''Umi, kenapa tiba-tiba macamni ?Kali ni Harraz tak setuju dengan Umi. I've not planned to do this matter yet, Umi. I'm still young and need to explore many things in my life .Please understand my decision.Please, Umi?''rayu Harraz kepada uminya.
''Harraz,listen to me.Umi nak Harraz bahagia.Umi yakin pilihan umi ini mampu membahagiakan Harraz.Percayalah pada umi,''pujuk Tengku Nuraisyah kepada anak tunggal kesayangannya.
''Tapi Harraz ada pilihan Harraz sendiri.Harraz cintakan dia.Kami dah lama bercinta.Takkan Harraz nak tinggalkan dia macam tu aje.Harraz tak nak,umi,''rayu Harraz lagi.Terbayang-bayang wajah Ifa kekasih hatinya diruang matanya.Tetapi, cintakah dia kepada Ifa?atau hanya sekadar untuk mengisi kekosongan di hatinya?Dia seperti tidak serasi dengan Ifa. Dia seringkali cepat terasa bosan dengan Ifa.Bila bosan baru tercari-cari, bila tak dia hanya membiarkan Ifa bebas dengan gaya hidupnya yang bebas sendiri.
''Perempuan macam tu yang Harraz nak buat isteri?Haraz sedar tak apa Harraz cakap ni?Umi selalu nampak dia keluar masuk club.Umi tak suka anak menantu Umi kaki clubbing,faham?''tegas Tengku Nuraisyah sebelum berlalu pergi.
Harraz mati kata.Dia tahu apabila uminya sudah berkata begitu bermakna keputusannya muktamad.Dalam pada masa yang sama dia tidak menyangka yang uminya tahu kegiatan Ifa diluar.Harraz meraup mukanya sambil merengus kasar.Dia bukan jenis yang berani melawan kata-kata uminya. Cukuplah dulu pernah sekali dia buat Uminya marah besar. Itupun sudah cukup buat Harraz tidak ingin buat Uminya kecewa lagi disebabkan dirinya.
.......
Harraz sudah terlewat untuk ke kuliah. Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum perperiksaan akhir bermula. Gara-gara terlalu memikirkan masalahnya yang sedang melanda membuatkan Harraz susah hendak melelapkan mata.
"Habislah aku lambat masuk kuliah. Dahlah Prof Hisyam tu garang bukan main lagi, "bebel Harraz sendirian sambil tangannya menghidupkan enjin kereta. Semenjak habis menjalani praktikal uminya menghadiahkannya kereta model Audi S8. Katanya memudahkan Harraz untuk ke mana-mana memandangkan tahun akhir merupakan waktu yang paling sibuk buat anaknya. Harraz bukan main gembira lagi apabila uminya menghadiahkannya kereta.
Sampai sahaja Harraz dihadapan pintu dewan kuliah dia terus membuka pintu dewan tanpa ragu-ragu. Semua mata tertumpu kepadanya termasuklah mata tajam Prof Hisyam. Harraz cuma mampu tersengih sambil mengaru-garu belakang tengkuknya. Kakinya terpacak kaku berdiri di depan dewan kuliah.
"Harraz Irfan Bin Tengku Hamid, " Prof Hisyam menyebut dengan nada yang sangat sukar digambarkan.
"Ya saya Prof",jawab Harraz sambil tersengih bersalah.
"Care to explain? Kenapa kamu lambat masuk ke kuliah saya? Kamu sudah tahu saya sangat pantang student saya lambat masuk ke class saya, "tegas Prof Hisyam.
"Maafkan saya Prof, saya terlambat bangun, "Harraz jujur menjawab soalan Prof Hisyam.
"Jawapan kamu ni saya sudah bosan dengar. Selama 25 tahun mengajar alasan student tetap sama. Terlambat bangun, " kata Prof Hisyam sambil menekankan perkataan ter dalam ayatnya.
"Maafkan saya Prof, "Harraz cuma mampu meminta maaf. Dia akur dengan kesalahannya.
"Baiklah ,saya maafkan kamu. Pergi ambil tempat duduk kamu. Saya harap kamu tidak mengulanginya lagi. Walaupun kamu dan rakan-rakan kamu dalam kuliah ini bakal menamatkan pengajian, tolong ingat pesanan saya sampai bila-bila iaitu sentiasa tepati masa. Ini adalah disiplin buat diri sendiri, "nasihat Prof Hisyam.
"Terima kasih Prof, " ucap Harraz sambil kakinya pantas mengambil tempat duduk yang kosong.
Harraz duduk bersebelahan dengan seorang gadis yang sedang menunduk melihat notanya. Harraz ingin menanyakan sampai mana sesi pembelajaran Prof Hisyam yang sedang mengajar subjek kemahiran perundingan.
"Hai, boleh saya tahu korang belajar sampai subtopik mana? ," sapa Harraz.
Gadis itu hanya menunjuk subtopik yang tertulis di buku notanya. Harraz mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepadanya walaupun dia pelik gadis itu langsung tidak bersuara. Harraz mula fokus kepada sesi pembelajaran Prof Hisyam.
"Alahai kenapa aku terjumpa dengan mamat ni. Sejak bila pulak aku boleh satu dewan kuliah dengan dia ni, " getus Aira didalam hati. Fokusnya mula terganggu.Aira terkejut beruk apabila melihat wajah lelaki itu. Langsung dia tidak menyangka bahawa lelaki itu mempunyai subjek yang sama kuliah dengannya. Tambahan lagi, dia terkejut lelaki itu menyapanya. Sesi pembelajaran Prof Hisyam yang berbaki satu jam sejak lelaki disebelahnya hadir dirasakan bagai setahun. Seharusnya rancangannya adalah untuk mengelak daripada terjumpa lelaki ini akibat insiden pertemuan tak masuk akal mereka.Tetapi sebaliknya pula berlaku.
Setelah sesi pembelajaran tamat Aira pantas mengemas buku nota dan alat tulisnya. Harraz memerhatikan tindakan kelam kabut gadis itu. Dia hairan kerana gadis itu sentiasa menunduk dan memalingkan wajah daripada melihatnya. Harraz terus bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu dewan kuliah. Mujur kelasnya hanya satu sesi sahaja hari ini. Dia merancang hendak melawat uminya di Teratak Kasih. Sudah lama dia tidak ke sana.
Aira menarik nafas lega apabila lelaki itu sudah menginjak keluar dari dewan kuliah. Hatinya perlahan-lahan surut daripada rasa gementar. Dia sendiri tidak faham mengapa dia terlalu segan untuk bersua muka dengan lelaki itu.
"Fuh, nasib baik. Kenapa aku boleh tak perasan sepanjang satu sem ni aku satu kuliah dengan mamat tu. Eh! Aku dah lambat nak jumpa Hana, "Aira meluah rasa lega sambil matanya melihat jam di tangannya. Dia terus bergegas ingin berjumpa dengan Hana. Dia harus menceritakan apa yang dialaminya hari ini kepada Hana.

ANDA SEDANG MEMBACA
Shadows of His White Lies
RomancePertemuan demi pertemuan tanpa disengajakan terjadi. Namun dua hati masih tidak menyedari bahawa takdir bersama sedang menyapa. Saat takdir mula menyatukan , tak terduga itu pengakhirannya. Aira Amanda belum tahu mengenal cinta. Lantas menafikan...