Pertemuan demi pertemuan tanpa disengajakan terjadi. Namun dua hati masih tidak menyedari bahawa takdir bersama sedang menyapa. Saat takdir mula menyatukan , tak terduga itu pengakhirannya. Aira Amanda belum tahu mengenal cinta. Lantas menafikan...
Hari yang mendebarkan Aira sudah tiba. Dalam berberapa jam lagi Aira akan sah menjadi isteri orang. Berpeluh-peluh tangan Aira melihat dirinya disolek oleh jurusolek jemputan yang diupah khas oleh bakal ibu mertuanya. Hari ini merupakan majlis pernikahannya. Hari berikutnya barulah majlis resepsi diadakan dikediaman pengantin lelaki. Aira disolek dibiliknya kerana dia membuat permintaan kepada Ibunya yang dia mahu dinikahkan di Masjid kampung halamannya. Selepas bernikah barulah dia akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk majlis resepsi pada hari berikutnya. Mujur bakal ibu mertuanya bersetuju setelah ibu Aira menyuarakan permintaan anaknya yang ingin bernikah dikampung halaman pengantin perempuan.
Perasaan gemuruh Aira semakin menjadi-jadi apabila melihat bakal ibu mertuanya masuk ke biliknya melihat persiapan Aira. Dia tersenyum kekok apabila ibu mertuanya memujinya cantik mengenakan baju pernikahan serba putih. Baju pernikahan yang Aira pakai ini sebenarnya baju pernikahan Ibunya,Puan Amira. Langsung Aira tidak menyangka baju Ibunya masih nampak elok dan cantik. Dia bersetuju untuk memakai baju pernikahan ibunya kerana berasa bertuah dapat memakai baju pernikahan ibunya. Baginya ini adalah suatu kenangan yang dia tidak akan dapat lupa sampai bila-bila kerana dapat memperlihatkan dia memakai pakaian nikah ibunya. Aira suka membuat perkara yang dapat membahagiakan hati kedua ibu bapanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Terasa lenguh badan Aira apabila terlalu lama duduk dihadapan meja solek. Dia sendiri tidak faham kenapa perlu bersolek sehingga memakan masa hampir dua jam. Aira bukanlah sejenis perempuan yang pandai bersolek. Baginya asal tak nampak macam mayat hidup cukuplah. Dia lebih suka mengenakan solekan ringkas. Oleh kerana,bakal ibu mertuanya sudah sanggup mengupah jurusolek khas buatnya Aira merelakan sahaja dirinya disolek mengikut citarasa jurusolek itu.Setelah solekan jurusolek selesai, Aira mula ditunda menuju ke kereta kerana difahamkan majlis pernikahan hanya tinggal setengah jam lagi sebelum bermula. Semua orang sudah menantinya dimasjid kecuali pengantin lelaki yang masih belum tiba.
Setelah sampai diperkarangan masjid. Aira diiringi oleh keluarga dan sahabatnya masuk kedalam masjid. Aira duduk diatas kusyen berbentuk bulat sementara menunggu pengantin lelaki sampai. Terasa berdebar dihati Aira apabila melihat Tok Kadi yang merupakan imam masjid di kampung mereka sudah sedia untuk menjalankan tugasnya. Aira duduk dikusyen manakala ibu dan bakal ibu mertuanya duduk disebelah kirinya dan Hana sahabat baiknya duduk disebelah kanannya. Hana menyentuh tangan Aira seperti memahami Aira sedang merasa gementar. Dia tersenyum melihat Aira kerana dia mahu Aira kuat hadapi semua ini. Aira membalas tautan tangan Hana . Dia berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.
"Mana Harraz ni, dah lambat 15 minit, "tiba-tiba bakal ibu mertuanya bersuara. Dia seperti gusar yang anaknya akan buat hal tidak datang ke majlis ini.
"Sekejap lagi sampailah tu Aisyah. Dia kan bertolak dari KL. Jauh pulak tu, "balas ibu Aira menenangkan sahabatnya itu yang tidak lama lagi bakal menjadi birasnya.
Aira seperti pernah mendengar nama itu. Tetapi dia tidak ambil peduli kerana sesiapa pun boleh menggunakan nama itu. Apa yang dia risaukan sekarang ialah dia akan menjadi isteri orang yang dia tidak tahu hati budinya. Aira melihat jam dinding masjid. Lelaki itu sudah lambat 15 minit. Adakah lelaki itu juga tidak rela untuk dinikahkan dengannya? Persoalan itu tercetus dihati Aira. Jika benar lelaki itu tidak akan datang ke majlis ini bermakna dia tidak akan menjadi isteri orang.
