Sebulan berlalu dan mereka masih tidak bercakap antara satu sama lain. Darleena merindui semua yang pernah rapat dengannya. Tapi masing-masing menjauhkan diri daripadanya. Memikirkan Wawa, mungkin ini memang salahnya. Kalau dia berkeras tidak mahu memesej Fizz, semua ini takkan pernah berlaku.
"Christine, you boleh wakil company kita tak untuk meeting di Perak?" Dia kembali ke realiti, mesyuarat.
"Pasal tu boss, saya baru nak tarik diri. Minggu mesyuarat tu saya ada hal emergency." Faiz mengeluh kecil, cuba mencari jalan penyelesaian.
"Lepas tu macam mana ni? You yang pakar pasal hal ni kan?" Darleena tiba-tiba mengangkat tangan membuatkan semua mata memandang dia.
"Biar saya yang wakil ke sana boss."
"No need. Kerja kat sini pun belum selesai lagi."
"Semua benda yang saya perlu buat saya dah siapkan. Tunggu boss mintak je." Dia cuba bekeras.
"Orang lain?" Semuanya sepakat senyap lebih-lebih lagi melihat muka Darleena yang masam mencuka.
"Takkan takde yang boleh jadi wakil?"
"Boss, saya susun balik jadual saya boleh? Biar saya cuba supaya dapat pergi." Christine menjawab dengan lemah.
"Tak apa Chris. Leen ada, biar Leen je yang pergi." Faiz menutup failnya dengan kuat membuatkan semua orang terperanjat.
"Meeting kita habis kat sini. Siapa yang kena pergi saya akan inform balik nanti. Boleh bersurai. Darleena tunggu sekejap." Darleena dengan muka yang tidak berpuas hati keras di tempatnya.
"Darling, tak payah pergi la please." Darleena berpaling dengan wajah yang masam mencuka.
"Kenapa tak boleh? Tak layak? Tak reti? Semua tu boleh belajar. Apa yang susahnya?" Suaranya yang agak tinggi sedikit membuatkan Faiz mengeluh.
"Ni sebabnya. Sebabnya kau over emotional dua tiga hari ni. Tak kena cara, kut-kut"
"Emotional la kalau dalam keadaan macam ni. Tapi, kalau libatkan kerja, I'm professional. Macam tak tahu perangai aku macam mana." Faiz mengeluh lagi.
"Cuba bagitahu aku, apa masalah kau. Dua tiga minggu ni asyok moody je. Aku ajak keluar pun kau tak nak." Darleena berpeluk tubuh.
"I thought kita nak bincang pasal siapa yang akan wakil ke meeting tu, bukan pasal apa masalah aku." Faiz memikir ayat yang sesuai untuk dicakap.
"Apa salahnya, kita bff kan? Semua masalah aku, kau tahu. Masalah kau, tak nak la kau pendam sorang-sorang. Ye darling?" Cair sedikit rasa amarah yang tadi marak di dalam hatinya apabila Faiz melayannya seperti itu.
"I'm sorry Faiz. Aku pun tak tahu dah kenapa aku macam ni. Stress kerja kut. Sorry sebab dah lama tak spend tima masa sama-sama."Dia meraup mukanya yang tampak letih.
"Aku bagi orang lain pergi kay. Kau macam tak cukup rehat." Darleena mengeleng.
"Aku nak pergi. Please. Please." Setelah dua tiga kali fikir, Faiz akhirnya membenarkan.
"Dengan syarat, aku kena pergi." Darleena yang tadi gembira murung kembali.
"Kenapa kau nak pergi? Tak percaya dengan kebolehan aku ke? Faiz, ni bukan first time aku pergi, dah berapa kali dah." Yang banyak kali tu pun bapak susah Faiz nak luluskan dia pergi. Macam-macam alasan Faiz bagi tak nak aku pergi. Omelnya di dalam hati.
"Sebab kau tu perempuan. Meeting tu walaupun kat Perak, sehari je. Takkan nak drive sorang-sorang. So aku ikut la." Darleena merancang sesuatu. Dia baru sahaja hendak berseronok sorang-sorang, drive sambil pasang lagu kuat-kuat. Kalau Faiz ada, takde maknanya semua tu jadi.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Storie d'amore"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...