Awal pagi lagi Harraz sudah berada dibilik mesyuarat Magnifique Holding. Percutian bulan madu bersama Aira terpaksa dibatalkan. Dia tahu uminya berasa kecewa kerana rancangan untuk dia bawa Aira berbulan madu dibatalkan begitu sahaja. Tengku Hamid sangat memerlukan bantuan Harraz untuk menyelesaikan masalah ini. Mujur Aira tidak kisah tentang perkara ini . Tidak perlulah dia susah-susah memujuk Aira dan meminta maaf kerana membatalkan percutian mereka secara mengejut.
"Saya rasa masalah ini tidak akan terjadi jika tidak ada orang dalam yamg melakukan penyelewengan," tiba-tiba sahaja Tengku Hamid bersuara tanpa memberikan pembuka kata. Matanya mula meliau melihat setiap wajah pekerjanya didalam bilik mesyuarat itu. Harraz yang duduk bersebelahan dengannya juga turut memerhatikan setiap riak wajah pekerja Magnifique Holding.
Harraz berjaya mengenal pasti ada terjadi penyelewengan wang syarikat untuk berberapa bulan lepas sehingga bulan ini. Hal ini baru disedari oleh pengurus akaun syarikat semalam dan terus menghubungi Tengku Hamid untuk melaporkan perkara ini. Harraz mendapati buku akaun syarikat telah dibekukan dan dipalsukan oleh pihak tertentu seolah-olah itu adalah buku akaun sebenar syarikat mereka. Perkara ini menjadi perbincangan yang panjang antara Harraz dan Tengku Hamid sejak awal pagi tadi lalu dilontarkan diruangan mesyuarat saat ini.
Suasana sunyi ruang syarikat menjadikan keadaan bertambah rumit. Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan tidak mustahil kejadian ini akan berulang lagi. Tengku Hamid tidak mahu ada pekerja yang tidak amanah dalam menjalankan tugas. Syarikat ini terlalu bermakna buatnya kerana ia merupakan hasil titik peluhnya sendiri sehingga syarikatnya dijulang tinggi.
"Baiklah. Jika tidak ada seorang pun yang mengaku saya hentikan mesyuarat ini. Kita akan panjangkan kes ini kepada pihak polis. Anda semua boleh bersurai, "Harraz bersuara setelah keadaan terlalu lama senyap. Dia tahu dalang disebalik kes ini tidak akan menyerah semudah ini. Lagipun dia tidak mahu melihat ayahnya tekanan. Wajah Tengku Hamid terlalu tegang. Dia risau penyakit darah tinggi ayahnya menyerang lagi. Lebih baik jika kes ini ditangguh terlebih dahulu. Tengku Hamid perlu menenangkan diri.
........
Jam menunjukan pukul 11 malam, Aira berasa hairan kerana Harraz belum pulang lagi. Perasaan hairan semakin bertambah kerana Tengku Hamid sudah pulang ke rumah seawal 3.30 petang tadi. Mustahil Harraz masih berkerja pada jam sebegini.
"Mana Harraz ni. Dah lewat belum balik lagi. Nak tidur tapi siapa yang bukakan pintu nanti. Umi dan Ayah dah tidur. Takkan nak harap Mak Som pula, "getus Aira perlahan sambil dirinya mundar-mandir diruangan bilik.
Setelah hampir lima belas minit mundar-mandir diruangan bilik, Aira buat keputusan untuk menunggu Harraz diruang tamu sahaja. Senang dia nak dengar kalau Harraz tekan lonceng rumah. Risau juga dia jika tertidur kalau berterusan menunggu kepulangan Harraz dibilik. Kakinya mula melangkah keluar menuju ke ruang tamu.
"Okay takpe. Kita tengok tv sementara tunggu dia balik, "kata Aira sendirian setelah sampai diruang tamu. Tangannya mula menggapai remote tv dan menekan button on. Dia mula melabuhkan punggung dan menyandarkan badan disofa sambil matanya mula terarah melihat tv.
"Laa takda rancangan yang menarik ke waktu camni ni?, " tangannya ligat menekan button next remote tv menukar siaran. Dia mula kebosanan kerana tidak ada satu rancangan pun berjaya menarik hatinya. Aira mula menekup mulutnya kerana menguap. Dia bukanlah seorang yang biasa lewat tidur. Gara-gara Harraz malam ini dia terpaksa berjaga sehingga lewat malam. Dia menumpukan mata melihat jam dinding yang terletak di dinding ruang tamu berhadapan dengannya. Pukul 12 malam dan bayang Harraz masih belum kelihatan. Tanpa sedar Aira terlentok lena kerana perasaan mengantuknya tidak dapat dibendung.
..........
Daun pintu besar teratak mewah Harraz dibuka luas dari dalam oleh Mak Som yang merupakan orang gaji keluarga Harraz untuk menyambut kepulangan Harraz. Jelas terpancar riak bangun tidur di wajah Mak Som. Dia melihat jam didinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Lewat sangat waktu dia balik ni. Terlalu leka mengurus urusan syarikat membuatnya terlupa untuk melihat jam. Suasana suram kelihatan diruang tamu rumah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Shadows of His White Lies
RomancePertemuan demi pertemuan tanpa disengajakan terjadi. Namun dua hati masih tidak menyedari bahawa takdir bersama sedang menyapa. Saat takdir mula menyatukan , tak terduga itu pengakhirannya. Aira Amanda belum tahu mengenal cinta. Lantas menafikan...
