"Hari ni self-study. Cikgu nak kamu semua buat apa-apa study tapi mesti berkaitan subjek kita. Yang penting, dalam library senyap." Kelas Darleena berpecah dan bergerak ke tempat faveret masing-masing. Darleena sudah tentulah ke belakang rak, tempat biasanya.
Tapi hari ini, sekali lagi terhalang. Kerana macam biasa, ada dia di situ. Biasa dengan perempuan, tapi hari ini termenung. Termenungnya diganggu apabila Izz menyedari Darleena berdiri melihatnya.
"Kau buat apa kat sini lagi? Kau ikut aku ke apa?" Darleena menarik nafas, bersabar dengan perangai Izz.
"Kenapa awak kat sini? Bukan ke kelas awak ada cikgu kan tadi? Awak...."
"Apa? Apa? Nampak sangat kau intip aku kan? Siap tengok kelas aku bagai. Kau dah kenapa?" Darleena ternganga.
"Awak...awak ponteng kelas? Kalau cikgu tahu? Kalau uncle auntie tahu? Diorang"
"Hah, dah mula dah ceramah motivasi nerd ni. Aku ponteng kelas ke, ponteng sekolah ke, ada kena mengena dengan kau ke hah? Kau nak repot cikgu, sila lah. Sikit pun aku tak takut." Darleena mengeleng.
"Awak tak nak masuk kelas ke? Saya nak duduk sini." Tiada guna dia bertikam lidah dengan orang seperti ini.
"Nak duduk, duduk je lah. Kau gemuk ke apa sampai satu lorong luas ni kau sorang je boleh duduk?" Perrrgh ayat!! Malas berlama-lama, Darleena akhirnya mengalah. Dan dia duduk tidak jauh dari Izz.
Walaupun mata dan otaknya melihat dan berfikir jawapan soalan di dalam buku, tapi perhatian Darleena tetap lebih kepada Izz.
"Kau nak belajar ke kau nak tengok aku?" Cepat-cepat Darleena menurunkan matanya semula kepada buku. Tapi, dah tertangkap, baik dia cakap je.
"Awak nasihat orang, diri sendiri tu tak nak belajar ke?" Jelingan maut jawapan ayat Darleena sebentar tadi. Dia kembali fokus kepada buku di lantai. Izz pula dilihatnya kembali termenung.
"Aduh, susah betul soalan ni." Sekejap-sekejap dia menggaru kepala yang ditutup tudung. Nak tanya senior depan mata ni, haram nak jawab. Cakap sikit pun asyik nak marah jer. Dia meninggalkan soalan itu dan menjawab yang lain.
Setelah habis semua soalannya, mata dia kembali tertumpu kepada soalan yang susah tadi. Hendak bertanya cikgu, punggungnya pulak malas nak diangkat.
"Kau kena belacan ke apa? Garu sana, garu sini. Ganggu orang je lah." Keluar suara dingin Izz setelah lama berdiam diri.
"Tak, soalan ni susah." Izz menjeling bukunya seketika.
"Bak sini aku tengok." Darleena membulat memandang Izz. Boleh percaya ke dia ni? Kelas pun tak masuk.
"Bak sini la aku kata." Dengan cepat dia menyerah buku latihannya kepada Izz. Tidak mahu banyak kali dimarahi.
"Jawapan dia x=-12." Sekali lagi Darleena membulat. Betul ke dia ni? Kalkulator tak guna, cakap pun lepas seminit tengok soalan, boleh percaya ke?
"Kau tak percaya sudah la. Aku cakap bukan kau nak percaya." Darleena melihat buku dan kemudian Izz.
"Tapi, awak tak guna kalkulator pun. Takkan sekali pandang boleh tahu jawapan. Entah betul ke tak jawapan tu." Naik angin Izz dibuatnya.
"Eh kau tak nak percaya tu hal kau. Kau ingat aku guna kalkulator macam kau ke, budak nerd? Kau tak percaya, pergi la tanya cikgu. Apalagi, blah la! Bukan nak terima kasih orang tolong dia." Dengan rasa malas, Darleena bangun dan menghampiri cikgunya. Selang beberapa minit, dia datang kembali dengan muka masam.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romansa"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...