Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

AA 19

1.8K 78 10
                                        

Selesai sahaja daripada dapur Harraz terus masuk ke bilik. Apabila dia masuk ke biliknya, dia melihat isterinya itu sudah terlentok lena diatas sofa kecil di biliknya itu. Dia terus mengangkat tubuh Aira dan meletakkannya diatas katil. Terasa hembusan nafas halus gadis itu diwajahnya saat dia meletakkan Aira diatas katil miliknya. Bergelora rasa hatinya saat ini. Harraz ralit memerhatikan wajah lena Aira yang mulus dan tenang. Bagaimana gadis ini boleh tidur dengan lena dalam suasana yang baru sedangkan dia payah menahan rasa berduaan dengannya didalam bilik ini.

Tangannya mula mengusap lembut pipi Aira. Adakah dia bermimpi dapat melihat gadis ini berada didepan matanya yang sejak kebelakangan ini sering kali mengocak jiwa dan perasaannya dalam diam. Dia hanya memerhatikan gadis ini dari jauh dan hanya memasang angan kosong untuk melihat senyuman yang terukir diwajah gadis itu adalah untuknya. Tetapi, kali ini angan kosongnya itu seolah-olah bakal menjadi kenyataan. Walaupun senyuman itu belum menjadi miliknya, tetapi jasad gadis itu sudah dimiliki olehnya. Adakah takdir pertemuan dan penyatuan mereka ini menjadi takdir yang indah buatnya atau pun satu ujian untuk menguji hatinya? Harraz hanya mampu berserah jika ini merupakan satu persoalan buatnya untuk menempuhi kehidupan yang baru bersama gadis itu.

Dia mula mengambil tempat dan merebahkan badannya disebelah Aira . Tangannya disilang dibelakang kepala sambil matanya memandang siling biliknya. Perjalanan baru untuknya sudah bermula. Semakin besar tanggungjawab yang akan dipikulnya mulai saat ini. Dia menoleh sekilas apabila melihat pergerakan Aira. Gadis itu memusingkan badan menghadapnya sambil matanya terkatup rapat. Harraz juga turut memusingkan badan dengan posisi yang sama seperti Aira. Matanya tidak lepas merenung puas-puas wajah Aira. Bukan senang nak tenung lama-lama wajah isterinya ini. Silap-silap gadis itu hanya tahu menyorokkan muka apabila bertemu. Terlakar senyuman Harraz memikirkan sikap Aira yang mudah berasa malu terhadapnya. Tanpa sedar Harraz terlentok lena setelah puas merenung wajah isterinya itu.

........

Aira membuka matanya perlahan-lahan. Jam didinding dipandang seketika, sudah menunjukkan pukul enam pagi. Terkedip-kedip matanya melihat keadaan bilik yang hanya diterangi lampu tidur di tepi meja. Dia ingin bangun untuk solat subuh. Tetapi, pinggangnya terasa berat sehingga menyukarkannya untuk bangun. Terus sahaja wajahnya di alihkan disisi. Bulat matanya melihat Harraz tidur lena disebelahnya sambil tangannya terletak elok berlingkar dipinggangnya.

"Malam semalam? Dia buat apa dekat aku? Ya Allah, kenapa kau boleh selamba tidur kat katil dia Aira. Dah dua malam kau asyik terlelap .Tak serik-serik"monolog Aira didalam hati sambil menekup wajahnya seketika. Geram dengan dirinya sendiri.

Perlahan-lahan tangannya mengangkat tangan sasa milik Harraz. Tetapi, tidak terdaya oleh Aira. Tangan lelaki itu terlalu kemas memeluk pinggangnya. Dia tidak mahu lelaki itu sedar . Malu dia hendak bertentangan mata dengan Harraz dalam keadaan mereka berada diatas katil yang sama. Dia mencuba lagi mengalihkan tangan Harraz namun tetap tidak berjaya. Aira menghembus nafas lemah kerana sudah gigih dia ingin mengalihkan tangan lelaki itu tetap juga tidak berjaya.

Tubuh yang sedang elok terlena itu mula bergerak-gerak. Badannya mula kaku kerana takut lelaki itu sedar akan pergerakannya yang sedari tadi sedang berusaha melepaskan diri daripada pelukannya. Aira mula panik apabila lelaki itu semakin mengemaskan pelukan terhadapnya. Harraz menyembamkan wajahnya dileher Aira. Terasa deru nafas Harraz dileher Aira sehingga mengundang debaran dihatinya.

Tanpa Aira sedar, Harraz mengukirkan senyuman kerana merasakan badan Aira kaku diperlakukan sedemikian rupa. Dia sebenarnya sudah lama tersedar dari lena sejak merasakan pergerakan Aira yang ingin bangun dari katil mereka. Tetapi, dia sengaja ingin melihat sejauh mana gadis itu cuba untuk melepaskan diri. Ada sahaja idea Harraz untuk menyakat isterinya itu. Tidak dinafikan hati Harraz juga bergetar saat ini. Aira terlalu dekat dengannya. Dia dapat menghidu aroma badan Aira saat dia meyembamkan wajahnya dileher Aira. Gadis yang diidamkannya dalam diam sedang berada didalam pelukannya saat ini.

Shadows of His White LiesCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang