Pertemuan demi pertemuan tanpa disengajakan terjadi. Namun dua hati masih tidak menyedari bahawa takdir bersama sedang menyapa. Saat takdir mula menyatukan , tak terduga itu pengakhirannya. Aira Amanda belum tahu mengenal cinta. Lantas menafikan...
Lega hati Aira apabila majlis resepsi akhirnya selesai. Lenguh punggungnya akibat duduk terlalu lama dikerusi pengantin menyambut kehadiran tetamu. Ramai tetamu yang datang bertandang dan rata-ratanya orang kaya-kaya yang perpangkat datuk dan datin. Tidak hairanlah tetamunya banyak orang kaya-kaya yang bertandang kerana keluarga Harraz merupakan keluarga berketurunan diraja.
Aira mengatur langkah menuju ke bilik Harraz. Dia perlu membersihkan diri. Setelah masuk ke bilik, Aira mula membuka veil diatas kepalanya dan menyalin pakaiannya dengan baju t-shirt putih. Dia merenung wajahnya dihadapan cermin sambil menghela nafas. Entah mengapa tiba-tiba resah melanda jiwa. Seperti tidak menyangka yang dia bakal menjalani hari-hari sebagai seorang isteri dengan lelaki yang tidak dicintainya. Bolehkah dia melayan Harraz sebagai suami dengan sebaiknya kelak? Dia takut perkara buruk akan berlaku nanti sehingga membuatkan keluarganya kecewa.
Aira tersedar daripada lamunannya yang panjang apabila terdengar tombol pintu bilik dipulas oleh seseorang daripada luar bilik. Apabila teringatkan yang dia berada dirumah Harraz, cepat-cepat Aira mengatur langkah menuju ke bilik mandi. Pasti Harraz yang masuk ke dalam bilik. Dia malas hendak bertembung dengan lelaki itu. Mesti ada sahaja ideanya hendak mengenakan Aira. Setakat ini mereka belum pernah berbual panjang, hanya usikan nakal itu sahaja yang selalu mengundang rasa malu Aira terhadap Harraz.
Aira mula membersihkan dirinya selepas dia selesai menanggalkan make up diwajahnya. Mujur dia sentiasa membawa make up removal didalam beg tangannya. Segar dirasakan badannya apabila air pancuran mengalir membasahi badannya. Setelah berpenat duduk melayan tetamu, ini adalah hadiah terbaik untuk badannya. Self-treatment. Dia menggunakan gel mandian Harraz kerana lupa hendak membawanya dari kampung. Asyik terfikir mengemas pakaiannya sampai lupa membawa barangan mandiannya. Nasib baik bilik mandi Harraz ada menyediakan berus gigi extra. Aira pasti Harraz sudah tahu bahawa dia sudah menggunakan barang mandian lelaki itu memandangkan dia sudah mandi dibilik mandi Harraz tadi pagi.Tebalkan muka jelah pakai barangan Harraz. Bukan sesiapa pun. Suaminya jugak! Amboi Aira, tiba-tiba nak mengaku suami bila tersepit dalam keadaan yang memaksa.
Setelah siap membersihkan diri, Aira membalut tuala dibadannya. Dia menuju ke ruang kering kamar mandi itu untuk mengambil pakaiannya. Aira kaget . Terasa seperti ada batu menghempap didada apabila menyedari bahawa dia lupa membawa pakaiannya masuk ke dalam bilik mandi. Ni mesti kes kelam kabut masuk ke dalam bilik mandi kerana ingin mengelak bertembung dengan Harraz, kan dah memakan diri. Aira mengigit bibirnya. Macamana dia hendak keluar dalam keadaan dia begini. Takkan nak pakai baju kotor balik. Baju tshirt putihnya itu sudah terkena peluh dibadannya tadi.
"Macamana aku nak keluar ni? Kenapalah waktu camni jugak dia nak masuk bilik. Kau pun satu Aira, benda penting pun boleh lupa, "monolog Aira sendirian sambil menghentak perlahan kakinya tanda protes dengan dirinya sendiri.
