AA 9

1.2K 56 4
                                    

Hari ini ibu dan bakal ibu mertua Aira mengajaknya ke Kuala Lumpur untuk mencuba baju pengantin yang sudah ditempah khas oleh bakal ibu mertuanya. Hari ini juga genap hari ketiga dia menjadi tunangan orang yang tidak dikenalinya . Aira berasa segan kerana bakal ibu mertuanya sudah pun menyiapkan semua persiapan untuk majlis perkahwinannya nanti. Suasana di dalam kereta sangat ceria apabila ibu Aira dan sahabatnya itu rancak berbual tentang majlis perkahwinan anak mereka tidak lama lagi. Aira pula tidak tahu hendak merasakan perasaan yang dialaminya sama ada gembira, sedih atau terharu. Segala-galanya berlaku dengan cepat sehinggakan Aira terkadang berasa seperti sedang bermimpi. Dia hanya memerhatikan kedua-dua mereka berbual rancak di sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

"Okay, kita sudah sampai, "tiba-tiba bakal ibu mertuanya bersuara ceria sekali gus mematikan lamunan Aira. Aira terus tersenyum kepadanya dan mengangguk faham.

Mereka turun di sebuah butik pengantin yang sangat cantik dan gah di mata Aira. Aira berasa ragu-ragu untuk menapak masuk ke dalam butik tersebut. Setahu Aira butik ini sangat terkenal dan eksklusif. Dia pernah melihat rancangan tv tentang butik pengantin ini di rumahnya. Butik ini menjadi sasaran artis-artis Malaysia apabila mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Perkara ini menambahkan rasa tidak percaya Aira bahawa dia juga bakal mengenakan baju pengantin sentuhan butik terkenal ini.

"Aira, mari pergi tengok baju Aira dengan Umi, "ajak bakal ibu mertuanya yang sudah selesa membahasakan dirinya sebagai Umi. Aira terus mengangguk dan mereka menuju ke sebuah bilik khas untuk melihat baju yang sudah ditempah. Ibu Aira juga turut masuk ke bilik tersebut.

Terpukau Aira seketika apabila melihat baju pengantin yang direka khas untuknya. Tidak terlintas sedikit pun difikiran Aira bahawa dia bakal memakai baju pengantin secantik itu. Baju pengantin berwarna light purple plain bercorak bunga-bunga indah dan diperhalusi dengan jahitan lace membuatkan mata Aira terpukau dengan kecantikan baju tersebut. Dia tidak menyangka yang bakal ibu mertuanya seperti faham corak kegemaran Aira iaitu corak flora.Ibu Aira juga seperti ternganga melihat rekaan baju pengantin anaknya. Menurut ibu mertuanya dia memang sengaja hendak menempah khas baju pengantin buat Aira kerana dia tidak ingin menyewanya tetapi hendak terus membelinya. Dia juga berkata baju pengantin ini merupakan kenangan terindah untuk diingati.

"Umi, Aira segan nak pakai baju mahal macam ni, "beritahu Aira jujur yang kini sudah mula selesa menggelar ibu mertuanya Umi setelah didesak oleh ibu mertuanya untuk memanggilnya Umi semenjak mereka bertemu awal pagi tadi sebelum mereka bertolak k...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Umi, Aira segan nak pakai baju mahal macam ni, "beritahu Aira jujur yang kini sudah mula selesa menggelar ibu mertuanya Umi setelah didesak oleh ibu mertuanya untuk memanggilnya Umi semenjak mereka bertemu awal pagi tadi sebelum mereka bertolak ke Kuala Lumpur.

"Aira, Umi nak Aira pakai baju ni. Ini hadiah Umi untuk Aira kerana sudi berkahwin dengan anak Umi. Aira pakai ya? " pujuk bakal ibu mertuanya.

"Aira ikhlas terima anak Umi. Walaupun Aira tak pernah kenal anak Umi. Pakaian ni tak sesuai dengan Aira. Terlalu cantik dan mahal untuk orang biasa macam Aira pakai, "ujar Aira lembut sambil memegang tangan bakal ibu mertuanya.

