Bab 10

17.4K 465 3
                                    

Selamat tahun baru korang! Sebab hari ni hari first dalam 2019, sis update dua bab terus. Btw, ada watak baru... Yg kaki drama mcm korang mesti suka. Vote and komen ye 😁😁😁😁

"Macam mana last day sekolah?" Pertanyaan mamanya dibiarkan sepi. Nani memandang Darleena yang seperti termenung.

"Mama tak nak jenguk auntie Nia ke?" Kemudian, dia menutup mulut rapat. Aduh, masak dia. Benda yang niat dalam hati je dah terluah tiba-tiba. Tentu mama banyak tanya nanti.

"Kenapa dengan auntie Nia? Dia sakit ke?" Ligat fikiran Darleena berfikir. Yakin dengan diri, dia mengangguk.

"Aah, terserempak dengan anak dia kat sekolah. Anak dia cakap yang auntie Nia tak berapa sihat." Sedaya upaya Darleena meyakinkan mamanya.

"Oooh, okay." Darleena tersenyum gembira.

"So, kita pergi la ni mama?" Nani berpaling sekilas sebelum melihat jalan semula.

"Kenapa anak auntie Nia nak beritahu Leena pulak yang mama dia sakit? Melainkan korang dah kenal rapat. " Kelu Darleena. Tidak menyangka itu yang akan ditanya mamanya.

"Hem, takpelah ma, Leena lupa yang hari ni Leena ada rancangan tv nak kena record. Kita balik je lah." Dia berkata perlahan, cuba menyembunyikan rajuknya.

"Eh, kita nak pergi mana ni ma?" Tanya Darleena apabila mamanya mengambil arah berlainan dari biasanya. Nani tersenyum dengan pertanyaan Darleena.

"Pergi rumah auntie Nia la. Mama nmtak nak la nanti, ada orang tu kata nak rekod program kat tv, tapi balik nanti, terperap je dalam bilik." Darleena menggigit bibir, menahan senyum. Mama sentiasa memahaminya.

"Eh, akak, Leena, tak bagitahu nak datang!" Riak wajah terkejut jelas di muka auntie Nia. Mama cuma tersenyum dan menarik tangan auntie Nia mendekatinya.

"Saja nak datang. Senyap je rumah? Nia sorang ke?" Auntie Nia tersenyum hambar.

"Taklah, Izz pun ada je kat rumah. Terperuk dalam bilik game. Eh akak datang tiba-tiba ni ada apa-apa ke?" Darleena mendiamkan diri mendengar perbualan dua wanita itu. Diamnya juga kerana memikirkan apa yang patut dikatanya bila berjumpa Izz nanti.

"Saja je singgah. Lagipun, akak pun dah lama tak singgah sini. Ha, satu lagi dah banyak dah pokok yang Nia cakap, nak tengok la jugak alang-alang datang ni." Auntie Nia mengangguk sebelum melihat Darleena yang melilau ke rumahnya.

"Kejap ye kak. Izz! Oo Izz! Izz tu kalau main game, satu apa tak dengar. Takpe Leena ye, biar auntie panggilkan Izz kejap. Bilik game dekat tingkat atas." Mahu saja auntie Nia hendak bergerak, mama menariknya kembali.

"Akak tak boleh lama ni Nia, Leena tunggu sini jelah ye. Tak perlu auntie Nia ni susah panggil Izz. Ye?" Lambat-lambat Darleena mengangguk. Dia melihat mamanya dan auntie Nia menuju ke kebun. Kemudian, dia memandang tangga di depannya.

Nak naik ke tak, nak naik ke tak? Kalau naik, belum tentu tahu mana satu bilik game. Tak naik, sia-sia la aku datang sini. Baik aku balik je tadi. Sedang dia berkira-kira.

"Kau buat apa kat sini?" Hampir terloncat dia apabila tiba-tiba suara kedengaran dari arah dapur. Muncul Izz dengan segelas air memerhati dia dengan muka masam. Tergagap-gagap dia mencari alasan.

"Mama datang sini sebab nak tengok kebun." Izz tidak membalas apa-apa dan mula naik ke biliknya.

"Izz! Kejap!" Izz berpaling semula melihatnya.

"Saya dengar pasal.... Awak dengan.... Rose." Kedengaran sungutan keluar dari mulut Izz.

"Lepas tu? Kau nak ketawakan aku ke? Kau nak cakap kau memang dah tahu benda ni akan jadi?" Cepat Darleena mengeleng. Tanpa dia sedari, kakinya melangkah ke tangga, mendekati Izz yang masih lagi memandangnya.

