AA 6

1.2K 46 0
                                    

Harraz hanya banyak termenung semenjak uminya menyatakan hasratnya yang ingin dia berkahwin dengan anak sahabat baik uminya.Sejak semalam dia sudah berfikir mungkin dia patut terima sahaja pilihan uminya . Tambahan lagi dia menyedari dia tidak pernah menyintai Ifa .Naluri lelakinya hanya inginkan pasangan itu membuatkannya menjadikan Ifa sebagai kekasihnya tanpa mengenal hati budi Ifa sedalam-dalamnya  .Hakikatnya , dia cepat terasa bosan dengan kekasihnya itu . Perasaan kasihannya terhadap ifa membatalkan niatnya untuk memutuskan Ifa selama ini .Dia juga tidak suka perangai Ifa yang kuat bersosial sehingga merelakan badannya dijamah oleh mana-mana lelaki .Tetapi , Harraz tidak pernah pula nak marah atau cemburu.Adakah dia tidak menyintai Ifa?Cukup jelas ifa hanya kekasih ekspresnya yang langsung tidak pernah dia cintai.

"Harraz,lewat malam dah ni . Apa yang kamu menungkan dari tadi tu .Pergi masuk tidur,"panggil Tengku Nuraisyah.

Lamunan Harraz terhenti apabila uminya memanggil masuk ke dalam rumah . Tengku Nuraisyah sudah lama memerhatikan Harraz termenung panjang diluar rumah sehingga tidak sedar hari sudah lewat malam.Dia tahu apa yang Harraz fikirkan sebenarnya dan dia berharap Harraz akan menerima permintaanya untuk menikahi bakal menantu pilihannya.

......
Setelah masuk ke rumah Harraz terus mengucup tangan dan dahi uminya sebelum meminta izin untuk masuk ke bilik.  Tengku Nuraisyah hanya memerhatikan Harraz berjalan  menuju ke biliknya.  Dia hanya inginkan yang terbaik untuk anak tunggal kesayangannya.

     Harraz terus merebahkan dirinya ke katil sambil mata terpejam. Dia harus membuat keputusan dengan cepat kerana uminya tidak ingin dia berfikir lama-lama.  Uminya sudah menetapkan tarikh pertunangan dan pernikahannya.

“Aira Amanda’’tiba-tiba sahaja nama itu terpacul keluar di mulut Harraz. Dia seperti sudah jatuh cinta dengan gadis itu walaupun baru sekali pertemuan mereka.Walaupun itu pertemuan pertama kali mereka namun nama gadis itu kuat melekat di ingatannya. Harraz menghela nafas panjang.Kenapa gadis tu yang mampu membuat hatinya bergetar saat melihatnya?Adakah itu hanya perasaan biasa bagi seorang lelaki apabila melihat gadis manis dan cantik seperti Aira Amanda? Dia perlu melupakan gadis itu. Perasaan uminya lagi penting .Dia terpaksa korbankan perasaannya.

Harraz memejamkan rapat matanya. Terbayang-bayang wajah dan senyuman Aira.Semakin dia ingin melupakan wajah tu semakin kuat bayangan gadis itu menerjah difikiran Harraz.Dia meraup wajahya .Dia seperti tidak rela membiarkan senyuman itu diberikan kepada insan lain. Harraz sekali lagi meraup wajahnya kerana seakan tersedar itu cuma permainan hati.  Dia tidak mahu membelakangkan permintaan uminya kerana perasaannya terhadap seseorang yang tidak jelas.

...

Aira tidak berhenti-henti menangis mengenang nasib dirinya. Walaupun dia berlagak tenang di hadapan sahabatnya, tetapi dia tidak mampu untuk menahan hati daripada menangis apabila berseorangan diri.Cukuplah sekali dia menangis  di hadapan  Hana semasa  pertama kali dia menceritakan hasrat ibu dan ayahnya yang ingin dia bertunang selepas tamat pengajian. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana nasibnya kelak menjadi tunangan orang apatah lagi menjadi isteri orang selepas dua minggu bertunang. Keluarganya sudah menetapkan  bahawa tempoh pertunangannya hanya sebulan sahaja dari sekarang. Tiada apa yang dapat Aira katakan selain menurut sahaja kemahuan ibu ayahnya. Aira hanya ingin melihat mereka bahagia dan Aira bukan jenis membantah kata-kata ibu ayahnya.Pengorbanan mereka lagi besar berbanding pengorbanannya.

Aira bertambah tertekan apabila minggu perperiksaan berberapa hari lagi akan bermula . Dia seperti hilang tumpuan dengan pelajarannya.

"Aku kena fokus dengan perperiksaan akhir ni.  Aku tak boleh layan perasaan aku sampai lupa masa depan aku sendiri, "getus Aira perlahan.  Dia tidak boleh membiarkan dirinya hanyut dengan emosinya sendiri. Aira mula menenangkan diri untuk memberikan tumpuan bagi persediaan akhir sebelum perperiksaan bermula. Dia yakin semua ini adalah ujian untuknya.

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now