Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

AA 21

1.6K 57 2
                                        

Serentak kepala Aira dan Harraz menoleh ke arah pintu bilik apabila mendengar bunyi ketukan dari arah tersebut. Terhenti perbuatan Aira untuk meneruskan misi memohon maaf terhadap Harraz. Di dalam hati dia berasa sangat lega kerana situasi ini menyelamatkan keadaannya.

"Siapa tu? "Laung Harraz melontar persoalan tentang tujuan ketukan itu.

"Tengku saya sudah selesai bersihkan kereta dan kuncinya saya letak dimeja ruang tamu , "suara tukang kebun keluarga Harraz kedengaran memberitahu tentang tugasnya yang sudah selesai. Pintu bilik dibuka sedikit olehnya agar suaranya dapat jelas didengar oleh Harraz.

"Baiklah, terima kasih Pak Abu, "kata Harraz sambil kepalanya masih menoleh ke arah pintu. Selepas berbincang dengan umi dan papanya, Harraz ada menugaskan tukang kebun keluarga mereka untuk membersihkan keretanya memandangkan dia dan Aira akan pergi bercuti berbulan madu esok selepas dipujuk oleh uminya tadi.

Kedengaran pintu bilik mereka kembali ditutup kemas. Mata Harraz kembali menoleh Aira. Dia melihat Aira masih menoleh ke arah pintu bilik mereka. Entah apa yang difikirkan gadis itu sampai dalam keadaan begini pun boleh mengelamun.

"Kali ni awak selamat. Next time, kalau awak buat silap saya nak awak mintak maaf ikut cara saya, " kata-kata Harraz membuatkan Aira menoleh memandang wajah lelaki itu. Amboi, banyak cantik. Macamlah besar sangat salah dia. Baru je nak berangan selamat dari ugutan lelaki itu.

"Sa...aaya dah mintak maafkan, "ujar Aira. Lain yang ingin dia katakan, lain yang keluar. Ingin sahaja dia menjawab tidak ingin menurut perintah lelaki itu. Tetapi, lidahnya kelu untuk membalas kata-kata lelaki itu.

"Saya suami ke awak suami?"soal Harraz sambil dirinya mula bangun menuju ke arah katil. Dia duduk dibirai katil sambil mata melihat ke arah Aira. Keningnya dijongket-jongket menandakan dia sudah menang dengan kata-katanya.

Aira hanya mampu mengetap gigi mendengar persoalan lelaki itu. Matanya tajam melihat lelaki itu seperti mengejeknya. Ada jugak orang kena tumbuk lepas ni. Biar lelaki itu menjadi orang pertama yang merasakan tumbukan sulungnya. Tak pasal-pasal fikirannya seperti seorang gangster saat ini.

"Apa tengok-tengok? Nak saya kiss? " soal Harraz lagi. Galak hatinya ingin menyakat Aira. Dia tahu Aira seperti sedang sedaya upaya menahan sabar. Kelembutan gadis itu masih terserlah kuat. Jika tidak kemungkinan besar dia sudah kena terajang dengan sikapnya yang kaki menyakat.

"Err mana ada, "kata Aira menafikan perbuatannya sebagai cara untuk mengelak menjawab soalan Harraz. Aira terus berlalu tanpa sepatah kata menuju ke pintu bilik .Takutlah tu! Pantang diugut sedikit sudah cuak.

Harraz menyimpul senyum dengan kekalutan Aira. Kepalanya digeleng-geleng memikirkan ugutannya tadi. Mengenali Aira membuatkan dirinya menjadi nakal tak kena tempat. Mentang-mentang dah ada halal didepan mata. Dia mengharapkan ada sinar cinta dihatinya untuk layak mencintai gadis itu dengan sepenuh hati. Dia tidak ingin menilai cepat bahawa dirinya sudah jatuh cinta dengan Aira. Biar masa membawa mereka mengenal cinta yang suci supaya tidak ada istilah bosan didalam hubungan mereka kelak. Jika boleh dia tidak mahu perkahwinan ini berakhir dengan perpisahan. Dia berharap sinar cinta itu pantas menjengah didalam hatinya untuk mencintai Aira Amanda dengan sepenuh hati.

.........

"Jauhnya isteri saya ni mengelamun. Dah sampai mana tu? "

Suara Harraz yang menyapa cuping telinga Aira membawanya kembali ke alam nyata. Tak habis-habis nak buat dia terkejut tak tentu pasal. Geram pula dirasakan didalam hati Aira. Dengan hati yang sebal, Aira bingkas bangun. Malas dia nak layan perangai masuk air suaminya itu. Baru selangkah kaki Aira menapak, pinggangnya dirangkul kemas oleh tangan sasa milik Harraz. Kini dia berada diatas pangkuan Harraz.

Shadows of His White LiesCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang