AA 4

1.2K 46 0
                                        

''Macamana ni Hana?apa pendapat kau?''soal Aira cemas.

''Hm,bawa bersabar Aira.Aku yakin semua ni ada hikmahnya,''jawab Hana.Dia tahu Aira risau.Selepas sahaja habis berbual dengan ibunya,Aira terus meluru masuk ke biliknya dan menceritakan segalanya.Wajahnya sugul dan risau.

''Aku tak tahu nak bagi jawapan apa kat ibu ayah aku,Hana.Aku tak nak hampakan harapan mereka.Aku sayang sangat dengan mereka sampai nak bantah untuk masa depan aku sendiri pun aku tak samggup,Hana.Aku buntu sangat,''adu Aira dalam sendu yang tidak tertahan.

Hana terus memeluk Aira.Dia harus memberi semangat pada Aira.Dia faham perasaan Aira.Hana menarik nafas panjang memikirkan nasib Aira.

"Aira,aku tahu kau kuat.Aku tahu kau sayang sangat kat mereka Kau anak yang baik.Mungkin bagi ibu ayah kau sudah tiba masanya untuk anak mereka mendirikan rumah tangga.Ini semua kehendak Allah,Aira. Sama ada cepat atau lambat je .Kita kena redha dengan ketentuanNya.Semua ni ada hikmah indah disebaliknya,''nasihat Hana dengan berhikmah.Dia hanya mahu yang terbaik untuk sahabatnya itu.

"Hm,terima kasih Hana.Aku akan buat solat istikharah dan minta petunjuk dariNYA. Aku harap aku akan temui jawapannya.Aku juga redha kalau ini takdir aku,''jawab Aira sambil menyeka air matanya yang masih bersisa di kelopak matanya.

Hana hanya mengangguk dan tersenyum.Dia sendiri berasa sebak dan tidak menyangka hal ini akan terjadi.Dia redha dengan ketentuan bahawa sahabat baiknya akan menjadi milik seseorang yang bergelar suami.

......

Lama Aira berteleku diatas sejadah selepas solat istikharah. Dia telah membuat keputusan untuk membuat solat istikharah agar diberi petunjuk untuk membuat pilihan yang terbaik. Segalanya telah dia serahkan kepada Allah SWT.

Aira meraup wajahnya apabila menyedari dia telah lama mengelamun diatas sejadah. Dia pantas mengemas telekungnya dan terus menuju ke katil untuk tidur. Dia harus kuat menghadapi ujian ini.

"Ya Allah, jika ini ketentuanMu aku redha. Semoga diriku tabah menghadapi semua ini," luah Aira perlahan sebelum dia mula terlelap.

Shadows of His White LiesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang