AA 3

1.3K 52 0
                                    

Aira berasa lemah selepas menelefon ibunya di kampung.Dia sekali-kali tidak menyangka berita itu yang ingin disampaikan oleh ibunya.

''Assalamualaikum bu?''suara ceria Aira menyapa telinga Puan Amira dalam talian.

''Waalaikumussalam sayang.Amboi,anak ibu gembiranya dia.Apa khabar sayang?''

''Alhmdulillah,sihat bu.Ibu Aira ni macamana pula?Mesti bertambah comelkan?"tanya Aira dengan suara yang ceria. Terubat rasa rindunya mendengarkan suara ibunya.

''Ade-ade je lah anak ibu ni . Ahamdulillah, ibu sihat walafiat,''jawab Puan Amirah dengan gelak kecilnya.Terhibur hatinya mendengar suara manja anak tunggal kesayangannya itu.

''Hero Aira sihat,bu?''tanya Aira dengan senyuman yang masih bersisa dibibirnya.

''Ayah Aira sihat,Alhamdulillah.Tapi tu lah ayah kamu tu selalu sibuk dengan kerjanya kat kampung ni,''adu Puan Amirah.

''Ayah tu bu, rajinnya tak boleh nak halang.Ada je kerja yang nak dibuatnya.Sampaikan salam Aira kat hero Aira tu ye bu.Cakap kat Ayah,Aira rindu sangat-sangat kat hero Aira,''ujar Aira sedikit sayu tapi sengaja dituturkannya dengan nada sehabis ceria.Dia rindu sangat dengan ibu dan ayahnya.

''In sha Allah,nanti ibu sampaikan,''

''Okay lah bu,nanti Aira telefon ibu kalau ada masa.Aira nak rehatkan badan Aira ni.Penat berjalan kaki ulang-alik sebab tertinggal assignment kat rumah sewa ni. Ibu dan Ayah jaga diri baik-baik ye.Aira sayang ibu dan Ayah sangat-sangat.Peluk ketat-ketat ni tau,''kata Aira manja sebagai tanda ingin menamatkan panggilan telefon.

''Aira,''panggil ibu Aira lembut.Puan Amirah berasa ragu-ragu ingin menyuarakan hasratnya dengan kawannya itu.

''Ya, bu?''Aira tidak jadi melafazkan ucapan salam setelah mendengar suara ibunya memanggil namanya.Sedikit sebanyak Aira berasa gusar mendengarkan suara ibunya.Seperti ada sesuatu yang bakal terjadi.

''Hm,ibu ada nak beritahu Aira.Soal masa depan Aira.Aira tak lama lagi tamat pengajian kan,sayang?''tanya Puan Aira berkias.Pada mulanya,dia berniat untuk memberitahu anaknya setelah anaknya itu pulang ke kampung.Tetapi,kebetulan Aira menelefonnya dan dia juga tidak mahu kawannya menunggu lama jawapan darinya.Maka,terpaksa juga dia menyuarakan hajatnya yang satu ini.

''Hm,kenapa ni,bu?''Aira sudah mula dapat mengagak maksud ibunya.Tapi,dia cepat-cepat menggeleng-geleng menidakkan agakkannya.

''Ada orang nak masuk meminang Aira,sayang.Selepas itu,dalam masa dua minggu kamu akan dinikahkan.Ibu rasa Aira patut terima,sebab Aira dah nak habis belajar kan,''cerita ibunya.

Aira seperti hendak pitam mendengarkan kata-kata ibunya.Dia sangat terkejut dan hilang kata.Tepat sekali agakkannya.Dia masih belum bersedia untuk semua itu.Dia perlu mencapai satu lagi impiannya iaitu cita-citanya untuk bekerja selepas tamat pengajian.

''Aira,''panggil Puan Amirah apabila tiada suara dalam talian.

''Hm,ya,bu,''jawab Aira setelah menyedari dia tidak menjawab kata-kata ibunya tadi.

''Ibu tak nak paksa Aira.Tapi,Aira fikirlah masak-masak.Ibu nak Aira bahagia.Ibu yakin dengan pilihan ibu.Ayah Aira pun mengharapkan Aira dapat terima pinangan ni.Dia sesuai dengan Aira.Ibunya kawan ibu.Keluarga mereka semua baik-baik belaka tau,''ujar Puan Amirah dengan panjang lebarnya.

''In sha Allah,bu.Nanti Aira fikirkan,''ujar Aira lemah.Dia tidak tahu hendak berkata apa-apa walaupun banyak yang ingin ditanya dan diperkatakan.Tapi,rasa terkejutnya membataskan segalanya.Dia hanya mampu menyimpan segala persoalan didalam hati.

''Baiklah,sayang.Ibu nak ke belakang dulu.Banyak kerja yang belum dibereskan.Jaga diri baik-baik ya sayang.Aira fikirlah masak-masak.Assalamulaikum?''

''Waalaikumussalam,''Jawab Aira lemah.

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now