"Sorry, saya tak tahu akan jadi macam ni." Izz berpeluk tubuh.

"Kenapa kau nak mintak maaf pulak? Bukan kau yang break dengan aku." Tersengih Darleena, betul juga apa yang dikata Izz.

"Tak baik dia buat macam tu, mainkan perasaan orang"

"Tak payah nak sibuk macam kau tahu sangat perasaan dia. Aku yakin, dia buat macam tu ada sebab. Kau tu apa yang ada? Couple pun tak pernah." Darleena mengetap bibirnya. Hendak disangkal, itu memang betul.

Darleena perasan Izz naik setingkat anak tangga, dan dia ikut sama. Izz berhenti melangkah bila perasan Darleena mengikutnya.

"Kau nak pergi mana pulak ni?" Darleena melihat Izz di hadapannya bercekak pinggang.

"Saya akan ikut awak. Saya nak pastikan awak tak buat benda bukan-bukan." Izz mengeluh.

"Kau, aku cakap kau lembap kau tak mengaku. Apa? Benda bukan-bukan? Aku ada banyak benda lagi la nak settle dari buat benda bukan-bukan kau tu. Mengarut je pandai." Darleena tidak menghiraukan kata-kata Izz, dia turut mengikut langkah Izz sehinggalah ke tingkat dua. Izz ketawa dalam keadaan geram.

"Aku tak kisah kau nak ikut aku masuk bilik sekalipun, tapi aku yakin mama kau tak suka aku buat perangai macam ni dengan kau. Kau paham kan?" Membutang mata Darleena, pipinya juga merah.

"Ni bukan hal kau, aku nak buat apa-apa pun. Dia reject aku, dia tak cintakan aku? Fine, aku akan tetap stay dengan dia, merayu kalau dia nak, aku takkan pernah break dengan dia. Alah, perempuan merajuk. Sekejap je tu. Apa hal?" Darleena ternganga.

"Awak tak dengar ke apa orang cakap pasal Rose!? Dia"

"Kau sambung ayat tu, cakap buruk-buruk pasal dia, aku heret kau keluar dari sini. Tak kisah la kau tetamu ke apa ke. Yang kau burukkan tu, girlfriend aku. Aku je yang kenal dia. Kau? Tak. So, lebih baik kau buat hal sendiri."

Baam! Pintu di depannya ditutup kuat membuatkan dia masih lagi tercengang. Tercengang plus marah plus sedih. Sedang dia keras di situ, pintu di sebelah bilik Izz dibuka dari dalam.

Darleena melihat seorang lelaki berbaju tshirt dan berboxer. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum muka Darleena merah dan dia segera menundukkan pandangan.

"Cari siapa ye?" Tanya lelaki itu bila dia juga seperti bersembunyi sedikit di belakang pintu biliknya. Darleena mengeleng dan dia mempercepatkan langkahnya turun semula.

"Sori, saya cari tandas tadi. Sorry." Katanya dengan tidak berpaling ke belakang lagi. Malu gilaaa, Darleena menekup kedua pipinya yang masih berasa hangat.

"Dah jumpa Izz ke?" Auntie Nia menegur apabila dia keluar saja dari rumah. Darleena melihat mereka berdua duduk di meja taman. Darleena mengangguk dan mendekati dua wanita itu.





"Macam mana tadi? Okay?" Tanya Nani apabila melihat Darleena leka menyikat rambut panjangnya di depan tv.

"Ma, berapa orang anak auntie Nia?" Nani berpaling melihat anaknya kemudian, dia seperti cuba mengingat sesuatu.

"Tak silap mama, masa mama kenal dia, Nia dah ada anak sorang. Laki. Rasanya yang tu bukan budak Izz tu. Entah la, sebelum Izz tu ada anak sorang lagi kut. Kenapa darling tanya?" Tahu mamanya mengerling, cepat-cepat Darleena mengeleng.

"Takde pape, cuma hairan je la. Rumah besar takkan Izz sorang je. Mesti rumah diorang senyap." Katanya membuat alasan sendiri. Mamanya mengangkat kedua bahu dan fokus kepada tv.

Darleena mengenang kembali peristiwa tengahari tadi. Tapi, dia tidak dapat mengingat bagaimana rupa lelaki itu kerana terlalu terkejut. Difikirkan Izz anak tunggal.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now