Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

AA 18

1.6K 70 3
                                        

Terketar-ketar badan Aira apabila Harraz berdiri dekat dengannya. Dia mula mendekatkan wajahnya ke arah Aira, perlahan-lahan Aira berundur sedikit ke belakang. Semakin Aira berundur ,semakin Harraz mendekat. Terhenti langkah Aira apabila belakangnya sudah menyandar didinding pintu bilik mandi. Dia mula memegang balutan tualanya sambil memejam mata kerana takut lelaki itu bertindak luar kawalan.

Harraz memerhatikan Aira yang memejamkan mata sambil tangannya memegang balutan tuala dibadannya. Keadaan Aira yang menggoda sangat sukar untuk Harraz tangkis. Berdebar-debar hatinya melihat Aira. Cukup sempurna dimatanya. Tangannya mula mengusap rambut Aira. Dia mendekatkan wajahnya dan dan menghidu rambut Aira. Wangi . Seperti baunya. Pasti Aira memakai shampoo miliknya. Dia pasti Aira tertinggal barang mandian kerana melihat tidak ada langsung barang mandian Aira didalam kamar mandi sejak pagi tadi.

 Dia pasti Aira tertinggal barang mandian kerana melihat tidak ada langsung barang mandian Aira didalam kamar mandi sejak pagi tadi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Camni ler ye kiranya gambaran cara Harraz sentuh rambut AiraTapi gambaran kat atas rambutnya tak basah Lol.  😂 Ikut korang la nak imagine camna

     "You smells so freaking delicious. Just like me,"Harraz berbisik perlahan ditelinga Aira sambil matanya tertutup menikmati bau wangian dirambut Aira. Bergelora hatinya menahan hati daripada menyentuh Aira.  Dia perlu menahan diri daripada menyentuh gadis itu.

       "Aa..wak nak buat apa ni?Tolong jangan apa-apakan saya,"kedengaran suara Aira bergetar menahan rasa malu dan takut terhadap Harraz sambil matanya terpejam rapat. Kata-kata Harraz membuatkan Aira putus nafas.  Lelaki ini sukar dijangka tindakannya.

      "Why not?Kita dah halal kan.Awak hak saya,"sengaja Harraz berkata begitu. Matanya ralit meneliti setiap inci wajah Aira. Terlalu cantik dan menggoda dimatanya. Tangan Harraz mula merayap turun lalu melingkarkannya di pinggang ramping Aira.  Dia merapatkan lagi kedudukan mereka sehingga membuatkan Aira terkesima dengan tindakan Harraz.

Terbuka luas mata Aira diperlakukan begitu.  Aira cuba melepaskan pelukan Harraz namun pelukan Harraz dipinggangnya terlalu erat. Terasa deru nafas Harraz menyapa diwajahnya.  Wajah mereka terlalu dekat. Hidung mereka hampir berlaga. Aira menahan rasa debar yang kian menyesakkan dadanya. Mata Harraz tepat memanah anak matanya. Dia mengucup lembut bahu Aira . Masih segar haruman mandiannya dibadan Aira.  Aira mula menolak sekuat hati badan Harraz.  Tetapi hampa,  lelaki itu terlalu kuat pelukannya. Harraz kembali menghidu haruman pada rambut Aira. Pelukannya semakin erat terasa. Pandangan matanya sangat sukar untuk Aira tafsirkan. 

Shadows of His White LiesCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang