AA 13

1.4K 96 1
                                    

    "Aku nikahkan dikau Tengku Harraz Irfan Bin Tengku Hamid Bernard dengan Aira Amanda Binti Ahmad Arief dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai, "kedengaran suara tok kadi mula membaca lafaz ijab sambil tangannya menyalam tangan Harraz.

       "Aku terima nikahnya Aira Amanda Binti Ahmad Arief dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai,"Harraz menjawab lafaz qabul dengan tenang dan lancar.

    "Sah? ", tok kadi mula bertanya saksi-saksi bersebelahan dengan mereka. Lalu mereka memberikan pernyataan sah kepada tok kadi. 

      "Alhamdulillah.  Sah!"jawab tok kadi sambil tangannya mula menadah tangan untuk membaca doa.  Suasana sebak dan gembira antara  kedua-dua belah pihak keluarga Harraz dan Aira kerana dua hati selamat disatukan dengan tenang dan dipermudahkan.

       "Alhamdulillah.  Fuh! Nasib nama ayah dia pendek.  Senang nak ingat dan sebut, "Harraz berkata didalam hati.  Harraz baru teringat semasa dirinya menyalam tangan tok kadi barulah dia terfikir yang dia tidak tahu nama penuh Aira. Mujur dia dapat tangkap nama penuh Aira semasa tok kadi membaca lafaz ijab. Harraz bersyukur kerana dia sah menjadi suami Aira hanya dengan sekali lafaz.

Setelah selesai membaca doa,  Harraz terus menuju ke arah Aira yang sedang duduk bersimpuh diatas kusyen pengantin. Dia duduk berhadapan Aira yang baru sahaja sah menjadi isterinya.  Harraz melemparkan senyuman kepada Aira.

   "Assalamualaikum Isteriku, "sapa Harraz sambil tersenyum lalu menjalankan majlis lafaz dan penyerahan mas kahwin kepada isterinya . Kemudian dia meletakkan tangan kanannya diatas ubun-ubun Aira. Dia mula membaca basmalah dan doa yang dia pelajari untuk memohon keberkatan diatas perkahwinan mereka.

Aira menjawab perlahan salam Harraz.  Dia terkejut Harraz memegang ubun-ubunnya.  Dia mendengar butir halus doa yang dibacakan oleh suaminya. Serba sedikit hatinya tersentuh kerana cara Harraz menemuinya dengan cara yang digalakkan dalam islam. Setelah Harraz selesai membaca doa,mereka saling menyarungkan cincing dijari. Selepas itu, Aira memegang tangan Harraz dan mencium tangannya. Hatinya berasa berdebar saat pertama kali menyentuh tangan lelaki lain yang kini bergelar suaminya.

Harraz tersenyum melihat Aira menyalam dan mencium tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harraz tersenyum melihat Aira menyalam dan mencium tangannya. Dia terasa seperti mimpi melihat Aira yang kini sudah sah menjadi isterinya. Langsung dia tidak terfikir yang bakal isterinya adalah Aira Amanda. Gadis yang mampu menggetarkan hatinya. Walaupun dia tidak tahu adakah perasaan ini sebenarnya cinta atau sebaliknya, dia tetap berharap perlahan-perlahan dirinya dapat menyelami hatinya untuk mencintai isterinya sepenuh hati.

Harraz terus mencium dahi Aira selepas Aira selesai menyalam tangannya.  Terasa berbahang wajah Aira apabila dahinya dicium oleh Harraz. Wujud perasaan halus yang dia sendiri tidak tahu untuk tafsirkan.Mungkin kerana ini kali pertama ada bibir lain menyentuh dahinya selain ibu dan ayahnya. Hatinya juga seperti hendak terkeluar melihat Harraz senyum menggoda melihat dirinya yang sedang menahan malu. Aira merasakan hidupnya bakal berubah sepenuhnya selepas ini.  Dia harus berani menghadapi Harraz selepas ini. Perasaan malunya juga perlu dibuang jauh-jauh takut Harraz akan membulinya jika dia terlalu malu.

……

Aira meminta diri untuk masuk ke biliknya kerana ingin mengemas barang-barang yang hendak dibawa ke rumah Harraz malam ni.   Sedari tadi Harraz asyik mencuri pandang melihat wajah Aira sehingga membuatkan Aira berasa tidak selesa. Oleh kerana tidak tahan asyik diperhatikan oleh Harraz, Aira mencari jalan untuk ke masuk ke biliknya dengan alasan ingin mengemas barangnya dan Harraz adalah puncanya kenapa dia masuk ke biliknya cepat-cepat sedangkan dia masih mahu melekat dengan ibunya.

