AA 23

1K 38 6
                                    

Lagu Moonlight yang dinyanyikan oleh penyanyi barat bernama Ali Gatie jelas kedengaran dalam ruangan bilik sehingga mencetuskan rasa janggal dengan keadaan mereka. Bunyi deringan telefon bimbit Harraz itu membantutkan perlakuan Harraz yang tidak dijangka. Hendak terlompat keluar jantung Aira tadi apabila melihat Harraz seperti nekad mendekatkan wajah ke arahnya. Mata lelaki itu galak merenungnya dengan pandangan yang menggoda. Disebalik renungan itu langsung tidak ada riak ingin mengusik yang selalu dilakukan oleh lelaki itu. Tolakan Aira langsung tidak memberi kesan terhadap Harraz malah wajah lelaki itu semakin mendekat dengannya. Mujur bunyi telefon Harraz membantutkan perbuatan lelaki itu.

Hati Aira masih rasa gelisah kerana Harraz tidak berganjak daripada posisi mereka malah membiarkan bunyi deringan telefon bimbit Harraz terhenti sendiri. Mata Harraz masih merenung dalam matanya. Apa yang ingin lelaki itu sampaikan Aira sendiri tidak mengerti. Aira mula menolak kembali dada Harraz kerana keadaan mereka terlalu lama begitu.

"Err, awak nak guna toilet kan? Haa gunalah,"terasa getaran suara Aira dihalwa telinga Harraz.

"Memang nak sebab emergency nak guna toilet. Tapi rasanya hilang dah niat tu. Saya selesa kita camni"kata Harraz. Walhal dia tiba-tiba teringat tujuan asalnya selepas Aira menegurnya. Memang terdesak dia hendak guna toilet tetapi dalam terdesak masih ada hati hendak mengusik isterinya itu. Mengusik atau tergoda Harraz ni?

"Apa awak merepek ni?Dahlah awak gunalah cepat . Tak pasal-pasal subuh saya tinggal nanti," tegas Aira tetapi masih bernada yang terkawal.

"Awak ni makin garang makin cantik. Saya suka,"kata Harraz lagi.

Merah padam wajah Aira mendengar kata-kata Harraz. Lelaki ini memang sengaja menguji hatinya. Hatinya bergelora bersama debaran didada. Harraz berjaya mengusik sedikit lubuk hatinya yang dalam. Dalam diam hati Aira berbunga. Tetapi dia masih mahu menafikan perasaan itu. Ini hanya gurauan dan hiburan Harraz semata-mata. Aira tidak mahu meletak harapan yang tinggi. Perkahwinan mereka belum sampai setahun jagung. Mustahil jika mereka saling menyintai antara satu sama lain. Itu pandangan Aira. Hatinya masih belum pernah merasa cinta lantas hanya tahu menafikan setiap kata hatinya saat berdebar dengan usikan dan renungan Harraz terhadapnya. Terlalu sesuatu untuk dia rungkaikan perasaan itu.

Oleh kerana terlalu tidak betah dengan renungan Harraz saat itu, Aira terus menggeletek perut lelaki itu. Harraz yang tidak menyangka tindakan Aira terus berasa kegelian dan rebah sepenuhnya diatas badan Aira. Hidungnya tersembam dileher Aira. Wangi. Itu yang Harraz rasakan. Bau Aira membuatkan dirinya ketagih untuk menghidunya. Ini kali kedua dia menghidu bau badan Aira. Menggoda dan mengasyikkan. Tangkai hati lelakinya bergocak kuat. Matanya dipejam rapat menikmati rasa ini. Aira seperti kaku dengan keadaan mereka. Diam tidak berkutik kerana Harraz seperti tidak mahu berganjak malah wajahnya masih tersembam dileher Aira.

Aira tersepit sekali lagi. Kali ini dia menolak dengan kuat tubuh sasa Harraz. Ingatkan dengan menggeletek itu terlepaslah dia. Tetapi ternyata lain pula jadinya. Masih hangat terasa leher Aira akibat deruan nafas lelaki itu. Harraz yang tidak bersedia terus terbaring disebelahnya akibat tolakan Aira yang kuat. Terkedip-kedip mata lelaki itu memandang siling bilik mereka. Aira mengambil peluang keluar daripada bilik untuk melepaskan diri. Dia berasa malu saat ini tetapi dia harus menunaikan kewajipannya dulu untuk menunaikan solat subuh yang semakin menghampiri hujung waktu.

