AA 14

1.4K 78 1
                                    

Usai Harraz mengerjakan solat isyak dia terus menuju ke dapur untuk menikmati hidangan makan malam. Selepas itu, dia dan Aira kena bertolak ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja didapur rumah mentuanya itu, dia mengambil tempat duduk dikerusi meja makan sambil melihat Aira dan ibunya ligat menyiapkan hidangan makan malam. Niatnya hendak mengajak Aira berjemaah sekali dengannya tetapi gadis itu mengatakan dia tidak dapat solat sambil mukanya memerah menjawab ajakan Harraz. Tersenyum Harraz sendiri memikirkan tentang Aira.

Kembang kempis hidung Harraz melihat Aira tangkas buat kerja didapur. Tiba-tiba dia terasa bangga dapat isteri tahu urusan dapur. Mesti selepas ini dia akan rajin makan dirumah. Tersenyum-senyum Harraz memikirkan kehidupan yang mereka bakal lalui bersama selepas ini. Jauh betul Harraz mengelamun sampai Aira duduk disebelahnya pun dia tidak perasan.

       "Awak, makanlah. Nanti sejuk makanan, "Aira mematikan lamunan Harraz sambil mencuit perlahan bahu Harraz. Mengelamun jauh pula suaminya itu. Sambil tersenyum-senyum pulak tu.

Harraz terus menggaru belakang lehernya kerana malu tidak sedar yang dia sudah jauh mengelamun. Ibu dan ayah mentuanya pun dia tidak sedar sudah duduk dihadapannya. Dia terus meminta maaf kerana jauh mengelamun. Ibu dan ayah Aira hanya ketawa melihat telatah menantu mereka itu. Tersengih-sengih Harraz dibuatnya.Dia melihat Aira disebelahnya sudah mula mengautkan makanan untuknya. Bertambah lagi sengihan Harraz. Entah kenapa apa sahaja perbuatan Aira untuknya membuatkan taman hatinya berbunga-bunga.

Suasana makan dikampung sangat menyeronokkan bagi Harraz. Keluarga mentuanya sangat peramah dan melayannya baik walaupun baru hari ini mereka bertemu. Harraz jarang merasa makan satu keluarga begini kerana ayahnya selalu sibuk dengan perniagaannya. Dia tidak pernah marah ayahnya begitu kerana dia tahu ayahnya berkerja keras untuk mengukuhkan Magnifique Holding syarikat keluarganya. Tetapi, Harraz berazam yang dia tidak akan membiarkan anak isterinya nanti menikmati suasana makan yang suram. Itu azam Harraz setelah merasakan suasana makan yang membahagiakan dengan keluarga Aira.

......

Setelah sentengah jam berlalu selepas mereka menikmati makan malam, Harraz mengajak Aira untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Risau jika mereka sampai terlalu lewat malam kerana esok majlis resepsi mereka akan berlangsung. Usai menyalam ke dua tangan mertuanya, dia mengambil bagasi di tangan Aira untuk dimasukkan didalam kereta.Kemudian, barulah dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan kereta bagi memanaskan enjin. Matanya ralit memerhatikan Aira dari dalam kereta yang sedang menyalam dan memeluk ibu dan ayahnya. Aira seorang anak yang baik baginya kerana tutur katanya terhadap kedua-ibu bapanya sangat lemah lembut.

      "Ibuu, Ayahh, jangan lambat datang tau esok, "ujar Aira manja. Ikutkan hatinya nak sahaja dia bawa mereka sekali malam ini juga. Tetapi, ayahnya ada urusan lain yang perlu diselesaikan malam ini. Esok selepas subuh barulah mereka bertolak ke rumah mentua Aira.

      "Ye sayang. Ayah dan Ibu tak datang lambat esok. Pergi masuk kereta. Suami kamu dah tunggu tu. Dah jadi isteri orang pun masih manja tau anak ayah ni, "pujuk ayah Aira, Encik Ahmad Arief sambil mengusap kepala anak tunggalnya itu.

Aira tergelak kecil mendengar kata-kata Ayahnya. Dia memang mengakuinya yang dia seorang anak yang manja. Dia terus meminta izin untuk bertolak. Setelah masuk ke perut kereta milik Harraz, suaminya itu terus menurunkan cermin kereta sambil mengucapkan selamat tinggal. Aira tidak putus-putus melambai mereka. Rasa hendak keluar balik pun ada kerana tidak selesa berduaan dengan lelaki itu. Kereta Harraz mula bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah Aira.

