"Lambat balik bang?" Izz menegur abangnya yang baru saja masuk. Fiz baru saja balik dari kerja luarnya beberapa jam yang lalu. Itupun dia baru sahaja mengetahuinya selepas saja dia balik dari keluar bersama Rose.
Pada mulanya Fizz tidak menhiraukan Izz. Dia telah berjalan terus melepasi Izz dan masuk ke dapur. Izz terdiam dan menjangka abangnya ke dapur untuk minum air, jadi dia turut mendiamkan diri.
Dia hendak melangkah ke bilik, Fizz datang di belakangnya."Kau tanya aku pergi mana tadi kan? Aku lepak dengan girlfriend aku tadi." Izz mengangguk walaupun dia tidak faham kenapa nada suara Fizz seperti marah.
"Kau tak nak tanya ke siapa?" Izz berpaling semula. Dia mulai bengang. Tidak ada salahnya malam itu, jadi kenapa Fizz sepertinya memarahi dia? Nak bagitahu, bagitahu je la, tak payah la nak suruh dia tanya-tanya pulak!
"Siapa? Siapa girlfriend abang yang beria sangat nak Izz tahu ni?" Fizz mendekati dia seketika.
"Darleena. Mama tak beritahu ke yang Darling dah jadi girlfriend aku sekarang?" Kaku Izz mendengar kata-kata abangnya. Bila saja masa dia hendak menbalas kata-kata abangnya, Fizz sudah pun menutup pintu biliknya.
"Hah, nak kelentong pun agak-agak la abang ni, aku nampak sendiri kut Leena kat mall tadi. Mengarut, tak masuk akal. She still loves me, I am sure about that. Mengarut semua ni. " Dia meyakinkan dirinya lalu turut masuk ke bilik.
"Wawa, kau nape? Tak nak cakap dengan aku ke?" Darleena cuba menarik selimut Wawa, tapi sepupunya menarik kembali.
Wawa yang tidur membelakangkan dia membuatkan dia berasa tidak sedap. Biasanya mereka akan berborak terlebih dahulu sebelum tidur. Tapi tidak malam ini. Pasti kerana tadi, fikir Darleena. Dia berputus asa dan berbaring menghadap siling.
"Sori, tapi sekarang ni aku marah dekat kau. Marah sebab Fizz lagi suka borak dengan kau berbanding aku. Korang rapat, aku jealous. So, daripada aku cakap panjang-panjang, kita gaduh, lebih baik aku diam. Kita borak esok je. "
Darleena mendiamkan diri dan mengeluh kecil. Mungkin ada betulnya apa yang Wawa kata. Dia memang pasti tak nak bergaduh dengan Wawa hanya kerana lelaki.
Selepas itu, fikirannya berlalu kepada Izz, dan Rose. Dan juga zaman belajar mereka di universiti.
Darleena mengeleng sahaja melihat pasangan di depannya ini, Faiz dan Husna. Mereka bergaduh lagi dan kali ini disebabkan Faiz tak nak makan di tempat yang Husna nak makan.
"Malas la layan you ni. Bye, I nak keluar. You spent la masa kat sini, pergi dating dengan buku-buku kat sini!" Kata Husna lalu mengambil handbagnya dan bergegas keluar. Faiz memandang Darleena dengan rasa panik.
"Ling, macam mana ni? Sayang I..." Darleena mengeleng-ngeleng melihat muka Faiz yang keluh kesah.
"Aku tak tau macam mana korang boleh stay lagi walaupun dah gaduh tiap hari macam ni." Faiz sepertinya putus akal, tak tahu hendak melakukan apa.
"Tunggu kat sini buat apa? Pergi la pujuk dia." Cukup-cukup la pergaduhan mereka berdua yang menarik perhatian ramai dalam perpustaan. Faiz segera mengemas beg dan bukunya.
"Darling, kita study sama-sama lain kali kay. Sorry, sorry." Darleena mengangguk dan mengeluh. Seperti biasa, tinggal dia sendiri belajar sorang-sorang. Sedang dia menulis, dia perasan Izz melangkah laju ke sudut.
Dia merenung buku-buku yang bersepah di mejanya. Takde salahnya dia nak main-main kejap. Dengan senyuman, dia bangun meninggalkan barang-barang dan mengikut langkah Izz.
"Izz..." Panggilnya perlahan. Izz kelihatannya duduk di atas lantai sambil meriba laptopnya. Headphone yang dipakai membuatkan dia tidak mendengar suara perlahan Darleena. Darleena pula mengambil peluang itu untuk menatap wajah Izz.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...