AA 15

1.4K 74 9
                                    

Bunyi ketukan pintu membuatkan Aira bangkit dari tidur yang lena.  Terkebil-kebil dia melihat suasana bilik yang begitu asing dimatanya. Bilik yang luas dan cantik ini membuatkan Aira berasa seperti sedang bermimpi. Bulat matanya apabila melihat Harraz berjalan dihadapan matanya menuju ke pintu bilik untuk membuka pintu yang diketuk sebentar tadi. Hilang tanggapannya yang dia sedang bermimpi. 

    "Morning anak Umi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    "Morning anak Umi. Turun bawah sarapan. Ajak Aira sekali, "kedengaran suara ibu mertuanya mempelawa anaknya dan dirinya untuk turun bersarapan.

Aira masih memerah otaknya dengan apa yang terjadi semalam.  Dia tidak tahu bagaimana dia boleh tidur dibilik Harraz.  Takkanlah dia berjalan waktu tidur. Dia memerhatikan pakaian dan tudungnya masih terletak elok dibadannya.  Dia menoleh ke sofa kecil didalam bilik Harraz.  Dia melihat Harraz kembali menyambung tidurnya sambil kakinya melunjurkan dimeja kecil sofa itu. Langsung dia tidak menoleh ke arah Aira kerana dia tidak dapat membendung kantuknya. Mungkin juga dia terlupa yang Aira ada dibilik itu disebabkan terlalu mengantuk untuk menyedari hakikat sebenar. Yelah, baru hari pertama tidur sebilik dengan isterikan. 😂
    

       "Dia tidur disofa tu sedangkan aku sedap je tidur diatas katil dia, "getus Aira didalam hati.  Rasa bersalah dirasakannya kerana lelaki itu tidur disofa. Malu pun ada kerana dia pasti lelaki itu yang mengangkatnya ke bilik. Mujur Harraz masih menghormatinya kerana lelaki itu membiarkannya tidur dengan tudung dan pakaiannya semalam. Kalau Harraz sendiri yang menyalinkan pakaiannya untuknya sudah tentu dia akan melarikan menyorok daripada bersemuka dengan lelaki itu.

Aira teringat kembali pelawaan ibu mertuanya. Dia perlu membersihkan dirinya kerana ibu mertuanya sudah memanggil mereka untuk turun bersarapan. Dia mengambil pakaian dan tudung expressnya didalam bagasi sebelum menuju ke dalam kamar mandi bilik Harraz.  Sempat lagi kepalanya menoleh ke arah Harraz yang masih tidur lena.  Mesti suaminya itu penat memandu jauh semalam.

Terpana Aira melihat suasana kamar mandi bilik Harraz.  Bilik tidur Harraz pun sudah terlalu cantik dimata Aira, tidak sangka pula kamar mandi Harraz juga secantik ruang tidur Harraz. Jika dibandingkan rumahnya dikampung, kamar mandi ini lebih besar saiznya daripada bilik Aira.  Aira terus menggelengkan kepalanya menghentikan monolog hatinya yang membandingkan suasana rumahnya dengan Harraz.  Dia perlu segera membersihkan diri.  Mujur dia masih cuti bersolat, kalau tidak habislah subuhnya hari ini kerana terlalu lena tidur sehingga tidak sedar subuh sudah berlalu pergi.

……

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

……

Setelah selesai membersihkan diri,  Aira menyalin pakaian didalam kamar mandi bilik Harraz.  Dia tidak berani hendak keluar hanya mengenakan tuala kerana tahu Harraz ada dibilik itu. Terpaksalah dia bersiap didalam kamar mandi itu sahaja.Mujur kamar mandi ini luas dan mempunyai ruang kering. Mudahlah untuk Aira menyalin pakaian didalam kamar mandi itu sahaja.Setelah selesai mengenakan tudung dikepalanya,  Aira keluar dari kamar mandi sambil tangannya memeluk tubuh kerana kesejukan.  Baru dia sedar bahawa bilik Harraz mempunyai penghawa dingin.  Harraz memasang suhu penghawa dingin itu terlalu sejuk untuk dibendung.

