AA 16

1.4K 74 2
                                    

Ketukan pintu meleraikan pelukan Harraz terhadap Aira. Kelam kabut Aira berdiri dan meluru ke arah pintu bilik. Terasa panas wajahnya kerana berasa sangat malu. Ini kali kedua dia dipeluk oleh Harraz. Lelaki itu seperti sengaja mengujinya. Dia tidak dapat bayangkan nasibnya untuk hari-hari seterusnya tinggal bersama lelaki itu. Sukar dijangka dan tidak terkawal oleh Aira.

    "Aira,mana Harraz?Umi suruh ajak Aira turun sarapan,tak turun-turun," Tanya Tengku Nuraisyah sambil tangannya menyambut huluran tangan Aira yang ingin menyalam tangannya.

     "Harraz baru nak bangun Umi. Takpelah, Aira dulu turun bawah dengan Umi. Maaf Umi, Aira terlajak tidur,"jawab Aira lembut. Nampak sahaja wajah Tengku Nuraisyah dimuka pintu selepas sahaja dia membuka pintu bilik Harraz,terus dia menghulurkan tangan untuk menyalam tangan ibu mertuanya itu.

      "Takpe Aira. Umi faham Aira penat. Jom ikut Umi turun bawah sarapan. Sebelum tu umi nak ucap selamat datang ke Villa Kasih. Umi gembira sangat dapat terima orang baru masuk ke rumah ni. Ada geng Umi nak cerita hal-hal orang perempuan. Ni asyik geng dengan suami dan anak lelaki Umi je. Bukan faham pun apa Umi nak,"kata Tengku Nuraisyah dengan gembira sambil tangannya mengusap lembut tangan Aira. Senang hatinya menerima orang baru didalam rumahnya. Boleh buat geng borak-borak hal perempuan. Nak harap Harraz memang taklah anak lelakinya itu faham tentang bunga dan hiasan perempuan.

      "Terima Kasih Umi. Jomlah kita turun . Boleh Aira tolong-tolong Umi kat dapur,"ajak Aira lembut.

     "Yelah. Nak tunggu Harraz tak sarapanlah orang dalam rumah ni dibuatnya,"Tengku Nuraisyah mula menapak menuju ke tangga sambil tangannya menarik tangan Aira lembut untuk mengikutnya turun ke dapur.

 Nak tunggu Harraz tak sarapanlah orang dalam rumah ni dibuatnya,"Tengku Nuraisyah mula menapak menuju ke tangga sambil tangannya menarik tangan Aira lembut untuk mengikutnya turun ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira terpesona melihat dekorasi rumah Harraz. Sangat cantik dan memukau matanya. Setiap sudut membawa tema yang berbeza. Ruang tamunya menggunakan dekorasi barat manakala ruang dapur mereka memperlihatkan ruang dekorasi arab. Setiap sudut rumah mereka seperti memperlihatkan sentuhan pereka dalaman yang berbeza-beza. Sesiapa pun akan terpukau melihat suasana didalam rumah ini. Aira sendiri berasa seperti sedang bermimpi berada di rumah ini. Barulah Aira tahu rupanya begini keadaan rumah keluarga yang berketurunan diraja.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now