"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung.
"Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya.
Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba.
"Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya.
"Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya.
Dengan bantuan sepupunya, mereka berdua masuk ke bilik untuk mendapat lebih privasi. Dengan sepupunya memegang telefon ke telinganya, Darleena menyapa.
"Ye ada apa Izz?" Suaranya bergetar sedikit. Dia rasa tidak sedap hati.
"Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya.
"Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz.
"Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi.
"Kita batalkan perkahwinan ni?" Terdiam Darleena dengan cadangan mengarut Izz. Tapi, sekarang ini cuma satu di fikirannya.
"Kenapa?"
"Rose dah balik."
Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran.
"Leen, kenapa? Izz cakap apa? Che ngah, cepat! Tengok Leen! Leen, apa Izz cakap Leen? Hello? Izz?" Apabila gagang diletakkan kembali ke telinga, talian sebelah sana sudah dimatikan. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya.
"Hai, saya Darleena Awani. Awak?" Dia memberanikan diri menegur lelaki yang mendiamkan diri sejak mula-mula sampai lagi. Entah kenapa hatinya terpaut kepada lelaki pendiam itu.
Dari masa lelaki itu sampai bersama ayah dan emaknya, matanya sudah mengekori jejak lelaki itu. Bercakapnya sepatah dua kata saja. Kebanyakan orang yang duduk dengannya akan bertahan sekejap saja sebelum mereka mencari teman berborak yang lain.
Oleh kerana ini majlisnya, dan lelaki itu tetamu di sini, dia wajar menegur si dia. Tapi, nampaknya sapaannya dibalas angin lalu.
"Sombongnya! Ke awak memang pendiam macam ni?" Bunyi pertama yang keluar dari mulut lelaki itu adalah...
"Hish, jangan kacau boleh tak? Tak nampak ke yang aku tak nak cakap dengan kau." Darleena terdiam. Sepanjang umur 15 tahun dia, tak pernah ada orang sekasar itu dengannya.
Tapi, siapa tak kenal Darleena Awani. A positive girl. Orang badmood, macam laki ni, boleh good mood bila berbual dengan dia.
"Oh, Izz. Dah kenal-kenal dengan Leena?" Datang sepasang suami isteri mendekati mereka. Tahulah Darleena, mereka berdua kenalan papa dan mamanya.
"Pape jelah. Bila nak balik ni? Rasa macam setahun duduk majlis bosan macam ni."
"Izz Eiman!! Behave!" Ayahnya meninggikan suara, memberi amaran kepada lelaki yang mendapat perhatian dia. Izz Eiman? Wow, nama dia. Izz berlalu ke tempat lain setelah dimarahi ayahnya.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...