Setelah hampir setengah jam menanti, terlihat satu rombongan kecil masuk ke dalam masjid. Aira terasa seperti hendak pitam melihat bakal suaminya. Dia kenal wajah itu. Wajah itulah yang selalu dia ingin elakkan daripada bertemu dengannya akibat insiden pertemuan tidak masuk akal antara mereka. Walaupun Aira tidak mengingati nama lelaki itu, tetapi wajah lelaki itu kuat melekat diingatannya. Tiba-tiba dia teringat pensyarahnya Prof Hisyam pernah menyebut nama lelaki itu. Harraz Irfan! Patutlah dia terasa lain apabila bakal ibu mertuanya menyebut nama anaknya tadi.
"Weh Aira, bukan kita pernah jumpa eh mamat tu?, "soal Hana lurus.
"Hanaaaaa, tolong aku. Mamat tula kita jumpa kat kafe hari tu. Kenapa aku tak ambil kesah pun siapa bakal suami aku. Nama pun aku tak tanya, "adu Aira perlahan.
Terjegil mata Hana mendengar apa yang Aira katakan. Terasa hendak ketawa pun ada. Tapi tak sampai hati la pulak. Sahabatnya akan kahwin dengan mamat tu. Perjalanan takdir memang hebat. Hana terus mengusap belakang Aira untuk menenangkan sahabatnya tu. Mungkin pertemuan mereka dahulu itu adalah pemula takdir mereka bakal disatukan.
"Tak sangka mamat tu jodoh kau, "kata Hana sambil tergelak. Tidak tertahan rasanya mengenangkan kisah mereka dahulu. Aira hanya mampu menahan geram melihat Hana mengusiknya.
Harraz belum perasan kehadiran Aira kerana dia bergegas menuju ke arah tok kadi untuk meminta maaf atas kelewatannya datang ke majlis pernikahan mereka. Setelah Harraz mengambil tempat dihadapan tok kadi, Harraz menoleh ke arah pengantin perempuan untuk melihat wajah bakal isterinya. Mata mereka saling bertentangan kerana tidak menyangka mereka bertemu lagi dalam keadaan mereka bakal dinikahkan.
"Aira Amanda, " nama itu terus meluncur laju dimulut Harraz saat melihat gadis itu. Entah kenapa dia seperti terasa ingin melonjak gembira melihat gadis itu. Bakal isterinya ialah Aira Amanda! Gadis yang mampu membuat hatinya bergetar hanya dengan melihat senyuman gadis itu. Aira nampak cantik sekali dimata Harraz. Lebih-lebih lagi Aira memakai baju nikah serba putih untuk majlis mereka. Harraz melemparkan senyuman ke arah Aira. Kemudian, Harraz terus mencari wajah uminya. Setelah melihat wajah uminya, dia terus melayangkan thumbs up kepada uminya. Bukan main happy lagi Harraz. Tengku Nuraisyah berasa pelik dengan sikap Harraz. Bukan main tak rela lagi sebelum jumpa Aira,sekarang macam tak sabar je perangai anaknya nak salam tangan tok kadi. Betul ke tidak Harraz ni?
Tok kadi mula menghulurkan kertas untuk kedua-dua pengantin tandatangan. Aira membaca isi kertas tersebut dengan perasaan gementar. Dia seperti tidak ingin menandatangani kertas itu. Tetapi, dia tidak mahu mengecewakan ibu bapanya. Akhirnya, Aira menurunkan tandatangannya. Dia harus redha dengan ketentuan Allah. Terlihat Harraz sudah siap sedia untuk melafazkan akad nikah kerana pantas betul dia turunkan tandatangannya. Saat tangan Harraz menyalam tangan Tok Kadi Aira memejamkan matanya. Dia berharap semua ini adalah hanya sebuah mimpi. Mimpi yang dia tidak pernah jangka dan mimpi yang dia tidak pernah harapkan menjadi realiti.
Wait wait Harraz dan Aira bakal berkahwin? Atau ni hanya bayangan Harraz sahaja? Maklumlah dia macam suka je dengan Aira . Sampai terbawa-bawa kat majlis pernikahannya. Yelah dia tak rela kot nak kahwin lagi. 😂 Okay gais. Kalau rasa suka dengan cerita ni bagi sis tau dengan hit button vote okay. 💋