   "Sejuknya ya Allah.  Kulit tebal ke apa dia ni, "rungut Aira didalam hati.  Selepas mandi barulah dia terasa bilik ini terlalu sejuk.  Mungkin tadi dia terlalu terkejut sehingga tidak menyedari suasana sejuk bilik ini.  Tambahan lagi, separuh badannya pada masa itu masih diselubungi comforter tebal milik Harraz.

Aira menuju ke arah Harraz untuk membangunkannya.  Dia risau ibu mertuanya menunggu terlalu lama dibawah.  Matanya melihat sekilas ke arah jam dinding bilik Harraz yang terletak bertentangan dengan katil lelaki itu. Jam menunjukkan pukul 8 pagi.  Majlis mereka bermula 2 petang.  Masih ada masa lagi untuk dia bersedia. Aira merenung wajah lena Harraz. Dia berasa ragu-ragu untuk membangunkan lelaki itu.  Takut Harraz mengamuk pula apabila lenanya diganggu.  Dia belum kenal perangai sebenar lelaki itu.

     "Awak,  bangun.  Umi dah lama tunggu kat bawah, "jari Aira mencuit lembut badan Harraz.  Dia mengulang-ulang perbuatannya mencuit badan Harraz.  Dia takut jika Harraz marah kerana menganggu lenanya.  Lalu, langkah selamat adalah dengan mencuit perlahan lelaki itu dan berlari keluar jika lelaki itu mengamuk.  Sampai begitu sekali fikiran Aira siap mengatur strategi untuk melarikan diri lagi.

Cuitan Aira membuatkan badan Harraz bergerak sedikit.  Mungkin terasa terganggu apabila dicuit berulang kali.  Matanya masih terkatup ratap tiada tanda ingin bangun.  Geram pula Aira rasa kerana lelaki itu liat untuk dibangunkan.  Dia akhirnya mengoncang perlahan bahu lelaki itu kerana merasakan cuitan jarinya tidak berkesan langsung keatas lelaki itu. Tiba-tiba tangan Harraz menarik laju lengan Aira sehingga membuatkan Aira  jatuh ke dalam pelukan Harraz disofa kecil itu.  Membuntang mata Aira diperlakukan sebegitu.  Barulah dia tahu yang Harraz sengaja tidak bangun kerana ingin mengenakannya. Tangan Harraz kemas memegang pergelangan tangan Aira sambil matanya masih tertutup rapat.  Sengaja dia membiarkan Aira meronta-ronta ingin melepaskan diri. Gadis itu terasa sangat kecil didalam pelukannya.  Pasti wajah Aira memerah jika dia membuka mata merenung wajah comel itu.

  Pasti wajah Aira memerah jika dia membuka mata merenung wajah comel itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


        "Ibuuu,  tolong Airaaaa! "Jerit Aira didalam hati.  Pegangan lelaki itu terlalu kuat untuk dia melepaskan diri. Tangan kiri lelaki itu memeluk kemas pinggangnya manakala sebelah lagi tangannya memegang kemas pergelangan tangannya. Dia tidak berdaya hendak menjerit.  Nanti lain pula difikir oleh orang yang berada didalam rumah ini.  Matanya memerhatikan wajah Harraz yang masih menutup mata berpura-pura tidur. Dia tahu lelaki itu sedang menahan ketawa.  Rasa hendak dilukunya kepala lelaki itu.  Nasib suaminya kalau tak dah lama kepala lelaki itu dilukunya.Tak pasal-pasal pula nanti mendapat gelaran nusyuz pada hari pertama mereka berkahwin kerana membelasah suami.Harraz!

So apa pendapat korang? 😂 Jangan lupa vote and komen ye shayang2 I. xX. 😘

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now