Sorry sorry sorry, kelmarin lupa nak update. Ok la, enjoy la baca bab ni. Jangan lupa komen dgn vote. I looikke baca komen2 korang. 😊😊
"No way!" Naz berpaling melihatnya sebaik sahaja ayat itu keluar dari mulutnya.
"Apa dia?" Darleena tersengih cemas.
"Azmi dengan Wawa dah balik. Em, Wawa tak berapa sihat, so diorang keluar awal, sebelum movie tu habis."
"Okay, so?" Darleena tersenyum pahit.
"Saya datang dengan Wawa. And Wawa dah balik. So saya takde.. Ha kejap. Isokay isokay. Saya ada idea." Naz ketawa melihat Darleena yang masih kalut.
"Takpe, meh saya hantar awak. Kalau sepupu awak tahu saya biar awak balik sendiri, dia buru saya sampai lubang cacing nanti. Apalah awak ni. Saya hantar, jangan risau." Darleena bernafas lega dan segera mengucap terima kasih.
"Darleena." Mereka berdua berpaling melihat pemanggil nama itu.
"Oh.. Fizz." Tiada keterujaan yang selalu ada bila dia berjumpa dengan Fizz.
"Em, siapa ni?" Naz bertanya dari sisinya. Tak sempat dia menjawab Fizz mencelah.
"No, kau tu siapa?" Suara Fizz kedengaran biadap di telinganya.
"Naz, ni... Anak kawan mama saya, Fizz. Ni Naz." Malas-malas saja dia memperkenalkan mereka berdua. Fizz berpeluk tubuh mendengarnya.
"Okay, takde pape lagi kan? Jom la kita balik." Baru saja dia hendak mengangguk setuju, seorang perempuan datang berdiri di sebelah Fizz. Perempuan ni.... Fikirannya kembali kepada bila kereta dia rosak dua minggu lepas. Maknanya, isteri Fizz la ni?
"Darleena, balik dengan Fizz. Fizz ada hal nak jumpa mama." Naz sepertinya bingung bila Fizz memanggil mama. Darleena pula, melihat ada perempuan itu, tidak mungkin akan mengikut Fizz balik.
"Oh lupa nak kenalkan, Mai, ni Darleena. Leen, ni Mai," Darleena mengangguk-angguk, tidak mahu mendengar apa yang cuba diberitahu Fizz.
"Okay, dah kan? Jom la Naz, kita balik." Naz mengangguk lalu mengikut Darleena yang sudah bergerak.
"Kejap Mai. Darleena!" Fizz menjeling Naz yang masih bingung, melepasi dia dan mengejar langkah Darleena.
"Leen, kejap. Siapa laki tu?" Terhenti langkah Darleena bila Fizz tiba di depannya. Dia ketawa sinis.
"Sorry, tapi kita tak bercakap kan?" Fizz mengeluh kesal.
"Kamon la Darleena"
"No, I'm serious Fizz. Kita dah hampir dua bulan tak bercakap, dan bila cakap balik, Fizz tanya benda ni? What a joke!" Darleena cuma bergerak kembali, tapi sekali lagi dihalang Fizz apabila lelaki itu berdiri di hadapannya. Darleena berpaling ke belakang dan melihat Naz yang bercakap dengan Mai.
"Ok, okay fine. Hai." Sekali lagi ketawa sinis keluar dari mulut Darleena.
"Nice try, tapi dengan hai pun takkan terjawab kenapa merajuk sampai dua bulan." Dia mengundur semula ke belakang dan mendekati Naz.
"Naz? Kita jadi balik tak?" Dia bertanya lembut.
"Ah, jadi jadi. Kalau macam tu Mai, saya balik dulu." Mai tersenyum kepada dia dan Naz. Dia cuma membalas dengan senyum hambar.
"Darleena." Darleena tidak mempedulikan panggilan Fizz ketika mereka melepasi satu sama lain.
"Sorry Naz, pasal tadi." Dia merasa malu bila perkara seperti ini terjadi lebih-lebih lagi baru pertama kali berjumpa.
"Isokay. Macam-macam orang macam-macam cerita diorang ada kan?" Dia senyum dan mengangguk. Dia bersyukur Naz sangat-sangat memahami.
Dalam perjalanan, dia dan Naz berbual panjang dan mereka menjadi kawan. Dan tidak lupa mesej panjang yang marah kepada Wawa kerana merancang semua ini.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...