AA 10

1.3K 58 2
                                    

Suasana didalam kelab malam Zouk di ibu kota Kuala Lumpur membuatkan Harraz berasa rimas.Terlihat golongan manusia yang sakan berhibur sambil menari terkinja-kinja. Kalau tidak kerana ingin beritahu Ifa hal yang sebenar bahawa dia akan berkahwin tak lama lagi dia tidak akan menjejakkan kaki ke tempat begini. Kalau Uminya tahu dia masuk kelab malam pasti tiga hari tiga malam tak habis bebelannya terhadap Harraz.

Saat mata Harraz ligat mencari-cari kelibat Ifa, tiba-tiba dia ternampak Ifa sedang berpegangan tangan dengan seorang lelaki menuju ke pintu keluar kelab malam . Harraz pantas mengekori mereka dari belakang kerana dia ingin berbincang dengan Ifa secepat mungkin.  Tidak sedikit pun Harraz berasa cemburu melihat Ifa berpegangan tangan dengan lelaki lain kerana dia tahu Ifa sekadar ingin mencari teman berhibur. Ifa juga selalu memberitahu Harraz bahawa dia tidak akan sampai membuat perkara yang tidak senonoh.  Harraz hanya mempercayai kata-kata Ifa walaupun pada dasarnya dia bukan jenis lelaki yang suka dengan wanita yang kuat bersosial.

Harraz sendiri tidak faham kenapa Ifa ni jugak jadi teman wanitanya. Dia seperti tiada kenangan manis dengan Ifa. Dia pernah juga tertanya-tanya pada dirinya kenapa dia tidak pernah berasa cemburu sehingga terkadang dia berasa bahawa dia tidak normal. Jika dilihat dari sudut pandangan orang lain mungkin mereka akan berpendapat bahawa Harraz memerlukan Ifa hanya untuk sekadar teman berbual dan bersiar-siar di waktu lapang.

Apabila dengan Harraz, Ifa tidak akan membawanya ke kelab malam kerana dia tahu Harraz bukan jenis lelaki yang suka bersosial dan melepak di kelab malam. Dia masih bersama dengan Harraz kerana dia tahu Harraz merupakan anak berketurunan darah diraja. Walaupun Harraz seorang lelaki yang membosankan baginya, tetapi dia perlu bertahan dengan Harraz dan cara hidup lelaki itu kerana baginya Harraz merupakan sumber kewangannya sahaja.Dia perlu masa depan yang jelas dan kaya . Oleh itu, dia berniat ingin berkahwin dengan Harraz walaupun dia kena bersabar dengan gaya hidup Harraz yang tidak suka berhibur tidak tentu hala seperti melepak di kelab malam.

Jika nak harapkan kasih sayang daripada Harraz, Ifa merasakan Harraz tidak memberikannya kasih sayang kerana Harraz tidak ingin menyentuhnya. Bagi Ifa sentuhan adalah simbol kasih sayang untuk memuaskan keinginannya hatinya. Harraz pula sebaliknya, baginya selagi belum halal dia tidak akan sesekali menyentuh Ifa.  Walaupun dia tidak tahu perasaannya terhadap Ifa, dia juga pernah berniat ingin memperisterikannya dengan harapan dapat mengubah perangai Ifa selepas mereka berkahwin.  Harraz tidak sampai hati menjadikan Ifa sebagai teman wanita untuk mengisi kebosanannya sahaja. Dia tidak sekejam itu.  Tetapi, keadaan sekarang telah berubah. Uminya tidak mahu dia berkahwin dengan Ifa dan dia harus memenuhi kehendak Uminya. Dia tiada pilihan lain selain melepaskan Ifa dan mengikuti kemahuan Uminya. Dia berharap Ifa dapat terima dengan hati terbuka.

Harraz memerhatikan Ifa masuk ke dalam kereta lelaki itu.  Harraz melajukan langkah kakinya sambil melaung nama Ifa, tetapi lelaki yang bersama itu lagi pantas masuk ke dalam kereta menghidupkan enjin dan berlalu pergi.  Ifa langsung tidak perasan yang Harraz sebenarnya sedang mengekori mereka.  Harraz terus bergegas menuju ke tempat letak keretanya. Mujur tidak jauh dari tempatnya berdiri jadi dia tidak akan kehilangan jejak Ifa bersama lelaki itu. Harraz beranggapan mungkin Ifa bergegas ingin menghadiri parti kawannya yang lain.  Harraz harus menyelesaikan masalahnya malam ini juga sebab itu dia harus mengekori Ifa sehingga dia dapat bertemu empat mata dengan Ifa untuk memberi tahu hal yang sebenar. 

Harraz sabar mengekori kereta yang dinaiki mereka dari arah belakang. Kereta BMW yang dipandu lelaki bersama Ifa itu akhirnya berhenti di lobby sebuah hotel mewah.  Ifa kelihatan keluar dari kereta lelaki itu sambil tersenyum manja melihat lelaki itu daripada cermin kereta seperti memberi isyarat tentang sesuatu.  Setelah Ifa masuk ke dalam pintu masuk hotel, lelaki itu terus keluar dari kereta dan memberikan kunci keretanya kepada pekerja valet parking service di hotel tersebut. Lelaki itu nampak tergesa-gesa masuk ke dalam hotel.  Harraz berasa hairan memerhatikan tingkah laku Ifa dan lelaki itu yang seperti ada agenda lain yang perlu dilaksanakan.

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now