Sepanjang perjalanan hanya bunyi musik kereta Harraz kedengaran. Aira tidak tahu hendak memulakan perbualan. Dia masih berasa malu dan kekok dengan suaminya itu. Harraz pula hanya fokus dengan pemanduannya. Dia tahu Aira masih tidak selesa dengannya lalu membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja sepanjang perjalanan mereka. Lambat-laun Aira pasti akan mula rasa selesa dengannya.

Akhirnya Aira terlentok lena kerana tidak tahan menahan kantuk. Tambahan lagi suasana didalam kereta yang hanya kedengaran bunyi musik sayup-sayup membuatkan Aira berasa sangat mengantuk. Harraz menoleh seketika melihat Aira. Isterinya itu sudah terlentok lena. Dia memberhentikan keretanya ditepi jalan kerana ingin menurunkan sedikit ke belakang kerusi Aira agar Aira berasa selesa untuk tidur. Perlahan-lahan dia menurunkan kerusi tempat duduk Aira sambil matanya memerhatikan wajah Aira. Isterinya nampak sangat comel bila tidur. Tiba-tiba perasaannya membuak-buak ingin mencium pipi Aira. Dia cuba memberanikan diri untuk mencium pipi Aira. Tetapi, pancaran lampu lori dari arah bertentangan jalan raya mematikan niat Harraz. Dia terus meneruskan perjalanan dan melihat sekilas jam di dashboard keretanya yang sudah menginjak angka 10 malam. Perjalanan mereka hanya berbaki satu jam lagi untuk sampai.

......

Setelah dua jam berlalu, akhirnya Harraz sampai di villa kediaman keluarganya. Harraz berhenti dihadapan pagar kediamana mereka dan menekan remote pagar automatik villa itu. Setelah pintu pagar terbuka luas, barulah Harraz memasuki perkarangan villa itu. Harraz mematikan enjin keretanya dan menyandarkan badannya buat seketika sambil memejamkan matanya. Terasa penat dan lenguh badannya memandu jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Dia masih membiarkan Aira terlentok lena. Gadis itu langsung tidak sedar yang mereka sudah sampai. Harraz kemudian membuka matanya dan mula membuka pintu keretanya.

Harraz tidak sampai hati ingin membangunkan Aira kerana isterinya itu terlalu lena sehingga Harraz membuka pintu kereta pun Aira tidak sedar. Penat betul isterinya itu. Dia membuat keputusan untuk mengangkat sahaja Aira masuk ke dalam rumah memandangkan orang gajinya sudah mula menanti dimuka pintu rumah. Perlahan-lahan Harraz mengangkat Aira dan mendukungnya ala bridal style. Dia tidak ingin membangunkan Aira kerana melihat Aira terlalu lena. Harraz terus menuju masuk ke dalam rumah sambil berkata perlahan memberi arahan kepada orang gaji mereka untuk mengambil barang-barang Aira didalam kereta.

 Harraz terus menuju masuk ke dalam rumah sambil berkata perlahan memberi arahan kepada orang gaji mereka untuk mengambil barang-barang Aira didalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harraz memanjat tangga menuju ke bilik tidur mereka. Pasti umi dan ayahnya sudah tidur. Setelah sampai dibiliknya Harraz meletakkan Aira dikatilnya perlahan-lahan. Lama dia merenung wajah Aira. Semakin lama direnung semakin bertambah menawan dimatanya. Dia membiarkan Aira tidur dikatilnya. Ingin sahaja dia membuka tudung Aira agar gadis itu tidur dengan lebih selesa, tetapi dia takut esok Aira terkejut pulak. Lalu, dia hanya membiarkan Aira tidur begitu sahaja dan menyelimutkan gadis itu. Harraz menuju ke kamar mandi didalam biliknya untuk membersihkan diri. Dia harus menyegarkan badannya yang keletihan sebelum masuk tidur. Dia perlu terus tidur selepas sahaja selesai mandi kerana esok merupakan majlis resepsi mereka. Tak pasal-pasal mengantuk pulak dia diatas pelamin nanti.

Like it? Do vote this story and this chapter so that I'll try my best to update more and more. Okay peeps! Merci beaucoup!

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now