"Umi pun ikhlas nak Aira pakai baju ni. Anggap je baju ni hadiah Umi untuk Aira.Baju ni sebenarnya Umi dah tempah sebulan lebih awal sebelum Aira menerima pinangan anak Umi walaupun Umi sendiri tidak pasti keputusan Aira sama ada hendak terima anak Umi atau sebaliknya. Umi siap tanya ukuran badan Aira dekat Ibu Aira tau. Mujur ibu Aira arif dengan ukuran badan Aira. Sekarang Allah dah makbulkan doa Umi supaya Aira terima pinangan ni dan pemilik baju ni tahu siapa bakal tuannya yang sebenar.Ada sedikit sentuhan lagi yang kita perlu untuk jadikan baju pengantin Aira ni sempurna iaitu Umi nak baju ni ditambah sleeves memandangkan bakal menantu Umi ni sopan bertudung. Barulah sesuai Aira nak pakai digayakan dengan tudung nanti,"balas bakal ibu mertuanya panjang lebar sambil membalas pegangan tangan Aira dengan lembut. Dia tersenyum melihat Aira sebelum mengalihkan pandangannya melihat sahabatnya iaitu Ibu Aira yang sedang terharu mendengarkan perbualan mereka.

Aira mati kata dan terharu mendengar kata-kata bakal ibu mertuanya. Akhirnya Aira mengangguk setuju untuk menerima hadiah pemberian bakal ibu mertuanya. Aira berterima kasih kepada bakal ibu mertuanya kerana melayannya dengan baik. Bakal ibu mertuanya sangat gembira apabila Aira sudi menerima hadiah pemberiannya. Dia tidak sabar untuk melihat bakal menantunya ini memakai baju pengantin tersebut.Pasti nampak cantik kerana bakal pemilik baju pengantin tersebut sangat cantik dimatanya.

"Aira pergi cuba pakai baju ni . Umi dan Ibu Aira nak tengok,"arah bakal ibu mertuanya lembut.

Aira terus menuju ke ruang persalinan untuk mencuba baju pengantin tersebut. Setelah masuk ke dalam ruang persalinan, pekerja butik tersebut terus menutup tirai ruang persalinan tersebut. Tanpa membuang masa Aira terus menyarungkan baju pengantin itu dibadannya. Mujur mudah bagi Aira apabila memakai baju tersebut. Senang dan selesa. Aira berasa sangat teruja melihat pantulan dirinya dihadapan cermin kerana baju tersebut sangat menepati cita rasanya. Tambahan lagi ukuran baju ini sangat bertepatan dengan ukuran badannya.

 Tambahan lagi ukuran baju ini sangat bertepatan dengan ukuran badannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah puas hati melihat dirinya mengayakan baju pengantin tersebut. Aira terus memberi isyarat kepada pekerja butik tersebut untuk membuka tirai ruang persalinan butik itu. Apabila tirai dibuka, terlihat Aira berdiri sambil tersipu malu melihatkan dirinya memakai baju tersebut dihadapan ibu dan bakal ibu mertuanya. Mereka terpegun melihat kecantikan Aira memakai baju pengantin tersebut.

"Kan Umi dah kata, Aira mesti sesuai memakai baju ni. Baju ni tahu siapa pemilik sebenarnya. Aira nampak cantik sangat. Tak gitu,Amira? "Puji bakal ibu mertuanya lantas menanyakan pendapat sahabatnya iaitu Ibu Aira.

"Betul tu. Cantiknya anak ibu. Ibu macam tak percaya anak ibu yang berdiri dihadapan ibu ni, "ujar Ibu Aira menyokong pendapat sahabatnya itu sambil tersenyum bahagia.

"Terima kasih ibu dan Umi. Kalau tak kerana baju ni Aira takkan nampak cantik seperti ni, " ujar Aira berterima kasih sambil tersipu malu.

Aira difahamkan dalam masa 2 hari lagi baju ini akan disiapkan sepenuhnya memandangkan bakal mertuanya ingin baju ini ditambah lengan agar tampak lebih sopan untuk Aira wanita bertudung memakainya. Aira berasa sangat bersyukur bakal ibu mertuannya memahami keperluan dan kepentingannya dalam menjaga aurat. Aira juga sangat kagum dengan ketangkasan bakal ibu mertuanya menyiapkan segala persiapan sehingga sanggup menempah baju pengantin yang mahal dan berkualiti tinggi. Aira berharap semoga majlisnya nanti akan berjalan dengan lancar agar kedua orang tua dan bakal mertuanya berasa bahagia melihat anak mereka melangsungkan perkahwinan yang mereka aturkan.

Sis kalah dengan pendirian sis yang kononnya taknak publish buat sementara waktu lol. Nah hadiah buat you allssssss. 😘

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now