"Ya Allah , dah lewat. Ini Harraz punya pasal lah ni!"bisik Aira sendirian bernada geram. Kakinya dipantaskan menujuk ke bilik tetamu untuk mengambil wudhu dan terus sahaja solat disana.

.........

Harraz tersengih-sengih apabila teringat kejadian subuh tadi. Dia meraup wajahnya kemudian mula tersengih lagi. Matanya memandang langit yang cerah dari balkoni rumahnya. Langit luas yang terbentang terlihat sangat indah seperti seindah hatinya saat ini. Langit seperti inilah membuatkan bunga-bunga didunia tumbuh memekar semekar hatinya. Aira membuatnya seperti orang angau sama seperti sebelum dia mengahwini gadis itu. Dia yang menyimpan perasaan dalam diam tidak menyangka bahawa Aira sudah pun menjadi isterinya. Misinya cuma perlu mendalami hatinya sendiri bahawa itu adalah cinta dan menawan hati Aira untuk dicintai dan menyintainya. Indahnya perasaan yang Harraz rasakan. Langsung dia tidak pernah rasakan sebelum ini walaupun dengan bekas teman wanitanya, Ifa sekalipun.

"Ehem, apa yang anak Umi menungkan tu?Siap tersengih-sengih lagi. Macam tak nampak orang depression lepas kena paksa kahwin je," suara Tengku Aisyah menghentikan khayalan Harraz. Terkejut disergah begitu Harraz terus tersengih-sengih sambil mengaru belakang tengkuknya.

"Umi ni suka tau kejutkan Harraz camni. Kalau Harraz heart attack siapa nak bagi Umi cucu," omel Harraz.

"Amboi , dah cakap soal cucu. Dah ready ke nak bagi umi cucu ? Baru berberapa hari kahwin dah nak bagi umi cucu. Tak nampak macam orang terpaksa kahwin je. Haa, kalau nak bagi umi cucu bagilah cepat-cepat . Umi tak sabar ni nak menimang cucu. Kesian umi lama menanti nak dapat cucu. Kamu dulu dahlah lambat nak ada kat perut umi. Tengok umi dah tua Harraz baru umur 23 tahun," panjang lebar kata-kata Tengku Aisyah mengundang ketawa Harraz. Uminya itu mudah membuatkan dia merasa terhibur. Memang jarak umurnya dengan Tengku Amirah agak jauh berbeza kerana uminya itu lambat mengandung. Puas uminya dan ayahnya berusaha tetapi rezeki mereka lambat untuk menimang cahaya mata. Semuanya ada hikmah disebaliknya. Setelah 6 tahun menanti barulah uminya mengandungkan Harraz. Tidak hairanlah jika jarak umurnya terlalu jauh dengan umi dan ayahnya.

Harraz hanya tersengih mendengar permintaan uminya. Berbunga hatinya bila terbayangkan dia bakal menjadi seorang ayah kepada anaknya lebih-lebih lagi hasil daripada perkahwinannya dengan Aira. Misinya sekarang adalah bagaimana dia nak menakluki hati Aira. Baru berberapa hari dia bergelar suami, dia yakin peraasaannya terhadap Aira adalah cinta.  Getaran hati saat terpandang wajah Aira masih terasa walaupun mereka sudah pun sah bergelar suami isteri. Tetapi, layakkah dia untuk menjadi yang bertakhta di hati gadis bernama Aira Amanda? Sekali lagi Harraz termenung panjang. Dia mengharapkan cinta akan terbalas tetapi dia merasa tidak layak untuk Aira kerana dia takut Aira tidak dapat menerimanya jika dia tahu tentang masa lalunya. Walaupun bukan kehendaknya tetapi dia pasti tidak semua wanita dapat menerima dengan hati terbuka. Perlukah dia menakluki hati Aira dilapisi dengan suatu rahsia yang dia tidak mahu orang lain tahu atau melepaskan Aira jika gadis tu tidak dapat menerima masa lalunya. Harraz sendiri tidak pasti.  Dia takut untuk merasa kehilangan kerana ini adalah kali pertama dia merasakan apa itu cinta. Semoga dilema ini berakhir kerana dia tidak ingin ada hati yang terluka. Aira adalah miliknya dan selamanya akan menjadi miliknya.

Hi korang! Okay sis tak sampai hati nak tengok korang menanti tunggu bila sis update!!! Walaupun tak sampai target votes ni hadiah untuk peminat setia novel sis. Sayang korang!

JANGAN LUPA VOTE, COMMENT AND FOLLOW YA! MMUAH

JANGAN LUPA VOTE, COMMENT AND FOLLOW YA! MMUAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now