AA 1

3.6K 60 0
                                    

Aira dan Hana duduk bersantai di halaman rumah sewa mereka. Hari ini mereka hanya duduk berehat di rumah memandangkan mereka tiada kelas.Mereka sebenarnya sengaja tinggal di luar universiti kerana mudah untuk mereka pergi ke mana-mana tetapi bukan berpeleseran.Jarak antara rumah mereka ke universiti tidaklah sejauh mana,hanya memakan masa 15 minit sahaja jika berjalan kaki.

Dua sahabat ini memang rapat sejak zaman sekolah rendah lagi.Tambahan lagi mereka duduk sekampung.Semua rahsia habis dari A sampai Z mereka kongsi bersama.Maklumlah sahabat dunia akhiratlah katakan.Hana seorang yang banyak cakap orangnya.Dia mempunyai sikap yang natural. Tak adalah nak cover-cover.Tu yang Aira suka sangat kawan dengan dia.Jujur,ikhlas,dan hyperactive.Tapi,best student tau!Bukan calang-calang orang ni.Dulu,setiap hari selepas tamat waktu persekolahan,mereka berdua balik bersama-sama.Ada sahaja cerita yang nak dikongsikan.Tak kiralah sedih atau gembira.Aira pula setia mendengar dan Hana juga begitu.Tiada istilah bosan dalam kisah persahabatan mereka.Kini pula mereka masih bersama tapi dalam suasana yang berbeza.Mereka melanjutkan pelajaran diuniversiti yang sama.Alhamdulillah,Allah masih panjangkan jodoh persahabatan mereka.

''Kadang-kadang teringin jugak hati ni nak jadi macam orang lain. Yalah spesies macam aku ni susah nak cari. Pendiam tahap bisu.Bahaya kan? Kalau buat competition silent day, gerenti aku menang. Bukan nak bangga dirilah tapi kenyataan.Argh! apa yang aku omelkan ni,''Getus hati Aira sambil tersenyum sendirian.

''Eh Aira,apa kau sengihkan tu?Seram aku tengok,''Hana menegur sambil memandang hairan Aira yang tiba-tiba membisu.Elok berbual rancak,mode bisu pula yang datang.

''Err..takdelah Hana.Mana ada,''sangkalnya.

"Aduh!Kantoilah pulak.Betul-betul caring la Cik Rayhan Hana ni,"Getus hati Aira.

''Esok kau pergi kelas tak?''Hana bertanya.

Senyap.

''Woi!kau gila ke apa ni?Senyum sorang-sorang pula.Aku cakap dengan tunggul ke?''jerit Hana.

''Adeh,main jerit-jeritlah pulak minah ni.Aku penat-penat puji dia.Eh!manalah dia tau Aira oi,''Katanya dalam hati.

''Hehe.Janganlah marah Hana.Apa yang kau cakap tadi?''tanya Aira kembali sambil tersengih manja.

''Aku tanya,esok kau pergi perjumpaan group discussion tak?''Hana mengulangi kata-katanya dengan nada geram.Macam nak makan orang Aira tengok.

''InshaAllah,Aku pergi adik manis."
Hana hanya mencebik mendengar kata-kata Aira itu.Aira pula tergelak kelucuan melihatnya begitu.Nampak comel.

''Eh Hana,kau ingat tak kawan yang satu kelas dengan kita yang selalu diperlekehkan kecuali 'Aku' tu?''Soal Aira membuka cerita sambil menekankan perkataan 'aku' yang menunjukkan Aira tidak terlibat dalam kes mengenakan kawan sekelas mereka itu.

''Eh?Kau tak ke?''

''Tak kot,''Jawab Aira selamba.

''Haha,yelah.Kau tu budak baik la sangat kan.Mana la berani nak cari pasal dengan orang,"Kata Hana sambil tergelak.

''Ha,Aku tau la Aku ni penakut.Janganlah sakan nak gelakkan aku.Nak dengar ke tak cerita aku ni?''Soal Aira dengan nada geram.Asyik terkena je dia oleh sahabatnya satu ini.Mentang-mentanglah Aira pendiam sejak dulu lagi.Tu je la point Hana nak kenakan Aira.Hish!geramnya.

''Ala,janganlah marah.Okay,teruskan,''Kata Hana sambil menyuakan tangannya ke mulut Aira seperti Aira sedang bercakap di mikrofon.

Aira menepis perlahan tangan Hana sambil menjegilkan mata ke arah Hana.

''Ibu aku cerita kat aku yang dia dah jadi orang kaya sekarang.Dia buat bisnes ikan air tawar. Mula-mula tu nampak macam suram je bisnes dia.Tapi,dia tak putus asa sampailah sekarang dia dah jadi pembekal utama ikan air tawar kat kampung kita tu. Tak silap aku dah sampai negeri sebelah pun datang beli kat dia,"cerita Aira dengan bersemangat.

''Orang kaya?Kau biar betul?''Soalnya kepada Aira.Lebih bersemangat dari Aira.

''Semalam time aku call ibu aku pun mula-mula tak percaya.Tapi,kalau dah ibu cerita kerja keras dia buat semua tu memanglah aku percaya. Ibu aku kot yang beritahu.Dia dah jadi usahawan berjaya.Orang kampung selalu tengok dia kerja keras kat kampung majukan perniagannya. Mana taknya semakin maju,''terang Aira dengan panjang lebarnya.

''Oh,hebatnya dia.Tak sangka orang selalu kita perlekehkan tu dah jadi kaya sebelum umur yang sepatutnya orang jadi kaya.Muda-muda dah ada duit sendiri.Bukan macam kita,masih lagi mintak duit parents,''ujar Hana sayu.

''Laa,tak pe.Kita belajarlah rajin-rajin.Rezeki masing-masing. Setiap orang rezeki akan datang dengan cara yang berbeza. Kita sebagai orang islam kenalah percaya yang rezeki itu akan sentiasa ada,''Kata Aira memberi semangat.

Hana hanya tersenyum mendengar kata-kata Aira.Kemudian Aira terus memaut bahu Hana dan mengusap perlahan tangan Hana.Sebagai sahabat dia mestilah memberi kata-kata semangat kepada Hana.Tak rugi punyalah.

Shadows of His White LiesWhere stories live. Discover now