"Aafie! Da.. Dah lama ke kat belakang?" Suara Darleena agak gugup kerana sudah tertangkap oleh Aafie.
"Lama jugak la. Sejak awak bangun dari kerusi tadi dan hingga datang ke sini." Darleena menunduk memarahi dirinya kerana tidak berhati-hati. Sekarang, Aafi tahu semua masalahnya dengan Fizz.
"Awak buat apa kat sini? Tak kerja ke?" Muka manisnya dipalsukan bila bercakap dengan Aafie.
"Kerja, tapi sekarang dah masuk masa rehat. Faiz ada call saya tadi cakap awak dah balik. Disebabkan awak susah sangat nak call saya, so saya datang sini cari awak." Tersengih saja Darleena mendengarnya. Macam mana dia nak balas ayat tu?
"Saya masuk kerja dulu." Dia hendak masuk ke dalam, tapi perlu melepasi Aafi terdahulu.
"Alang-alang dah lunch ni, jom lunch sekali." Darleena merasa tidak selesa, dan masih lagi merasa segan kerana isi perbualannya didengari Aafie.
"Saya puasa." Tak teragak-agak, dia melepasi Aafie dan duduk kembali di tempatnya. Dia menutup mukanya dengan kedua tangan. Kenapa la dalam banyak-banyak orang, Aafie yang kena dengar.
"Leen, jom lunch sekali." Kakak di sebelahnya yang baru selesai kerja mengajak.
"Ha kejap kak, Leen kemas-kemas sikit."
"Puasa awak dah batal ke apa?" Terkejut lagi sekali Darleena dibuatnya.
"Aafie! Awak tak balik lagi?" Aafie merenung saja Darleena yang cuba menipu dia.
"Awak tak lunch dengan Faiz ke? Dia kan kawan awak."
"Habis tu, dia bukan kawan awak jugak ke? Dia lagi rapat dengan awak kut dari saya."
"Leen, nak ikut tak?" Sekali lagi kawannya mengajak Darleena, tapi Darleena terpaksa menolak. Perbualan dia dan Aafie nampaknya takkan habis sekejap.
"Okay, saya pergi tapi kalau ada Faiz je." Aafie mengangguk dan berjalan ke bilik Faiz pula. Dan dengan itu mereka bertiga keluar makan tengahari bersama.
Darleena makan secepat yang boleh apabila mereka bertiga sudah duduk.
"Makan elok-elok, pelan-pelan boleh kut. Karang tersedak baru tahu." Darleena tidak mempedulikan teguran Faiz dan meneruskan suapannya.
Sepanjang mereka bertiga duduk bersama, dia langsung tidak bercakap. Dia cuma menunggu makanan sampai, bila sampai makan cepat-cepat, balik office. Tapi, dia perasan yang Aafie tidak makan, tapi melihat dia. Jadi makin cepat dia rasa nak balik office.
"Faiz, pasal Leen ni" Habis la, Darleena terus melakonkan watak perempuan tersedak makanan di hadapan mereka berdua.
"Ha, kan aku dah cakap makan pelan-pelan. Minum air ni." Darleena mengambil air yang diberi Faiz dan menyedutnya. Dia memandang Aafie dua tiga kali dan Aafie juga memandang dia.
Dalam hatinya, dia tidak mahu Aafie memberitahu masalah dia kepada Faiz. Dia seperti boleh mengagak apa yang akan Faiz buat jika dia mengetahui hal ini. Dia juga tidak mahu Faiz menserabutkan fikiran memikirkan masalah dia. Baik dia fikir soal rumah tangga dia.
Terasa lega tekak, dia menyambung makan. Mengeleng Faiz melihatnya.
"Kau lapar sangat ke sampai makan tak henti ni? Nak aku order lagi?" Darleena mengeleng tanpa suara.
"Yang kau ni tak makan kenapa? Makan la, kejap lagi nak balik office." Faiz menegur pula Aafie yang sedari tadi asyik memerhati tindak tanduk Darleena.
"Faiz, pasal"
"Dah!" Mereka berdua berpaling melihat Darleena yang tiba-tiba bersuara.
"Aku dah habis makan." Bingung Faiz melihat Darleena.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...