Harraz dan Aira perlu bertolak malam ini selepas solat isyak kerana majlis resepsi mereka akan berlangsung pada hari esok. Ibu dan ayah mertuanya sudah bertolak ke Kuala Lumpur selepas majlis pernikahan Harraz dan Aira selesai kerana banyak perkara hendak diuruskan untuk majlis anak menantu mereka esok. Harraz masih berbual diruang tamu dengan keluarganya. Harraz begitu peramah dengan keluarganya. Memang sahlah ibu ayah Aira suka menantu perangai macam tu. 

Aira leka mengemas pakaiannya dan memasukkannya kedalam bagasi. Langsung dia tidak sedar yang Harraz memerhatikannya sambil bersandar dimuka pintu bilik tidurnya. Harraz memerhatikan gerak geri Aira yang lemah lembut. Dia melihat Aira hanya baju t-shirt long sleeve dan seluar jeans.Nampak ringkas dan cantik. Tudung masih terletak elok dikepala isterinya itu. Mungkin dia cepat-cepat memakai tudungnya itu selepas menyalin pakaiannya. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia memeluk Aira kerana berasa terlalu gembira dapat berkahwin dengan Aira dan bukannya gadis sembarangan seperti yang dibayangkan.  Walaupun dia tidak tahu lagi sikap sebenar Aira, dia berharap Aira bersikap baik seperti yang difikirkannya.

Harraz mengetuk perlahan pintu bilik tidur Aira. Hendak terlompat Aira kerana terkejut melihat Harraz berdiri bersandar dimuka pintu biliknya.  Dia tidak tahu hendak beriak melihat wajah Harraz yang sedang tersenyum melihatnya. Kekok Aira rasa melihat Harraz memerhatikan suasana biliknya. Mungkin Harraz tidak selesa melihat biliknya dikampung kerana Harraz anak orang berada.  Pasti bilik Harraz tiga kali ganda lebih cantik daripadanya.

     "Boleh saya masuk?, "tiba-tiba Harraz bersuara menghapuskan suasana sunyi antara mereka.

      "Masuklah, "pelawa Aira. Janggal perasaannya melihat lelaki lain selain ayahnya masuk ke dalam biliknya.Harraz terus duduk dibirai katil sambil memerhatikan Aira yang menyambung mengemas pakaian. Kelam kabut Aira mengemas pakaiannya.  Hendak ketawa Harraz melihat Aira, bukan dia tidak tahu yang Aira berasa sangat malu dengannya.

Tiba-tiba Aira berdiri ingin menuju ke pintu biliknya. Dia hendak keluar ke dapur rumahnya kerana tidak betah berlama-lama berduaan dengan Harraz dibilik. Saat Aira ingin melangkah keluar dari biliknya, Harraz terus memaut pinggang Aira dari belakang sambil kakinya menutup perlahan pintu bilik Aira bagi menghalang Aira keluar daripada bilik. Terasa hendak pitam Aira dibuatnya melihat tangan Harraz memaut pinggangnya.

   "Ibuuuu, "jerit Aira didalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   "Ibuuuu, "jerit Aira didalam hati.  Laju jantungnya mengepam darah kerana gementar. Harraz seperti tahu kelemahannya yang dia seorang yang sangat pemalu.

     "Awak saja eh nak mengelak dari saya? "Bisik Harraz ditelinganya. Dia sengaja ingin menguji dan mengusik Aira.

Kaku badan Aira apabila Harraz membisik perlahan ditelinganya. Lelaki ini seperti mempunyai kuasa mematikan langkahnya untuk mengelak. Harraz terus melepaskan pautan tangannya dipinggang Aira kerana risau pengsan pulak isterinya itu nanti kerana terlalu gementar. Tidak dinafikan hatinya juga berdegup laju apabila memeluk gadis itu walaupun tidak melihat wajah Aira. Tetapi, aura gadis itu terlalu kuat untuknya.  Dia masih punya banyak masa untuk mengenali gadis ini.

      "Awak kemaslah barang awak dulu.  Periksa cukup ke tidak.  Takut ada yang tertinggal pulak. Saya tengok awak kelam kabut mengemas lepas saya ada kat bilik ni, "Harraz meminta diri untuk keluar.  Kasihan pulak dia melihat Aira tidak tentu arah bila dia ada bilik itu. Comel pulak isterinya apabil cuak diusik olehnya. Aira memerhatikan Harraz keluar dari biliknya.  Dia terus memegang dadanya yang berdegup kencang.  Panas wajahnya kerana malu.  Baru hari pertama dia sudah diusik sebegini rupa, apa lagi hari-hari seterusnya.  Tidak!

If korang suka bab ni, I hope you all dapat support sis dengan vote bab ni💋

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now