Mungkin ada yang tak suka, yg komen Darleena ni kenapa duk kejar-kejar laki yang tak minat dia, muka tembok n sebagainya. Tapi, korang kena faham, cerita ni bertemakan perigi cari timba. Yang mana Darleena tak putus asa kejar cinta hati dia. Btw, orang macam ni memang ada tau, so chill2 je kay. 😉😉😉
"Abang mana ma?" Tanya Izz sebaik saja keluar dari bilik tidurnya.
"Keluar." Izz terus memikir benda yang tidak elok baginya. Fizz keluar dengan Leena ke? Diorang pergi mana?
"Abang tak bagitahu ke dia pergi mana?" Nia melihat anak bongsunya.
"Kenapa? Kenapa mencari sangat abang kamu hari ni?" Izz mengeleng dan duduk di sofa melihat pagar rumahnya. Tidak lama kemudian, abangnya kelihatan sudah balik dan memarkir kereta di bawah garaj. Sebaik saja Fizz masuk, soal jawab terus bermula.
"Pergi mana awal ni bang?" Fizz berhenti seketika dan melihatnya.
"Kenapa sibuk? Selama ni pergi mana-mana tak pernah ada orang tanya pun." Izz mendiamkan dirinya.
"Aku keluar la dengan somebody." Tanpa menerangkan dengan lebih lanjut, dia bergerak ke biliknya.
Izz melihat sehingga bayang Fizz selamat masuk dan menutup pintu biliknya. Dek kerana curiga yang menebal, dia menceroboh kereta Fizz dan mencari bukti jika ada.
Hampir saja dia menyerah jika dia tidak melihat sepasang kasut sukan, yang pastinya milik perempuan. Dia mengambil dan menilik kasut itu dan terkejut.
"Kasut ni!"
Satu masa ketika diorang happy....
"Awak, tengok tu! Sneakers couple. Cantiknya, jom beli jom beli jom beli!!" Izz memasamkan mukanya dan mengeleng. Tiba di suatu simpang, Darleena berhenti. Izz yang sudah di depan berpaling ke belakang melihat Darleena tiada di sisinya.
"Kenapa berhenti? Jom la, lapar ni!" Darleena berpeluk tubuh berjalan menghampiri lalu melepasinya.
"Darleena!"
"Awak cakap betul-betul. Awak ikhlas ke nak date dengan saya hari ni? Ke awak ada janji dengan siapa-siapa nak keluar hari ni?" Izz pelik, apa pulak ni?
"Kenapa pulak ni?"
"Saya nak beli tu, awak tak nak, nak beli ni awak tak nak. Malu ke nak pakai something sama dengan saya? Kalau malu cakap je la. Jangan masam ngeleng je. Saya rasa macam syok sendiri tau!" Izz cuba mendekat tapi Darleena ke belakang.
"Dah la saya nak balik. Jangan ikut saya, saya balik dengan orang lain je." Izz melepaskan nafas berat melihat Darleena yang kini sudah di depan.
"Haih, pompuan ni! Susah betul la!" Dia berpaling ke belakang dan masuk ke kedai tadi. Beberapa minit kemudian, dia keluar kembali. Izz sekali lagi mendail tapi tidak diangkat. Cubaan kali kedua, akhirnya berjawab.
"Kat mana?"
"Kat rumah!!"
Dia mendengar suara-suara di belakang yang agak bising. Dia juga melihat jam di tangannya dan berfikir baru 30 minit selepas mereka berpisah tadi.
"Hello?" Dia bersuara tapi rupanya Darleena sudah menutup panggilan.
"Ehhhh dia ni! Marah betul ni!!!" Pusing-pusing satu mall, dia mendapat idea di mana Darleena mungkin berada. Dan apabila sampai je kat situ, Izz melepaskan nafas lega apabila melihat Darleena berdiri di situ.
"Apa benda yang dia buat tu?" Setelah memerhati beberapa minit, Darleena berlalu pergi. Izz tahu kenapa Darleena cuma berdiri di depan peti aiskrim baskin robin.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romans"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...