Bab 21

14.1K 479 7
                                    

Hari ini dia berjalan lagi di mall, menghabiskan sisa masanya di sana. Window shopping... Sambil memikir nasibnya yang sudah tidak boleh bersama Izz.

"Hai cik adik manis. Buat apa tu?" Dia mengeluh geram. Kenapa ada saja orang mengacaunya ketika dia ingin bersendiri? Dengan muka tidak senang dia berpaling, tapi reaksinya bertukar.

"Fizz! Buat apa kat sini?" Fizz ketawa melihatnya. Dia tahu Darleena berasa tidak suka dengan gangguan itu tapi hilang cuma kerana dia yang menegur.

"Awak tu buat apa kat sini? Amboi, amboi, cuci mata nampak. Sorang ke?" Darleena tersengih.

"Eh, taklah, satu kampung ni. Tak nampak ramai-ramai ni, semua sekampung datang sekali." Mereka berdua memberi sengihan mengejek.

"HA HA. So funny!"

"HA HA, funny kan? Dah tahu buat apa tanya? Fizz pun sorang ke?" Dan ketika Fizz hendak menjawab...

"Papa!!" Datang sepasang kembar lelaki dan perempuan datang dari belakang dan memeluk kaki Fizz.

Terbeliak mata Darleena melihat kedua-dua kanak-kanak yang hampir berusia 5 tahun itu.

"Papa?" Dia melihat kedua-duanya yang juga hampir seiras Fizz.

"Diorang...."

"Papa, nak tu, nak tu." Si kembar lelaki menunjuk sesuatu ke arah kedai mainan berdekatan.

"No, papa, Fira nak tu, tapi Firash tak kasi. Papaaa." Kedua kanak-kanak itu merengek di kaki Fizz.

"Ye ye sayang-sayang papa. Mama mana?" Terangkat kening Darleena apabila ada mama di antara mereka bertiga.

"Mama pergi tandas. Mama suruh Fira dengan Firash mintak dengan papa. Papa, jom la, jom la."

"Emm, Fizz? Explaination please?" Serba-salah Fizz dengan dua-dua merengek di kakinya.

"Kejap ye darling. Firash, Fira salam auntie dulu." Mereka berdua berhenti merengek seketika dan memandang Darleena. Dan kedua-duanya menyombongkan diri mereka enggan menyentuh Darleena. Darleena di situ berasa tercabar.

"Ooh, sekarang baru darling tahu mana Fizz bersembunyi lama tak balik rumah. Rupanya dah kawin. Ada anak kembar pulak tu. Mama papa tahu tak ni?" Entah kenapa lidah Fizz kelu di situ.

"Mama dengan papa tak tahu yang diorang sebenarnya ada cucu? Dua orang pulak tu? Fizz!!" Darleena mengeleng perlahan.

"Papaaaa, cepat la. Jom la papaaa." Firash kini mula menarik tangan kiri Fizz. Dan Fira menarik tangan kanan Fizz.

"Ye kejap-kejap. Ya Allah, budak berdua ni! Ling, Fizz boleh explain." Sekali lagi Darleena mengeleng perlahan.

"Takpe, tak payah. Darling takkan bagitahu mama dengan papa Fizz. Fizz kena beritahu diorang sendiri. Sekarang, anak - anak lagi penting. Pergi je la. Kita..... jumpa lain kali... kut." Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan Fizz bersama dua kanak-kanak tadi.

"Ya Allah, Wawa. Fizz dah anak! Kesiannya sepupu aku, kalau dia tahu mesti dia heartbroken gila ni!!" Omelnya perlahan.






"Hello wawa!" Terus malam itu dia menelefon wawa.

"Hemh? Apa? Aku baru nak rancang tidur awal malam ni. Esok tempat kerja aku ada buat field trip ni."

"Berita tergempar, berita tergempar! Pasal Fizz ni. Kau tak nak dengar ke?" Darleena dapat mendengar bunyi yang Wawa bergegas bangun.

"Apa, apa apa?" Darleena mengeleng beberapa kali. Dia ni, tak boleh dengar pasal Fizz langsung. Beria benar.

"Tadi aku jumpa Fizz dekat mall. Err, terjumpa, bukan dah janji nak jumpa okay." Cepat-cepat dia membetulkan kenyataan itu bimbang salah faham terjadi.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now