AA 8

1.2K 46 1
                                    

Genap dua minggu Aira tinggal dikampung halamannya selepas menamatkan pengajiannya. Hari ini adalah hari yang sangat mendebarkan Aira. Dia bakal menjadi tunangan orang. Menurut ibunya, sahabat baik ibunya itu akan datang ingin merisik sekaligus mengadakan majlis pertunangan. Segala persiapan sudah disediakan dan ditanggung oleh pihak lelaki. Aira seperti hilang kata kerana semuanya berlaku dengan cepat. Dia hanya perlu menerima dan menanti sahaja apa yang bakal terjadi sepanjang prosesnya ingin menjadi isteri orang yang tidak dikenalinya. Nampaknya bakal ibu mentuanya sangat mempercepatkan majlis anaknya untuk disatukan dengan Aira.

Aira merenung pantulan dirinya dihadapan cermin meja solek miliknya. Dia hanya mengenakan baju kurung cotton berwarna merah jambu dan bercorak bunga-bunga kecil. Kepalanya dibaluti dengan tudung bawal merah jambu cair. Serba ringkas penampilannya kerana dia tahu ini cuma majlis pertunangan sahaja. Tidak perlu berlebih-lebihan. Aira lebih selesa bersederhana sahaja.

Aira langsung tidak perasan ibunya memerhatikan dia dimuka pintu biliknya. Fikirannya melayang memikirkan masa depannya yang masih tidak jelas. Terbayang kembali petunjuk yang diterimanya selepas solat istikharah bahawa takdir ini adalah yang terbaik buat Aira. Dia asyik termimpi benda yang sama iaitu seorang lelaki yang membelakanginya kerana sedang berbual dengan ibunya. Aira melihat kebahagiaan terpancar diwajah ibunya dan mimpi itu kerap berulang. Akhirnya Aira mengikut kecenderungan hatinya bahawa dia perlu memenuhi impian ibunya kerana takdir jodoh buatnya sudah tiba.

       "Aira, "panggil ibunya.

      "Ya bu, "jawab Aira sekaligus mematikan lamunan Aira yang panjang.

      "Ibu minta maaf jika Aira terpaksa buat semua ni. Ibu dan ayah sayang Aira. Ibu harap Aira tak marah ibu, "ujar Puan Amira kepada anaknya sambil mengesat air matanya.

      "Ibu, Aira redha. Ibu janganlah sedih. Jika ini mampu ibu dan ayah Aira ni bahagia, Aira pun bahagia, "jawab Aira menenangkan hati ibunya. Aira terus memeluk ibunya. Jika ini kebahagiaan ibu dan ayahnya sesekali tidak akan menolak.
......

Majlis pertunangan Aira berjalan dengan lancar. Semuanya sudah selesai hanya tinggal menanti hari untuk disatukan. Aira merenung cincin dijarinya. Hati Aira serba sedikit tenang apabila bakal ibu mentuanya sangat baik dan penyayang. Aira tidak tahu wajah tunangnya kerana menurut bakal ibu mertuanya, anaknya cuma ingin duduk dirumah dan menyerahkan segalanya kepada ibunya. Aira berasa sangat lega walaupun hanya sementara kerana tidak bersua muka dengan tunangnya. Aira juga menolak melihat wajah tunangnya semasa bakal ibu mertuanya ingin melihatkan gambar anak lelakinya. Dia takut hati dan fikirannya akan berubah jika melihat gambar tunangnya. Biarlah segalanya dia tahu wajah tunangnya ketika hari pernikahan mereka. Mujur bakal ibu mertuanya faham kerana dia juga tahu Aira ditunangkan dengan anaknya atas perancangannya dan ibu Aira. Dia tidak akan memaksa Aira untuk terus menerima anaknya serta merta. Aira menerima pertunangan ini sudah cukup membuatnya gembira.

    "Jauh termenung kak, "sergah Hana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    "Jauh termenung kak, "sergah Hana.

     "Hana, terkejut aku tau! ," kata Aira sambil mengusap dadanya. Boleh tahan geram Aira dengan sikap Hana yang satu ini . Boleh terkena serangan jantung dibuatnya.

    "Ha, tulah asyik termenung je kerja kau. Tak ada benda lain nak buat ke selain termenung. Ni tak lama lagi dah jadi isteri orang, "bebel Hana.

Aira tergelak melihat Hana membebel kerana geram dengan sikapnya. Hatinya menjadi tenang melihat sahabat baiknya itu sentiasa ada dengannya saat senang dan susah. Lantas Aira berdiri dan memeluk Hana tanpa sepatah kata.Dia sangat memerlukan semangat daripada sahabat baiknya itu. Hana terus membalas pelukan Aira kerana dia tahu Aira sangat memerlukan sokongan darinya. Semoga Aira sentiasa bahagia dan tabah menempuh alam perkahwinannya tidak lama lagi.

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now