Bab 23

12.6K 391 8
                                    

Dia merasa teruk. Teruk kerana mengingat tentang Izz dan juga teruk kerana melukakan hati Fizz walaupun tanpa niat. Dia mengeluh panjang. Mesti ke hidup dia sentiasa berfikir tentang dua beradik ni?

"Tu Wawa dah sampai. Dia cuti ke tetiba je kata nak tidur sini hujung minggu ni?" Lamunannya terhenti dan dia melihat kereta Wawa yang masuk ke perkarangan rumah. Tak lama selepas itu, muncul wajah ceria Wawa bersalam dengan mama dan datang mendekatinya.

"Haiii." Termenung dia melihat Wawa.

"Hai. Kau kenapa tiba-tiba datang jauh-jauh nak datang rumah aku ni? Biasanya sebulan sekali pun susah, jauh nak datang la, bizi la." Wawa ketawa mendengar dia membebel.

"Makngah, Wawa datang minggu ni sebab ada misi penting."

"Misi penting?" Darleena dan mamanya serentak bertanya.

"Ya, misi penting! Misi cinta!" Mukanya kelihatan bersemangat. Darleena serta-merta teringat akan luahan Wawa hari itu di telefonnya yang dia akan memberitahu Fizz tentang perasaannya.

"Bunyi macam masalah. Takpelah, makngah tak nak masuk campur. Korang berdua buat lah apa yang patut. Ni, darling, mama nak ke rumah mak idah kat depan sekejap. Dia ada kata dia ada beli barang baru dekat CJ Wow Shop yang dia nak tunjuk kat mama."

Darleena dan Wawa memuncung. Tak habis-habis dengan cj wow shop dia. Tu pasal la rumah jiran dia tu dipenuhi dengan barang-barang yang tak diguna. Cuma buat perhiasan untuk tetamu tengok bila datang. Harap la mama tak macam tu jugak.

"Okeh, kau whatsap Fizz, setkan date untuk aku." Kata Wawa sebaik saja mama keluar.

"Ehhh! Kenapa aku pulak? Yang nak confess kau, apa pasal aku pulak yang kena bagitahu dia?" Ni lah masalah perempuan yang kurang digemari Darleena. Suka heret orang masuk masalah dia.

"Aku mana ada nombor Fizz cik kak oi, kau je yang ada." Darleena menggaru-garu kepalanya. Betul jugak, tapi masalahnya sejak pada hari tu, dah seminggu lebih diorang tak berhubung.

"Please babe, demi kebahagiaan masa depan sepupu kau ni. Please, please!" Darleena mengalah, dia mengambil telefon dan mula menaip.

"Eh tunggu tunggu tunggu!" Terkejut Darleena apabila disergah Wawa tiba-tiba.

"Kau taip kat dia, kau yang nak jumpa dia, bukan aku." Berkerut lagi muka Darleena.

"Why? Kalau boleh aku tanya?" Dengan sengihan jahat, Wawa berkata.

"Sebab dengan kau je Fizz akan on terus kalau cakap nak jumpa. Kalau kau cakap aku, takdenya dia setuju. Eh eh eh, please eh!"

Aish, ni dah mengguna namanya. Kalau cakap aku yang nak jumpa, tapi tup-tup Wawa yang muncul, lagi teruk hubungan aku dengan Fizz.

"No, nanti apa kata Fizz. Cakap lain, yang datang lain." Kali ini muka kasihan ditunjukkan Wawa.

"Ling, please ling. Tolong aku! Kau tak nak tengok aku bahagia dengan Fizz ke? Fizz kan salah sorang penting dalam hidup kau, aku pun orang penting kau jugak. Tak nak ke kau tengok orang penting kau bahagia?"

Setelah berbolak-balik memikirkan baik dan buruknya, Darleena akhirnya bersetuju. Lagipun, dia sudah malas mahu masuk campur pasal adik-beradik Eiman ini. Dua-dua selalu membuat dia sakit kepala.

"Dah, aku dah mesej dia. Esok, cafe kat bandar tepi library. Kali ni je aku tolong kau. Lepas ni, tak nak lagi macam ni." Wawa melompat kegembiraan. Pipi Darleena dikapit dan diciumnya berulang kali.

"Eeu, eeu, euu, yekkk! Jangan la cium, geli la!" Wawa cuma ketawa melihat muka Darleena yang jijik dengan perangai peliknya.

"Thanks ling. Kau la adik beradik aku dunia akhirat." Tapi, Darleena termenung.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now