Aira menuju ke pintu bilik mandi dan melekapkan telinganya pada dinding pintu bilik mandi itu. Dia ingin memastikan lelaki itu tiada dibilik. Manalah tahu Harraz keluar sewaktu dia sedang mandi. Tetapi hampa apabila dia mendengar suara lelaki itu seperti berbual dengan seseorang. Mungkin dia sedang berbual melalui telefon bimbit memandangkan Aira tidak mendengar suara orang yang berbual dengan Harraz. Aira berpusing dan menyandarkan badannya pada dinding pintu bilik mandi. Dia memejamkan matanya kerana mati akal ingin mencari jalan untuk keluar. Takkan nak tunggu lelaki itu tidur pulak. Macamana nak tahu lelaki itu sudah tidur. Pening Aira memikirkannya.
Tiba-tiba Aira seperti mendengar lelaki itu membuka pintu bilik. Pantas Aira melekapkan telinganya pada dinding pintu. Kedengaran pintu bilik Harraz seperti ditutup selepas dibuka oleh lelaki itu tadi. Dia mengamati lagi bunyi didalam bilik Harraz. Senyap. Pasti lelaki itu sudah keluar daripada bilik. Ini peluang Aira untuk keluar. Syukur nasib berpihak kepadanya. Pantas Aira menapak keluar daripada bilik mandi. Risau lelaki itu tiba-tiba masuk kembali ke dalam bilik. Tak pasal-pasal malu besar Aira apabila lelaki itu melihatnya dalam keadaan begini.
Hendak terlompat keluar jantung Aira apabila melihat lelaki itu elok berbaring diatas katilnya. Dia menyangka lelaki itu sudah keluar. Siapa yang membuka pintu tadi kalau bukan Harraz. Dia seperti hendak berpatah balik ke dalam bilik mandi, tetapi kakinya seperti kaku untuk bergerak. Dia tergamam melihat lelaki itu rupanya masih berada didalam bilik. Mengapalah dia terus sahaja keluar tanpa melihat dulu. Tak pasal-pasal buat free show kat sini. Sudahlah dia hanya mengenakan towel separas peha sahaja. Hendak pitam Aira apabila memikirkan keadaannya sekarang. Dia berharap semua ini hanyalah mimpi buruk buatnya.
Harraz tergamam melihat Aira yang memandangnya dengan pandangan terkejut. Hampir sesak nafas dada Harraz melihat penampilan Aira yang mengiurkan. Naluri lelakinya berkocak melihat tubuh Aira yang banyak terdedah. Aira hanya membalut dirinya dengan tuala separas peha membuatkan Harraz hilang kata melihatnya. Betis Aira yang putih gebu menambahkan lagi debaran didadanya. Lelaki mana yang tidak goyah melihat yang halal didepan mata berkeadaan begini. Ini kali pertama dia melihat wajah gadis itu tanpa bertudung. Sangat cantik dimatanya. Terasa untung apabila memikirnya dia sahaja yang layak melihatnya sebagai seorang suami. Rambut Aira yang basah menambahkan lagi penampilan yang menggoda dimatanya. Double bonus dirasakannya malam ini. Dia dapat melihat wajah Aira tanpa bertudung dan juga melihat free show daripada Aira. Menyempat lagi kau Harraz ye!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tanpa sedar kakinya melangkah turun daripada katil dan menuju ke arah Aira yang kaku berdiri dihadapan pintu kamar mandi. Dia seperti dipukau melihat keadaan Aira yang menggoncang perasaannya. Terasa ingin disentuh rambut gadis itu dan mengusapnya dengan lembut.Dia seperti lupa bahawa mereka berkahwin atas dasar aturan keluarga. Tetapi, dia juga pernah menyimpan satu perasaan halus buat gadis itu walaupun belum pasti sama ada itu cinta atau sebaliknya. Pertama kali melihat wajah gadis itu sudah mampu membuatkan hatinya ingin memiliki gadis itu. Apatah lagi dalam keadaan begini, sudah tentu dirinya sukar untuk mengawal perasaan. Aira Amanda seperti ada kuasa membawanya bermain dengan perasaan sendiri. Gadis itu seperti mempunyai jampi yang membuatnya seperti orang angau walaupun tidak mengenal hati budinya. Seperti tidak dapat diterima logik akal, tetapi semuanya berlaku kerana satu pertemuan. Pertemuan yang tidak dijangka. Pertemuan yang membuat hati lelakinya mula merasa satu perasaan ingin memiliki. Permainan takdir tiada siapa boleh menjangka.
Okay lovelis, amacam? Best tak. If yes do vote this chapter and I'll try my best to update more. Btw morning lovelies.xX 😘😘😘