🔥🔥Awas! Storyline yang blh membuatkan hati korang sakit sesakitnya di bawah!! Jgan ckap saya x pesan🔥🔥
"Ling, jom lunch." Darleena melihat Faiz yang berjalan di belakangnya.
"Okay, thank you boss." Kata dia lalu menyambung kembali tugasnya.
"I mean with you. Now!" Terkejut dia apabila Faiz bersuara dari belakang kerusinya.
"Ok boss. I'm coming." Sedang dia mengemas apa yang patut, setiausaha Faiz lalu di belakangnya.
"Bukan ke boss ada lunch meeting ke?"
"Tanya Leen ke?" Dia mengangguk.
"Entah. Dia ajak lunch tu. Abang tak ikut ke lunch meeting?"
"Tak, boss cakap tak payah."
"Oh ok. Kalau ada pape, Leen what's app abang balik kay. Bye, boss dah tunggu tu."
Dan mereka menaiki kereta menuju ke restoran untuk lunch.
"Hei bro." Terdiam Darleena apabila ada Aafi berada di meja yang mereka akan duduki. Dia menarik lengan Faiz dan berbisik dengannya.
"Aku ingat kita dua je? Pesal ada Aafi sekali ni?"
"Uuu, you nak date dengan I ke darling? Sorry kecewakan you, tapi kali ni lunch meeting. Aafi as my client today. So, kau duduk makan, aku belanja."
Mengingatkan peristiwa dua hari lepas, dia jadi agak segan dengan Aafi. Pengakuan berani dia hendak berkawan dengan Aafi agak merisaukan. Risau jika Aafi menganggapnya perempuan tidak malu.
"Waa, korang punya rapat tu sampai bisnes lunch pun darling ikut eh? Padahal dia bukan secretary kau pun." Darleena membalas senyum Aafi walaupun dia tidak tahu samada itu berniat sinis atau tidak.
"Tak boleh tinggal la, kesayangan aku. Lagi-lagi nak jumpa kau, aku mesti la nak kena bawak." Terkejut dengan ayat Faiz, Darleena memijak kaki Faiz membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.
"No, dia tak cakap pun yang dia nak bawak lunch jumpa awak. Ingatkan kami berdua je. Sorry ganggu kerja. Nak saya pindah seat lain ke? In case menganggu?"
"Tak, tak duduk je la. Saya pun senang tengok awak." Terpaku Darleena melihat muka comel Aafi ketika senyum.
"Ling, waitress tanya tu nak makan apa. Tau la syok dengan Aafi, tak payah la tenung lama-lama macam tu." Tersedar dia tertenung Aafi agak lama, terus dia tunduk dengan muka yang merah. Ish, Faiz ni! Dah dua kali dia malukan aku ni. Aafi senyum lagi apabila dia cuba mengintai.
"Aafi, dah usik darling aku! Nak usik sangat, masuk meminang cepat-cepat! Baru boleh jadi darling kau jugak. Menyesal pulak aku bawak kau ni, Aafi first time jadi tak fokus dengan kerja dia." Tersedak air yang diminum Darleena bila mendengar meminang.
"Jangan la lebih-lebih. Tumbuk karang!" Kata Darleena dengan suara perlahan tapi masih didengari Faiz.
Dengan muka yang stress, Fizz berhenti di parking sebuah mall. Dan Darleena tidak perlu bertanya lebih lanjut ke mana dia dibawa Fizz kerana sudah pun diberitahu awal-awal.
"Still nak masam muka macam ni ke? Fizz dah cakap kan, hujung minggu ni Mai nak jumpa. Nak kenal-kenal dengan my future wife."
Darleena ketika ini berasa serabut, sakit hati, nak marah pada seseorang. Tapi dia perlu diam kerana tidak mahu memanjangkan masalah ini.
"Why nak kenal lebih lanjut? Dia bukan sape-sape pun dalam family awak." Seperlahan mungkin dia mencuba mengawal suaranya agar tidak terkeluar seperti dia teriak.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...