'm not dear Salsa. " Aku Fa...." belum pun sempat aku nak bagi tahu dia, ade pulak seorang makhluk ni mengganggu.

" Oi minah skema, kau ade nampak Fasyril tak? Cakap biar jujur" Wait, ape punya soalan la gemuk ni tanye. " Takde, aku pun baru je sampai sekolah ni. Dah pergi main jauh-jauh, syuh-syuh!" Hahahaha, kesian The Gemuks! Dah rupa kambing kena halau je aku tengok. 

" Eh-eh kau, sedap-sedap je halau kitorang ek? Orang kalau dah sibuk bercinta memang camni, bro didik girlfriend kau ni kasi elok sikit eh." What? Didik girlfriend kau? Sejak bile pulak aku ade girlfriend ni?? Ouh okay memang tak pelik la dia cakap Salsa ni girlfriend aku, kalau diri pun dekat-dekat camni.

Selepas The Gemuks tu blah, dia kembali fokus ke arah aku, " Aku kenal kau ke?" Setahu aku minah ni blur je, takkan pagi yang mulia ni dia tambah satu lagi penyakit? Pelupa ke dia? Ouhhhh no way!! " Of course kau kenal, ni aku la Fasyril Aziz, a.k.a Aril. Remember that?" haihh bahaya ni, aku dah tak nak transform diri aku jadi rupa pelik-pelik dah. Nanti kalau dia terus lupakan aku cane?? Tidakk!! 

Mata dia dah bertukar menjadi bulat, bulatan penuh wei!! So cute!  " Aril? Kenapa kau nampak lain harini? Mana cermin mata skema kau? Kenapa rambut kau dah tak sekemas dulu?" Finally yes! Dia masih ingat aku! Yahooo!

" Amboi, banyaknya soalan kau tu, takpe nanti aku bagi tahu kau eh? Time rehat nanti or time balik ke? Okay, bye Salsa!" ahhh tak sabar nak tunggu time rehat nanti!


KRING!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Yeah rehat time! Apa kata aku tunggu dia jap? Ehh, alamak! Aku mana penah tahu kelas dia kat mana. Ouh hampanyaa.. Takpelah kite tunggu je la kat mana-mana dulu ke.. Ehh jap-jap! Tu Salsa kan? Lajunya jalan, kena kejar ni kalau tak nanti terlepas! Alaaa, ramai pulak orang kat kantin sekarang ni. Aduuu memang la ramai, sekarang kan waktu rehat. Haihh ape punye soalan laa.

Aku menunggu dia dengan sabar, setelah nampak kelibat dia yang sudah pun membeli makanan untuk dimakan, aku terus menerpanya, " Hai Salsa!" Muka dia terkejut habis, siap sempat melatah lagi. " Eee asal kau follow senyap-senyap hah? Buat terkejut aku jelah." 

" Dah kau yang jalan cepat sangat, penat aku nak kejar kau balik" 

"Aku takde pulak nak suruh kau kejar aku balik, kau yang beria nak kejar aku balik."

" Salah ke aku kejar kau balik Salsa? Sebab aku rasa kita memang sesuai untuk berkejaran macam ni kan?"

" Banyak lah kau punye sesuai tu, dah gi main jauh-jauh. Aku nak makan pun tak senang" Huhuhu, kenapa last-last aku pulak yang kena halau macam kambing ni??

TIADA LARA YANG BAHAGIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang