Bab 25

12.3K 419 15
                                    

Izz mengenang kembali ketika dia dan Rose berjumpa semula setelah 9 tahun berpisah. Dan perjumpaan mereka di funfair, beberapa bulan setelah dia dan Darleena bertunang.

"Izz?"

"Rose?"

Mereka berdua jelas terkejut setelah berjumpa semula. Tapi, mereka berdua bijak menutup rasa terkejut dengan keduanya tersenyum. Dia melihat Rose yang semakin cantik, dan masih awet muda seperti dulu. Tak berubah sejak dari zaman sekolah.

"Em, hai." Rose memula perbualan apabila lama mereka menatap diri masing-masing.

"Hai. Ar, sori baju." Rose mengeleng membiarkan.

"You datang sorang ke?"  Izz menyambung kembali.

"Em, saja nak seronok sorang-sorang. You?" Mereka berdua tergelak kecil apabila menyedari mereka tidak tahu hendak bercakap apa. Perjumpaan yang telah sekian lama membuatkan mereka berasa janggal untuk berbual seperti dulu. Dan ketika itu, entah kenapa ada satu rasa yang lain di dalam hati Izz.

" I.... Datang dengan... kawan-kawan." Selepas itu mereka berdua terdiam lagi sekali dengan senyum mekar di bibir masing-masing.

Perbualan mereka terganggu apabila kehadiran mereka berdua di situ menganggu orang yang keluar masuk ke tandas.

"Em, kita duduk sana kejap. Jom, dah lama tak jumpa I ada banyak soalan nak tanya you." Izz mengangguk dan mengikut Rose ke tempat yang lebih lapang.

"You apa khabar?" Izz bertanya apabila mereka mula berhenti.

"Baik. Sihat walafiat. I nak tanya you, tapi nampak you memang sihat je. Kan?" Izz mengangguk.

"Izz, I nak mintak maaf. Kalau relationship kita masa sekolah dulu tak berakhir dengan baik. I memang dah lama sangat nak cari you nak mintak maaf."

"Benda dah berlalu, lupa je lah. Lagipun, masa sekolah takde siapa yang serius couple-couple ni. So chill-chill je. Tapi, I pun nak ucapkan terima kasih pada you jugak. Kalau you tak buat macam tu, I tak tahu future I macam mana." Kelihatan Rose lega mendengar pengakuan Izz.

"So sekarang, you dah kerja? Ke study lagi?"

"Dah, di pejabat tanah. You? I dengar-dengar dulu lepas habis sekolah, family you pindah jauh. Tapi sekarang?"

"Oh yeah. Aah, memang family I pindah. Sekarang, I balik sini balik, rumah nenek I. I kerja kat sini sekarang, so alang-alang tu, I stay sini, jaga nenek I sekali." Mereka berdua mengangguk.

"Em, I rasa elok you balik sekarang. Comot kat baju tu nampak dah makin meluas tu. I'm sorry again."  Rose mengeleng perlahan.

"No, salah I jugak. Jalan tak tengok orang."

"Aah, sama macam sekolah dulu. Kalau dah jalan tu, straight je. Orang sebelah pun tak pandang." Mereka berdua ketawa apabila memori dulu bermain di fikiran.

"Alang-alang you kat sini, you tak kisah kan, I dapatkan nombor you? Kita boleh hang up sama-sama? Kenang memori dulu-dulu?" Rose memberanikan diri meminta nombor Izz dan lelaki itu bersetuju tanpa banyak soal. Tapi, tidak sempat dia menyebut nombor, telefonnya berdering.

" Sekejap ye." Rose mengangguk, memberi ruang Izz menjawab panggilannya.

" Ya? "

" Sayang, dah busted. Fizz dengan Wawa dah jumpa saya. By the way, awak kat mana ni? Lamanya pergi tandas? Apasal? Sembelit eh? Hahahaha." Ketawa Darleena dibalasnya tapi hambar. Mata Izz sekejap-sekejap ke Rose yang melihat dia.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now