AA 11

1.2K 43 0
                                    

Harraz dan Tengku Nuraisyah duduk bersantai dipondok halaman villa kediaman mereka sambil memerhatikan kolam ikan Koi yang sedang dibersihkan oleh perkerja kebun mereka. Harraz lebih banyak berdiam diri semenjak dia sah menjadi tunangan orang.Lebih-lebih lagi apabila Tengku Nuraisyah ingin mempercepatkan majlis perkahwinan Harraz dalam masa yang terdekat,memang berserabutlah lagi kepala anaknya itu.Tengku Nuraisyah memerhatikan Harraz yang termenung panjang melihat pekebun mereka membersihkan kolam ikan Koi itu. Dia tahu mata Harraz memang memandang kolam ikan itu tetapi fikirannya melayang ke tempat lain. Tengok sahajalah Kopi panas yang dihidangkan oleh orang gaji mereka sejak tadi sudah mula sejuk kerana langsung tidak disentuh oleh Harraz. Selalunya Harraz seorang yang ceria dan suka membawanya duduk bersantai diluar rumah. Tetapi, Tengku Nuraisyah tiada pilihan lain selain ingin melihat anaknya itu berkahwin selepas sahaja tamat pengajian. Dia hendak mengukuhkan lagi empayar syarikatnya iaitu Magnifique Holding memandangkan Harraz satu-satunya pewaris tunggal syarikat itu. Oleh itu, Tengku Nuraisyah dan suaminya Tengku Hamid Bernard membuat keputusan untuk mengahwinkan anak tunggal mereka. Mereka berharap dengan perkahwinan ini , Harraz mampu mengembangkan lagi pewaris empayar Magnifique Holding untuk persediaan masa hadapan.

Magnifique Holding merupakan syarikat persendirian yang menjalankan Architectural business dan Interior designer untuk projek-projek perumahan mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Magnifique Holding merupakan syarikat persendirian yang menjalankan Architectural business dan Interior designer untuk projek-projek perumahan mewah. Tengku Hamid Bernard bin Tengku Hisyam Danial merupakan pengasas sekali gus merangkap jawatan CEO Magnifique Holding. Beliau bersusah-payah membangunkan syarikat ini daripada dikenali sebagai syarikat kecil dan biasa sehinggalah menjadi sebuah syarikat yang besar dan berjaya. Syarikat ini hanya mengambil pekerja yang mempunyai kualiti yang tinggi agar dapat menghasilkan kerja yang hebat dan unik. Tengku Hamid sudah bersedia ingin menyerahkan jawatan CEO yang dipegangnya selama 25 tahun kepada anak tunggalnya,Harraz. Dia tahu Harraz sudah matang dan bersedia untuk mengambil alih syarikat ini tambahan lagi anaknya itu sudah pun berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Bachelor in Architecture(Hons) Building and Design. Tambah membanggakan lagi apabila dia mendapat tahu anak nya bakal mendapat pengiktirafan Ijazah Kelas Pertama (First Class of Honors) didalam bidang yang diambilnya. Dia juga tidak memerlukan Harraz untuk sambung belajar sehingga ke bidang PHD kerana ia akan mengambil masa yang lama. Tambahan pula, anaknya itu sudah ada hala tuju yang jelas iaitu mengambil alih Magnifique Holding untuk diperkembangkan lagi empayarnya. Baginya Harraz boleh belajar melaluinya untuk menambah pengetahuan memandangkan dia sebenarnya merupakan PHD holder dalam bidang Architecture. Bukan dia tidak mahu Harraz menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi, tetapi dia merasakan sudah masanya dia berehat daripada dunia perniagaan. Harraz harus diberi peluang untuk mengurus syarikat mereka dengan harapan anaknya itu akan belajar bermacam-macam cabaran dan lebih matang dalam bertindak.

"Harraz, kita ada masa berbekal empat hari lagi sebelum majlis perkahwinan Harraz. Semua persediaan pun dah ready. Harraz taknak tengok ke wajah tunang Harraz? " suara Tengku Nuraisyah kedengaran ingin mengajak Harraz berbual.

"Takpelah, Umi. Empat hari lagi Harraz tengoklah muka dia. Kalau Harraz tengok sekarang pun, keputusan Umi tetap sama nak Harraz kahwin dengan dia, "jawab Harraz mendatar.

"Okay, nanti jangan nak say thank you kat Umi pulak eh lepas dah tengok muka isteri Harraz. Cantik tau, "cabar Tengku Nuraisyah.

"Cantik pun tak guna Umi kalau dia tak dapat tawan hati Harraz. Harraz nak kahwin atas dasar cinta, "jawab Harraz perlahan.

"Cinta tu boleh dipupuk selepas kahwin Harraz. Tak semua perkahwinan bermula dengan percintaan. Cinta selepas nikah tu lagi indah, "ujar Tengku Nuraisyah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tidak bersetuju dengan pendapat Harraz.

Harraz terdiam mendengar kata-kata Uminya. Dia baru terfikir tentang perkara itu. Siapa tahu percintaan selepas nikah ini akan menjadi indah jika didasari dengan hubungan yang halal. Dia harus mencuba untuk menerima takdir ini. Hanya berbaki empat hari lagi untuk dia bertemu bakal isterinya. Harraz berharap wanita itu mampu membuat hatinya tertawan kerana dia tidak ingin adanya masalah rumah tangga jika dia tidak mampu mencintai wanita itu.

"Umi masuk dulu. Harraz jangan lewat tidur malam ni. Tak lama lagi nak jadi pengantin. Taknaklah muka monyok dan lesu je nanti naik pelamin. Malu Umi, "Tengku Nuraisyah meminta diri sambil mencubit pipi anaknya itu. Saja ingin mengusik Harraz agar terubat sedikit kegusaran anak tunggalnya itu.

"Umi, Harraz dah besarlah. Malu lah orang tengok, " kata Harraz sambil mengusap pipinya yang kesakitan kerana dicubit Uminya. Matanya liar melihat sekeliling rumah takut ayahnya atau orang gaji mereka melihat Umi melayannya seperti anak kecil. Tengku Nuraisyah tergelak mendengar ayat Harraz sambil berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Malu lah tu!

Harraz memerhatikan langkah Uminya sambil tersenyum. Pandai Uminya menjernihkan kembali hubungan mereka. Harraz bangkit dari tempat duduknya dan melangkah masuk ke rumahnya. Harini dia hanya duduk dirumah sahaja menghabiskan masa menikmati waktu cuti yang singkat sebelum dia akan mengambil alih tugas ayahnya tidak lama lagi. Dia tidak tahu hendak berhibur seperti pergi ke kelab malam atau melepak dengan kawan-kawannya tidak tentu hala.Ini semua atas didikan Uminya yang tegas dalam mendidiknya agar Harraz sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang muslim. Dia akan rasmi menjadi CEO Magnifique Holding selepas dua minggu dia berkahwin.Ini bermakna cutinya hanya tinggal 2 minggu 4 hari sebelum menjadi CEO Magnifique Holding .Harraz perlu menikmati cuti yang ada sepuas-puasnya. Dia mula mencapai remote televisyen di atas meja ruang tamu sambil menghempaskan badannya disofa. Harraz menonton filem kegemarannya sambil duduk santai disofa. Dia harus memberi ruang kepada dirinya untuk chill and relax menikmati waktu yang tinggal sebelum menjadi suami orang dan juga CEO syarikat.

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now