AA 20

1.7K 84 6
                                    

🎀🎁🎉 Seperti yang dijanjikan. Happy reading shayangs! 😘

Awal pagi lagi Aira sudah turun ke dapur menyediakan sarapan bersama pembantu rumah keluarga Harraz. Sudah puas mereka menghalang Aira daripada membantu mereka tetapi Aira tetap berkeras ingin membantu. Dia tidak biasa jika hanya duduk goyang kaki tunggu dihidang dihadapan mata. Walaupun dia sudah menjadi isteri kepada orang kaya bukan bermakna dia perlu mengubah gaya hidup yang bersederhana kepada mewah. Ibu dan ayahnya tidak pernah mendidiknya begitu.

"Eh, awalnya menantu umi ni turun. Selamat pagi sayang, "sapa Tengku Nuraisyah. Terkejut dia melihat Aira bertungkus lumus menyediakan sarapan bersama pembantu rumah keluarganya. Hatinya merasa sejuk melihat sikap menantunya yang ringan tulang itu.

"Selamat pagi umi. Aira tak biasa kalau tak buat sarapan pagi-pagi ni. Sebab tu Aira turun awal nak bantu apa yang perlu, " kata Aira.

"Rajin menantu umi ni. Takpelah , umi tak larang Aira nak buat semua ni dan umi tak paksa Aira buat semua ni. Asal Aira selesa dan rasa macam tinggal kat rumah sendiri pun dah cukup buat hati umi ni senang, " kata Tengku Nuraisyah sambil tangannya mula lincah membantu menyediakan sarapan. Memang tidak dinafikan Tengku Nuraisyah juga bukan jenis yang hanya duduk goyang kaki menunggu makanan dihidang. Dia sangat jelas mempunyai sifat suri rumah yang sebenar.

"Terima kasih umi. Aira selesa buat semua ni, "tutur Aira lembut.

"Harraz tak bangun lagi ke?"

"Tadi lepas solat subuh Harraz tidur balik. Umi nak Aira kejutkan Harraz ke?"jawab Aira.

"Harraz Harraz. Anak umi tu memang pantang ada peluang tidur. Tidur jelah kerja dia lepas habis belajar ni. Ni taktaulah ni bila dah sampai masa ambil alih urus syarikat papa. Habis lingkuplah syarikat family jawabnya. Takpelah Aira. Biar dia bangun sendiri. Nak uji jugak perut dia tu tahu lapar ke tak pagi-pagi ni, "Tengku Nuraisyah mula membebel perangai anak tunggalnya itu.

Aira hanya tergelak kecil mendengar bebelan ibu mertuanya itu tentang Harraz. Dia suka melihat kelembutan Tengku Nuraisyah. Walaupun membebel tentang perangai anaknya tetapi nada suaranya masih kedengaran lembut ditelinganya. Tangan Aira masih setia membantu menyiapkan sarapan. Terasa tangkas tangannya membuat kerja apabila merasakan perutnya mula berdondang sayang minta diisi. Ibu mertuanya juga mula bergerak bersama pembantu rumah mereka menghidang makanan yang sudah siap ke meja makan. Aira berharap rasa janggalnya berkurang kali ini kerana dia masih tidak biasa dengan suasana kehidupan bersama keluarga mertuanya itu.

....

Tengku Nuraisyah mula memanggil Aira duduk di ruang makan apabila semua makan sudah sedia dihidang. Aira masih sibuk membersihkan peralatan selepas masak. Dia sudah terbiasa membersihkan peralatan memasak terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.

"Kejap ya Umi. Aira dah nak siap dah ni, " sahut Aira lembut.

"Kan umi dah panggil tu. Jom sarapan sayang, "tiba-tiba sahaja tangan sasa melingkar kemas dipinggangnya daripada belakang. Harraz!

 Harraz!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now