AA 7

1.2K 52 2
                                        

Perperiksaan semester akhir bagi tahun akhir sudah pun berakhir. Aira dan Hana berasa sangat gembira kerana berjaya menempuh kehidupan universiti selama empat tahun. Pasti suasana ini yang bakal rindui suatu masa nanti. Kenangan belajar pada usia muda sangat berharga untuk disimpan sebagai memori terindah setiap pelajar yang bakal menjadi lebih dewasa bermula hari esok.

"Hana, aku tak sangka kita dah habis degree, "luah Aria dengan wajah yang gembira.

"Alhamdulillah, aku pun tak sangka Aira. Rasa macam semalam kita masuk uni then senior happy je buli kita masa sesi orientasi, "jawab Hana sambil ketawa mengingatkan kenangan mereka semasa mula-mula menjadi pelajar universiti. Minggu orientasi adalah minggu yang paling sengsara buat pelajar baru kerana disitulah peluang senior universiti yang menjadi fasilitator membuli junior. Tetapi, bagi mereka itu adalah kenangan yang manis untuk dikenang.

Mereka berdua tergelak gembira dan mengambil gambar kenangan hari terakhir mereka menjadi pelajar degree di universiti mereka. Perlakuan mereka tanpa disedari sedang diperhatikan oleh seseorang disebalik rimbunan pokok.

Harraz tersenyum melihat wajah Aira yang ceria bergambar dengan Hana. Dia suka melihat senyuman dan gelak tawa Aira.Tidak sangka yang dia akan terserempak Aira Amanda sekali lagi biarpun ini yang terakhir. Tiba-tiba hatinya terasa debaran saat melihat Aira tersenyum cantik sehingga menampakkan susunan giginya yang putih dan kemas.

      "Cantik, "hanya satu perkataan yang terpacul daripada mulut Harraz sambil tersenyum

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Cantik, "hanya satu perkataan yang terpacul daripada mulut Harraz sambil tersenyum. Dia sedar bahawa senyuman dan wajah ceria gadis itu tidak akan pernah menjadi miliknya. Tiba-tiba senyumannya mati saat terkenang bahawa dia bakal menikahi dengan wanita yang tidak dikenalinya.

Harraz memalingkan badannya membelakangi Aira dan Hana yang berdiri jauh darinya. Dia bersandar dibawah pokok yang rimbun sambil meraup wajahnya berkali-kali. Mengapa harus saat ini dia berjumpa dengan Aira. Dia inginkan senyuman itu ditujukan buatnya. Tetapi, itu cuma mimpi buatnya. Dia sendiri tidak jelas dengan perasaannya. Gadis itu terlalu awal untuk dia menilai baik tetapi aura gadis itu cukup kuat mengatakan bahawa Aira Amanda seorang yang baik. Dia juga belum menyelesaikan masalahnya dengan Ifa. Ifa belum tahu yang dia bakal berkahwin dengan wanita lain.

Langkah Harraz longlai menuju ke tempat letak kereta. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Dia juga tidak sepatutnya melihat gadis itu lagi. Gadis itu terlalu kuat menarik minatnya untuk menatap wajahnya walaupun hanya dari jauh. Harraz mula menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi dengan jiwa yang lesu.

Aira melihat rimbunan pokok yang tidak berapa jauh jaraknya daripada mereka. Dia seperti terasa diperhatikan oleh seseorang semasa mereka seronok bergambar. Namun, perasaan itu terus ditepisnya.Mungkin cuma andaiannya sahaja. Aira terus bertindak tidak mengendahkan hal tersebut.

"Hana, lama sangat dah ni kita bergambar sana sini. Aku dah penat. Jom kita balik, "luah Aira.

"Tulah, jomlah. Penat aku nak bergambar dengan kau ni, "usik Hana sambil ketawa.

"Amboi, bukan main lagi kau kan, " jawab Aira sambil menjeling Hana yang sakan mengetawakannya. Sukalah tu kenakan Aira.

Aira dan Hana terus menuju ke rumah sewa mereka. Bermula esok mereka perlu mula untuk mengemas barang mereka kerana perlu pindah keluar memandangkan kontrak mereka sudah tamat seiring dengan tamat pengajian. Mereka akan kembali ke universiti ini untuk sesi konvokesyen yang akan diadakan 6 bulan akan datang. Aira dan Hana tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman berjumpa dengan keluarga tercinta. Rindu!

Shadows of His White LiesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang