Dia memerhati Darleena dari jauh. Dia sepertinya lega apabila melihat Darleena bergelak ketawa walaupun tak berapa nak ikhlas. Tapi, fikirannya serabut kembali apabila melihat lelaki itu, yang selalu bersama Darleena dan memanggilnya darling sejak dari zaman uni lagi. Faiz!
Di hari pertama dia mula menerima Darleena menjadi girlfriend nya......
"Izz, tengok tu. Stalker kau panggil la." Izz tidak suka Darleena dipanggil stalker. Sebentar sahaja lagi, dia akan memberitahu kawan-kawannya yang mereka kini pasangan kekasih. Dia berpaling melihat arah yang ditunjukkan.
Darleena dengan wajah ceria melambai dan memanggil namanya. Dia ingin sekurangnya senyum tapi tidak jadi, apabila di belakang Darleena, lelaki yang selalu dengannya, melangkah setapak lebih dekat kepada Darleena.
Dia boleh melihat yang lelaki itu cuba mendekati Darleena dalam diam, tetapi muka lelaki itu memberi jelingan kepadanya. Serentak dengan itu, muka masam yang dibalasnya.
"Lambai la balik Izz, kesian kat peminat kau tu, lambai orang tak layan." Mereka mentertawakan Darleena.
"Malas la aku. Ei, dah la. Jom blah. Buang masa je duduk sini." Mereka beredar dari situ. Dalam fikiran Izz ketika itu adalah, siap la kau! Kata nakkan aku, tapi rapat lagi dengan laki tu. Dari dulu lagi dia meragui hubungan Darleena dengan lelaki itu.
Dan kemudian, mereka berjumpa, dan itu berlaku.....
"Makan, ling, makan. Kau tu lambat makan, mula la sakit perut, pening-pening ha, lepas tu pengsan. Haaa." Mengeleng Darleena mendengar Faiz membebel.
"Ye ye ye, tahu la sayang. I tahu you sayang I, tapi tak perlu la membebel macam mak-mak orang. Aku makan la ni." Faiz merenung Darleena di depannya ini.
"Aku cuma tak nak kau pengsan macam dulu. Ingat tak masa"
"Aku ingat, aku ingat. Tak payah nak ulang-ulang la. Bawak semak je benda tu." Dia ingin kembali ke ketika itu tapi terbatal apabila Faiz mula membebel lagi.
"Ling, aku tak menyesal cuba pisahkan kau dengan dia dulu. Sekarang..."
"Tak, sekarang ni, kau nak aku makan ke tak sebenarnya?"
"Nak la. Aku tak sanggup tengok darling intan payung aku ni pengsan lagi." Dengan muka tidak percaya, dia menyuap makanan perlahan-lahan.
Tiba-tiba dia terperasan satu kereta yang cukup dikenalinya. Yang selalu dinaikinya satu ketika dulu. Dan orang di dalam kereta itu juga sangat-sangat dikenali. Mereka saling bertentangan.
"Dia buat apa pulak kat sini?" Darleena berpaling kepada Faiz yang juga melihat ke arah kereta tadi. Faiz tiba-tiba beralih duduk ke sebelahnya dan menyandarkan tangannya ke kerusi Darleena dengan sengaja.
"Faiz!" Dia tahu apa yang cuba dibuat Faiz ketika ini.
"What? Biarla dia tengok. Elok la, dia pun asyik tak percaya tentang hubungan kita kan? Asyik nak kata kita ni couple je. Dia sendiri pun tak percaya kan kau." Darleena melihat semula ke kereta Izz dan lelaki itu kelihatan marah.
"See? Dia marah la tu. Tapi, dia ada hak ke? Tak, sebab dia tinggal kau." Darleena mengeleng melihat Faiz.
"Kau, bab-bab menghasut, nombor satu." Faiz tersengih mendengarnya.
"Tapi, hasutan aku menjadi, kau pun terhasut. Kan?" Mengeleng lagi Darleena sebelum dia menyuap lagi. Tak lama selepas itu, bila dia mengangkat muka, kereta Izz sudah tiada di situ.
"Tengok apa kau buat. Dia dah marah dah." Katanya perlahan.
"So? Kau dengan dia bukan ada apa-apa pun. Melainkaaan..... Kau suka dia lagi ke?" Faiz menutup mulut dengan kedua tangannya.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romantiek"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...